PUNCA KEHAMILAN LUAR RAHIM Salah satu komplikasi hamil ialah - TopicsExpress



          

PUNCA KEHAMILAN LUAR RAHIM Salah satu komplikasi hamil ialah mengandung di luar rahim. Ini terjadi apabila telur yang tersenyawa membuat implantasi di luar rahim. Kebanyakkan berlaku di dalam salur fallopian itu sendiri (>50%). Itulah sebabnya kandungan luar rahim juga dipanggil kandungan tubal (tubal pregnancy). Tempat-tempat lain termasuklah ovari, serviks dan dalam ruang abdomen. Apabila janin membesar di tempat yang tidak sepatutnya,ia boleh pecah dan menyebabkan pendarahan. Ini boleh mengancam nyawa dan memberi kesan kepada tahap kesuburan anda.Sebab itulah sangat penting untuk wanita mengenali gejala dan tanda awal kandungan luar rahim ini kerana ia boleh menyelamatkan nyawa anda. Gejala dan Tanda Tanda-tandanya agak sama dengan keguguran biasa menyebabkan ramai wanita tidak begitu perihatin dan menganggap ia sesuatu yang ringan. Tanda-tandanya ialah: [✔] Haid yang lambat [✔] Pendarahan kecil selalunya berwarna coklat. [✔] Ujian kehamilan positif [✔] Pening-pening [✔] Sakit pada bahagian bawah perut [✔] Sakit pada bahu [✔] Sakit yang tajam menikam adalah tanda serius yang boleh menunjukkan yang anda mengalami kandungan luar rahim. Risiko untuk kehamilan luar rahim Risiko yang paling penting yang menjurus kepada kehamilan diluar rahim ialah salur fallopian yang rosak. Anda berisiko tinggi sekiranya anda mempunyai keadaan dan pernah menjalani prosedur yang melibatkan salur fallopian. Jangkitan kuman dan surgeri pada pelvis meninggikan risiko anda untuk mendapatnya. Pembedahan ikat atau tubal ligation juga boleh menambahkan risiko mengandung luar rahim. Lain-lain faktor yang meninggikan risiko anda termasuklah: [✔] Pernah mempunyai kandungan luar rahim sebelumnya. [✔] Pernah mengalami radang pelvis [✔] Pernah mendapat rawatan kesuburan [✔] Mengalami endometriosis [✔] Mengamal IUD sebagai alat kontrasepsi. ========================== Pelbagai informasi kehamilan, keluarga, dan tips2 mudah hamil di Ibu dan Si Comel
Posted on: Sun, 24 Nov 2013 13:30:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015