PAS dan Vatican City dah sama tetapi tak serupa - TopicsExpress



          

PAS dan Vatican City dah sama tetapi tak serupa wajahnya Baru-baru ini Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino telah mengeluarkan kenyataan terbuka menyokong tuntutan penganut Kristian di Malaysia supaya kalimah Allah S.W.T boleh diguna pakai dalam kitab Bible. Kenyataan kontroversinya itu nyata mendapat sokongan sesetengah penganut Kristian khususnya di dunia maya untuk fokus pada tuntutan yang sama tapi tanpa disedarinya ia telah mengundang bantahan umat Islam dari seluruh negara. Gara-gara keceluparan dan kegagalannya memahami sensitiviti majoriti rakyat negara ini yang terdiri dari kalangan umat Islam, akibatnya isu kalimah Allah S.W.T yang pernah dicetuskan oleh Gereja Kristian dan DAP kembali hangat diperkatakan. Menyedari timbulnya banyak bantahan besar-besaran dari pelbagai lapisan masyarakat Islam termasuklah NGO-NGO, barulah Biskop Marino mengakui kesilapannya dan mengambil langkah susulan memohon maaf dalam perjumpaannya dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. Tindakannya meminta maaf atas keterlanjuran itu boleh dikira baik untuk meredakan keaadaan disamping mencegah kemarahan masyarakat Islam dari terus meluap-luap, tapi apa gunanya lagi setelah nasi menjadi bubur? Perlu ada jaminan dari Biskop Marino mahu pun pihak lain yang mewakili penganut Kristian untuk bertekad tidak akan mengulangi lagi tuntutan yang sama, jika itu dapat dilakukan nescaya ia memberi kelegaan kepada semua pihak. Dalam pada itu, sepanjang kekalutan isu ini berlangsung sehinggalah Biskop terbabit meminta maaf, peliknya langsung tak kedengaran sebarang kenyataan bantahan pucuk pimpinan PAS seolah-olah pada mereka kontroversi yang dicetuskan oleh Duta Vatican City itu perkara biasa. Barangkali kerana isu kalimah Allah S.W.T turut melibatkan tuntutan yang diperjuangkan oleh rakan sekedudukannya iaitu DAP, maka sebab itulah PAS mengambil sikap berdiam diri dan lebih selesa membicarakan isu lain bagi mengalih perhatian ramai. wwwmegatpanjialam.blogspot/2013/07/pas-dan-vatican-city-dah-sama-tetapi.html
Posted on: Wed, 17 Jul 2013 17:33:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015