PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG - TopicsExpress



          

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA -Mendoakan saudara kita di Syria -Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan -Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA. Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI” dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim: Kalam Saidina Ali KWJ; “Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”. Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81; “Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”. Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan. - Disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah. p/s perkongsian tokoh ulama’ syria,Syeik Hassan di UPM menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria. Wallahu A’lam.. Persidangan Ulamak Dunia
Posted on: Mon, 02 Sep 2013 06:52:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015