OK saya dah baca teks belanjawan secara laju-laju. Belum ada ilham - TopicsExpress



          

OK saya dah baca teks belanjawan secara laju-laju. Belum ada ilham lagi nak komen apa. Tapi saya nampak, perlaksanaan GST tu bagus sangat namun saya kurang jelas lagi bagaimana pemansuhan 2 cukai (Jualan dan Perkhidmatan) memberi kelebihan kepada sumber pendapatan negara (bagi saya mandrem dulu bahagian ni). Saya lihat, bajet tahun ini bukan bajet pilihanraya atau pernah saya panggil Bajet Santa Klaus. Bajet ini tak favor rakyat sangat terutama sekali bab pengurangan dan pemansuhan subsidi. Cerita nak kurangkan diabetis tu hanya penyambung ayat PM nak masuk bab itu sahaja. Bukan perkara utama. Pengurangan dan pemansuhan subsidi bertujuan untuk mengurangkan defisit fiskal negara (amboi, dah macam pakar ekonomi pulops...kata jahil) supaya tidak melebihi 55% KDNK. Nanti saya sempat saya akan komen mengapa ia bagus dalam bahasa Jahiliah Ekonomi sehingga yang tak pergi sekolah ekonomi (macam saya) juga mampu faham. Sebelum itu, bolehlah ulangkaji semula Ramalan Ekonomi Malaysia dari Penjahil Ekonomi yang saya tulis sebelum ni di dalam page ini juga. Sila cari sendiri, saya pun tak tahu ada letak di tarikh mana. Ala, yang cerita Cik Bedah tu lah, nanti ada masa saya cuba sambungkan cerita Cik Bedah dengan bapak yang korek tabung anak. Lagi satu paling menarik ialah flexi working hours untuk pekerja wanita bagi mengimbang kerjaya dan pengurusan rumahtangga. Staf-staf saya yang dah kahwin dan ada anak, nanti saya balik kita bincang macammana nak buat. Family awak happy, kerja awak berkualiti itu lebih baik dari body di ofis, hati di rumah. SAIFUL NANG Madinah Al-Munawwarah
Posted on: Fri, 25 Oct 2013 15:28:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015