Orang ramai tidak boleh membuang puntung rokok ke merata tempat - TopicsExpress



          

Orang ramai tidak boleh membuang puntung rokok ke merata tempat seperti di kawasan rumput kering sepanjang tepi jalan raya, padang rumput, belukar dan tapak pelupusan sampah. Pihak Berkuasa Tempatan perlu memantau tapak pelupusan sampah daerah masing-masing. Petani-petani yang mengamalkan pertanian tradisional hendaklah mengelakkan daripada melakukan pembakaran terbuka ke atas sisa-sisa pertanian seperti jerami, padi, rumput kering dan seumpamanya semasa musim jerebu ini. Syarikat perladangan dan premis-premis industri adalah dilarang sama sekali melakukan pembakaran terbuka bagi melupuskan sisa-sisa pertanian dan industri mereka. Manakala penduduk taman perumahan tidak boleh membakar sampah kerana semua sampah tersebut boleh dikutip oleh kontraktor yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Pihak pemaju dan kontraktor di tapak pembinaan juga dikehendaki mengambil tindakan untuk mengurangkan pelepasan habuk akibat kerja tanah, kawasan yang dilalui kenderaan hendaklah dibasahkan dengan lebih kerap. Mereka tidak boleh membakar sisa-sisa kayu pembinaan semasa dan selepas kerja-kerja pembinaan. Kontraktor yang terlibat dengan pembersihan kawasan (land clearing) diingatkan supaya tidak sama sekali membakar sisa-sisa ranting, dahan dan batang pokok.
Posted on: Sat, 22 Jun 2013 03:22:17 +0000

Trending Topics



ght:30px;"> Arvanitasit – Çamët në etnikumin shqiptar në Greqi
Warning Light, LED, Amber, Surface, Rect, 5 L Exterior Accessories
Pacific Coast Baseball “Sweet 16” Update – The Pilots faced
Right folks, I can now give you the rounds for this week: R1

Recently Viewed Topics




© 2015