Negara sarat dengan penjenayah berbahaya? Harakahdaily, 24 Sep - TopicsExpress



          

Negara sarat dengan penjenayah berbahaya? Harakahdaily, 24 Sep 2013 KUALA LUMPUR: Dalam soal keselamatan, rakyat dan negara perlu menjadi keutamaan sekalipun ratusan penjenayah yang berbahaya ditembak mati dalam tahun mendatang. Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa seramai 92 penjenayah telah ditembak mati sejak 2011 sehingga Ogos 2013. Daripada jumlah tersebut, 56 orang adalah warganegara Malaysia dan selebihnya dari Indonesia, Myanmar dan Nigeria. Fakta itu, kata Riduan menunjukkan keberkesanan pihak polis menjalankan tugas membanteras jenayah khususnya jenayah berat. Sejak akhir-akhir ini pula, ujarnya kerap berlaku jenayah berat termasuk tembak mati yang dilakukan terhadap mangsa. Justeru, tegas beliau keberanian pihak polis menembak mati 92 penjenayah dalam tempoh dua tahun ini wajar dipuji. Namun demikian, katanya di sebalik fakta itu timbul kebimbangan mengenai tahap keselamatan rakyat dan negara ini. “Persoalannya adalah sejumlah 92 orang penjenayah yang ditembak mati tersebut boleh dianggap ramai dan membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan. Ini, ujar beliau belum dikira mereka yang terlepas dari tangkapan, tidak dapat dikesan, tercedera dan lain-lain lagi, sudah pasti angka tersebut amat ramai. Tam bahnya, ini bermakna negara ini sarat dengan penjenayah yang berbahaya dan pada bila-bila masa sahaja boleh membahayakan nyawa manusia lain. Dalam pada itu, katanya DPPM memuji pihak polis mendedahkan senarai 49 buah pertubuhan kongsi gelap yang diharamkan oleh kerajaan Malaysia. Menurutnya, mungkin di antara penjenayah tersebut adalah ahli atau pemimpin pertubuhan kongsi gelap terbabit. Katanya lagi, apa yang diharapkan adalah kesemua penjenayah berbahaya tidak terlepas dari diburu, ditangkap dan dibunuh kerana kesalahan dan jenayah yang mereka lakukan amat besar kepada negara. “Yang paling penting, kerajaan bersedia menangani persoalan mengenai pemilikan senjata api secara mudah, dengan menyiasat secara mendalam punca perolehan serta mereka yang terlibat dalam penjualan senjata api,” katanya. Tambah beliau, tidak ada individu atau kumpulan yang boleh dimaafkan dalam memusnahkan negara ini. Rakyat Malaysia, ujarnya meletakkan harapan besar agar kerajaan mampu membanteras jenayah secara bersepadu dan besar-besaran. bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/22265-negara-sarat-dengan-penjenayah-berbahaya
Posted on: Tue, 24 Sep 2013 11:18:52 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015