POLIS TERENGGANU TUBUH UNIT KHAS BANTERAS KEGIATAN JENAYAH Kuala - TopicsExpress



          

POLIS TERENGGANU TUBUH UNIT KHAS BANTERAS KEGIATAN JENAYAH Kuala Terengganu, 25 Ogos - Polis Terengganu menubuhkan satu unit khas dalam usaha membanteras kes jenayah berat khasnya yang membabitkan penggunaan senjata api. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata unit khas itu ditubuhkan pertengahan bulan lepas. "Unit itu akan diaktifkan jika terdapat kes tembak menembak mahupun penyeludupan senjata api di negeri ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Mengenai kes tembak yang menyebabkan pemilik restoran nasi kukus di Dungun terbunuh 13 Ogos lepas, Manoharan berkata usaha mengesan suspek yang terlibat sedang giat dijalankan. - BERNAMA
Posted on: Sun, 25 Aug 2013 12:20:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015