PAS Bersama Gerakan Islam Seluruh Dunia. PAS - Siasah , Tarbiah - TopicsExpress



          

PAS Bersama Gerakan Islam Seluruh Dunia. PAS - Siasah , Tarbiah dan Dakwah __________________________________ Sekali lagi PAS diberi penghormatan apabila Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS sekali lagi terlibat sebagai wakil Malaysia di dalam Muktamar Pemimpin-pemimpin Gerakan Islam seluruh dunia, bertempat di Lahore, Pakistan. Muktamar selama 2 hari yang tamat pada 26 September 2013 tersebut telah membincangkan penyelesaian konflik semasa yang menimpa dunia Islam pada hari ini, seperti isu di Syria, Mesir, Bangladesh, Burma dan lain-lain. Turut terlibat di dalam Muktamar tersebut, pemimpin-pemimpin Gerakan Islam dari 25 buah Negara, antaranya Mesir, Syria, Maghribi, Tunisia, Mauritania, Sudan, Turki, Indonesia, Libya, Somalia, Algeria dan Kurdistan (Iraq). Tuan Guru Presiden tampil sebaris dengan para pimpinan organisasi-organisasi Ikhwanul Muslimin dari negara-negara Arab, anggota Maktab Irsyad Antarabangsa dari Mesir, Jordan, Yaman, Maghribi, Pimpinan HAMAS, Jamaat Islami dan lain-lain. babnet.net/rttdetail-71887.asp
Posted on: Thu, 03 Oct 2013 14:00:03 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015