PENCERAHAN : LABEL-MELABEL? Melabel seseorang itu adalah perkara - TopicsExpress



          

PENCERAHAN : LABEL-MELABEL? Melabel seseorang itu adalah perkara yang biasa. Cuma labelan yang melampau memang tidak diajarkan oleh mana-mana agama lebih-lebih lagi Islam. Mudahnya melabel disebut dalam bahasa Arab sebagai Kunniyah atau laqab. Kadang2 manusia tidak menggunakan nama sendiri dan terus menggunakan nama yang diberikan kerana baik dan sebagainya. Allah memuji hamba-Nya dengan labelan yang terpuji sebagaimana Dia menempelak musuhnya dengan labelan yang menakutkan. Apabila kita membahagikan manusia kepada golongan-golongan tertentu, kita telah melabelkan banyak golongan lain. Sama ada golongan yang baik seperti MUKMIN, MUTTAQIN, MUHSININ, dll. Begitu juga apabila kita membahagikan golongan yang jahat dengan label FASIQ, MUNAFIK, MUJRIM, dll. Menceritakan sifat-sifat golongan tertentu dan memberi amaran supaya tidak terjerumus kepada kesesatan dan kemaksiatan adalah perkara yang dituntut. Menghukum dengan label dan memberi amaran dengan kebahayaan label-label tertentu adalah perkara yang berbeza. Menghukum adalah tugas ahli Hillu wal Aqd manakala tugas kedua adalah pendakwah yang menjaga batas-batas mustasyabihat kemurkaan Allah. Contohnya seperti "antara ciri orang Munafik adalah janjinya tidak ditepati". Ketika zaman Rasulullah memerintah, berlaku kesalahan yang sangat besar dilakukan oleh munafik dan segolongan sahabat. Bagi golongan Munafik Rasulullah meletakkan tanda-tandanya. Biasanya mereka ini tidak dihukum kerana pandai memutar belit. Bagi sahabat yang tersilap akan dihukum dan Rasulullah memaafkan mereka atas pengakuan mereka yang jujur. Contoh peristiwa pembukaan Kota Makkah. Apabila Hatib bin Baltaah membocorkan rahsia strategi Nabi ingin membuka Makkah, Saidina Umar marah dan memanggilnya dengan gelaran "wahai musuh Allah" dan "biar aku pancung kepala munafik ini". Nabi tidak menegur tindakan Umar cuma menyuruhnya sabar dan mengatakan bahawa Hatib dari kalangan ahli Badar yang diampunkan dosanya. Berat label itu, tetapi kena dan memberi pengajaran kepada sahabat yang lain. Banyak lagi kisah pendekatan Umar terutama untuk menjaga kesatuan Ummah. Saidina Abu Bakar menggelarkan mereka yang tidak membayar zakat sama dengan meninggalkan solat. Mereka boleh jatuh murtad dan wajib diperangi. Dunia Islam penuh dengan pecahan golongan dan labelan yang pelbagai. Ada di sana mazhab aqidah dan fekah sama ada sesat dan betul. Masing-masing menggelarkan diri masing-masing atau ada yang menggelarkan antara satu sama lain. Isunya juga berkait sama ada labelan itu dalam perkataan yang pendek atau panjang. Seperti bodoh dan kurang cerdik. Malas dan sangat tidak suka berusaha. Sesat atau terpesong sedikit dll. Perkataan pertama biasanya tidak diterima dan yang kedua dikatakan lembut sedikit. Apa pun, kedua-duanya membawa maksud yang sama. Dalam sejarah perpecahan ummat Islam, Syiah menggelarkan Sunni sebagai nawasib. Manakala Sunni menggelarkan Syiah sebagai rawafid. Muktazilah yang berfalsafah itu juga meninggalkan murid-murid dan aliran yang pelbagai label baru. Dr.Yusuf Qaradawi mengistilahkan mereka yang berfahaman begitu zaman kini sebagai Muktazilah Moden. Ulama pula kadang-kadang digelar konservatif, fundemantelis, jumud, eksklusif, dll. Arus yang lain pula digelar demokrat, modernis, sekularis, sosialis, liberalis, protestan dll. Kebiasaanya yang menjadi realiti, ramai yang tidak bersetuju dilabel sedang dalam masa yang sama mereka melabel orang lain. Berlaku juga situasi melabel diri sendiri sedang orang lain tidak melabel anda begitu. Contoh seperti "aku dilabel anti-Ulamak". Adakah ini perbautan meraih simpati atau terasa? Iktibarnya, kita sering melabel sama ada terbiasa atau sengaja. Cuma yang menjadi kayu ukur adalah kelampauan dalam melabel. Nak kenalkan barang pun ada labelnya, takkan nak kenalkan manusia tiada labelnya?
Posted on: Wed, 07 Aug 2013 21:41:55 +0000

Trending Topics



roducers Werner Herzog and Jerry Weintraub comes
I post a lot about Working out, my fitness journey and a tonne of
What about the thousands who died on 911, the hundreds of

Recently Viewed Topics




© 2015