PKR tidak boikot majlis angkat sumpah anggota Parlimen Muhammad - TopicsExpress



          

PKR tidak boikot majlis angkat sumpah anggota Parlimen Muhammad Faizal, 12 Jun 2013 PETALING JAYA: PKR tidak akan memboikot majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat sepertimana yang dihebohkan oleh media sebelum ini. Malah, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberitahu dalam mesyuarat Biro Politik PKR, beliau tidak pernah menyebut untuk boikot majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini. "Anwar menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menyebut untuk memboikot majlis angkat sumpah, apa yang diperkatakan sebelum ini hanya diputar belit oleh media semata-mata. "PKR memutuskan tidak ada boikot akan dilakukan pada majlis 24 Jun nanti," jelas sumber PKR yang menyertai mesyuarat Biro Politik PKR malam ini kepada Harakahdaily. Beliau menjelaskan majlis angkat sumpah akan berjalan seperti biasa dan Ahli Parlimen PKR akan hadir pada majlis tersebut. Sebelum itu, DAP melalui Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw memberitahu tidak ada sebab Ahli Parlimen DAP yang telah memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 lalu memboikot majlis angkat sumpah dan sesi Dewan Rakyat akan datang. Nada yang sama turut dinyatakan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang berkata, PAS telah bermesyuarat dan membuat ketetapan akan menghadiri majlis angkat sumpah di Parlimen. Pakatan Rakyat akan memastikan majlis tersebut akan berjalan dengan lancar dan akan melaksanakan bertanggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat pada sesi persidangan parlimen akan datang. Sebelum ini, memboikot majlis ini hanya cadangan anggota Parlimen PKR secara individu sahaja. bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19995--pkr-tidak-boikot-majlis-angkat-sumpah-anggota-parlimen
Posted on: Wed, 12 Jun 2013 18:11:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015