PERIHAL ANAK MENGAMUK DAN BAGAIMANA MENENANGKANNYA MENGIKUT - TopicsExpress



          

PERIHAL ANAK MENGAMUK DAN BAGAIMANA MENENANGKANNYA MENGIKUT UMUR... Anak 4- 6 tahun Bila anak memasuki usia 4 hingga 6 tahun, dia sudah boleh memahami penerangan. Oleh itu jika dia tidak selalu dimarah dan ibu bapa selalu berusaha menerang, anak ini akan mula menjadi mudah faham, ‘reasonable’. Anak ini mudah dibawa berunding dan dinyatakan itu boleh dan ini tidak boleh. Bila ibu bapa melabur masa dan kesabaran mendidik dan menerangkan kepada anak pada usia mereka belum mencapai 4 tahun, maka anak itu bila sudah sampai 4 tahun, dia akan lebih tenang dan tidak mengamuk sangat. Pertama kerana perkembangan EQ anak itu sihat dan dia sudah mula boleh memahami kesusahan orang lain dan perasaan orang lain. Itulah mengapa Ibu sering menekankan perihal mengamuk pada usia 1.5 tahun hingga 3 tahun. Satu perkara yang perlu ibu bapa sedari juga pada usia ini anak akan mula memasuki tadika dan sepertinya. Oleh itu, anak akan melalui proses perpisahan dengan ibu. Oleh itu tekanan esmosi berlaku lagi. Tambahan bila anak itu semasa kecil bila dia mengamuk dia asyik dimarah, pada usia ini KEDEGILANnya sudah mula nampak nyata. Perkataannya juga kasar dan dia sudah pandai menjawab balik. Oleh itu apakah yang perlu anda buat jika pad usia ini anak anda mengamuk. Pertama, kenal pasti apa sebabnya. Jika letih, berilah dia rehat. Jika dia takut ke sekolah, bertenanglah dan jangan mengecil-ngecilkan perasaan takutnya itu. Iktiraf dan kemudian pujuklah agar dia boleh pergi ke sekolah dengan tenang dan rela. Ada satu ubat paling mujarab untuk anak yang suka mengamuk masa ini, anda perlu merapatkan diri anda dengannya. Mandikan dia dengan air yang and abaca doa. Anda banyakkan berdoak kepada Allah dan membacakan doa untuk dia. Dan yang paling senang dan juga susah untuk dilakukan, mohon maaf kepada anak itu disebabkan kekasaran anda mengendalikan amukkannya semasa dia kecil 1.5 tahun dahulu. Minta maaf dengan ikhlas, namun tidak perlulah berdrama pulak cuma nyatakan kesilapan anda dan nyatakan anda berusaha menjadi lebih baik. Dan tunjukkanlah anda semakin bijak mengurus perasaan anda dan dia. Bila Ibu bercakap mengenai perkara ini, Ibu tidak bermaksud anda perlu menjadi sampai seperti hamba. Anda adalah ketua dan kadang-kadang ketua melakukan kesilapan. Bezanya, seorang ketua bila dia melakukan kesilapan, ketua yang baik akan meminta maaf dan berusaha menjadi lebih bagus!
Posted on: Thu, 23 Jan 2014 09:17:48 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015