[ PATUHI ARAHAN KESELAMATAN] Berkenaan keselamatan terkini di - TopicsExpress



          

[ PATUHI ARAHAN KESELAMATAN] Berkenaan keselamatan terkini di Zagazig, pihak JAKSI menasihati semua ahli yang berada di sini untuk meningkatkan tahap keselamatan diri terutama ketika berada di luar premis penempatan masing-masing. Beberapa langkah berjaga-jaga ini PERLU dipatuhi oleh semua ahli di Zagazig:- 1. Sentiasa membawa dokumen pengenalan diri sama ada passport atau kad pelajar apabila keluar daripada kawasan penempatan. 2. Tidak dibenarkan untuk menghampiri mana-mana perhimpunan aman yang berlaku di dalam universiti mahupun di luar universiti. 3. Ketika berada di luar premis penempatan: -Pulang segera ke rumah selepas berurusan di luar premis penempatan (seperti keluar duit di bank dsb) -Kurangkan aktiviti di luar premis penempatan pada waktu malam. -Elakkan bersendirian ketika berada di luar premis penempatan dan disarankan berkumpulan. 4. Elakkan perkhidmatan musyrif (ikhwah) seorang diri bagi akhawat ketika waktu malam dan disarankan lebih. 4. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling di mana anda berada. 5. Mematuhi makluman dan pekeliling keselamatan yang dikeluarkan dari masa ke semasa. 6. Sekiranya berlaku sebarang permasalahan hubungi saudara Mohd Bukhari Muslim bin Mohd Nadzim (Doktur Syeikhan), wakil JAKSI di talian +20111-6141548. *** Kes yang berlaku baru-baru ini: Cubaan rompakan ke atas seorang mahasiswa Malaysia pada waktu lewat malam berdekatan Masjid Riyadhul Jannah. "Haq Tertegak, Biah Terpelihara" Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI), PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2012/2013
Posted on: Sat, 05 Oct 2013 05:34:39 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015