PERNIAGAAN YANG TIDAK MERUGIKAN SELAMA-LAMANYA? Dalam - TopicsExpress



          

PERNIAGAAN YANG TIDAK MERUGIKAN SELAMA-LAMANYA? Dalam PERAKAUNAN ada 3 elemen penting iaitu ASET, LIABILITI dan EKUITI. Sedarkah kita bahawa kita dilahirkan penuh dengan ASET (Rezeki) dan semuanya bukan EQUITI (Hak Milik) kita tetapi LIABILITI (Pinjaman) dari Allah..maka atas sebab itulah kita perlu membuat sebanyak PROFIT (Pahala) bagi menjamin kejayaan dunia & akhirat... Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami (Allah) anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi. (Al-Fathir :29) Firman Allah lagi yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga Adn . Itulah kemenangan yang besar. (As-Saff :10-12) cc #sirnormanhamdan
Posted on: Mon, 02 Dec 2013 05:48:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015