PERHATIAN!!! Assalamualaikum dan salam sejahtera...berdasarkan - TopicsExpress



          

PERHATIAN!!! Assalamualaikum dan salam sejahtera...berdasarkan hasil perbincangan antara YDP Alep Ibnu Zaid dan kj HEP Tn. Hj. Dzulkarnain Mat ...satu solusi telah di buat..cadangan yang diutarakan oleh saudara Melvin Georage .. telah di terima dan sedikit penambahbaikan telah dilakukan..pihak pengurusan bersetuju untuk memberi kebebasan kepada guru pelatih untuk memilih bilik yang hendak didiami untuk semester depan dengan berdasarkan kuota yang telah ditetapkan untuk setiap blok kolej kediaman.rasional kepada solusi ini ialah pihak pengurusan mahu taburan setiap guru pelatih di kolej kediaman adalah seimbang dan guru pelatih mendapat keistimewaan untuk memilih bilik yang hendak didiami sepanjang semester hadapan. kuota yang telah di peruntukkan untuk setiap blok adalah : 1. kuota untuk bumiputera termasuk peribumi semenanjung dan sabah serawak 2. kuota untuk kaum cina 3. kuota untuk kaum india pemilihan bilik adalah berdasarkan salah satu cadangan daripada guru pelatih iaitu first come first serve setakat ini jumlah untuk kuota berkenaan untuk setiap blok masih dalam perbincangan unit kolej kediaman... saya akan cuba dapatkan jumlah berkenaan secepat mungkin untuk memudahkan urusan guru pelatih... untuk perhatian guru pelatih,semasa pendaftaran kolej kediaman untuk semester hadapan anda dikehendaki untuk membawa salinan kad pengenalan diri beserta roomate untuk tujuan penyimpanan data kolej kediaman. harap anda berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat..kami JPP mohon maaf sekiranya masih ada pihak yang tidak berpuas hati dengan solusi yang dapat kami perjuangkan untuk anda..kami JPP telah cuba sedaya upaya membawa suara anda dan mencari jalan tengah untuk masalah serta menjaga kebajikan anda...diharapkan agar rakan-rakan guru pelatih memahami kapasiti kuasa kami.. sekian harap maklum... sekiranya terdapat masalah boleh berjumpa saya atau rujuk kepada KJ HEP... ~ Exco kolej Kediaman - Muhammad Hafiz Mansor- ~
Posted on: Sat, 09 Nov 2013 11:53:30 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015