[PETRORINGGIT: ANTARA TRANSPARENSI DAN RASIONALISASI] Polemik - TopicsExpress



          

[PETRORINGGIT: ANTARA TRANSPARENSI DAN RASIONALISASI] Polemik yang berbangkit daripada rasionalisasi ini adalah terhadap tahap transparensi dana petroringgit. Malaysia mengambil pendekatan ‘memilik-negarakan’ sumber minyak dan gas dengan penguatkuasaan Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Petroleum Development Act 1974) dengan memberikan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif untuk mengeksplorasi, mengeksploit, mendapatkan dan memperoleh petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai Malaysia kepada Petronas (Seksyen 2), tertakluk kepada kawalan dan arahan Perdana Menteri dan Perdana Menteri boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya perlu (Seksyen 3). Sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diberikan padanya, Petronas hendaklah membuat pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang berkenaan (Seksyen 4), dan adalah menjadi kewajipan Majlis Penasihat Petroleum Negara untuk menasihati Perdana Menteri tentang dasar negara, kepentingan dan perkara yang berkenaan dengan petroleum, perusahaan petroleum, sumber tenaga dan penggunaannya (Seksyen 5). Dengan menghormati hasrat dan tujuan asal penggubalan akta ini, penulis berpendapat sudah tiba masanya untuk akta ini dikaji semula dan pelaksanaannya diperhalusi dengan teliti bagi merungkai persoalan berkaitan transparensi sumber minyak dan gas negara, sebagaimana disarankan oleh beberapa individu dan NGO berkaitan. Antara rekomendasi yang diberi adalah dengan meminda kebertanggungjawaban Petronas secara mutlak di bawah Perdana Menteri kepada institusi tertinggi rakyat iaitu Parlimen, menjamin ketelusan dalam pembayaran royalti kepada negeri, khususnya Kelantan, dan memastikan perbelanjaan dan pendapatan Petronas diurus secara profesional dan berintegriti tinggi. SYAHIR SULAIMAN Pengarah Kajian Polisi, Dewan Pemuda PAS Malaysia. Merangkap Presiden HANEEF Artikel Penuh : themalaysianinsider/rencana/article/petroringgit-antara-transparensi-dan-rasionalisasi-syahir-sulaiman?fb_action_ids=10202127992387981&fb_action_types=og.recommends&fb_source=other_multiline&action_object_map=%7B%2210202127992387981%22%3A148468945363777%7D&action_type_map=%7B%2210202127992387981%22%3A%22og.recommends%22%7D&action_ref_map=%5B%5D
Posted on: Tue, 10 Sep 2013 02:34:44 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015