Pandangan Penasihat II AsSajjad Movement, Dr Mohd Faizal Musa - TopicsExpress



          

Pandangan Penasihat II AsSajjad Movement, Dr Mohd Faizal Musa tentang permohonan sekumpulan alien di planet Musytari untuk menggunakan kalimah Allah ketika beribadah - Dalam erti kata lain, memiliki nama sebagai seorang Muslim, dan beragama Islam pada pengenalan diri bukanlah satu tiket istimewa atau syarat cukup makan menjadi seorang ahli tauhid. Dalam banyak keadaan, seorang muslim dan non muslim boleh memiliki status yang sama, iaitu status gagal mengenal Allah. Malah menurut Rumi, dalam banyak keadaan seorang muslim dan non muslim boleh memiliki status yang sama, iaitu status mengenal Allah, maka Rumi mengabaikan kritikannya terhadap keturunan tentera Mongol yang menghuni di dunia Islam; ‘All non believers as well as believers are the creation of God, copper and silver are bound by His chemical powers (Rumi, 2002: 283).’ Dalam satu bait lain, Rumi menyatakan para penganut agama sedang tertakluk atau terkurung oleh bentuk, maka ia menyarankan supaya bentuk dilepaskan untuk menemui inti; ‘If you my friends, pass beyond shapes and forms, there are paradises and rose gardens within rose gardens. When you have destroyed and broken your own form, you learn to break all other forms too. After that you may break all other forms like Ali who uprooted the gate of Khaybar (Rumi, 2002: 336)’. Annemarie Schimmel (2002: 236) dalam memanjangkan gagasan Rumi di atas menyimpulkan, ‘Cinta (merujuk Tuhan – nota pengarang) melampaui huruf-huruf dan pengetahuan rasional, ia melampaui semua ritual relijius’. Oleh kerana itu, untuk menegaskan gagasan Rumi, Schimmel memetik bait-bait Rumi yang lain, ‘mengapa engkau masih berada dalam kekangan sejadah?’ atau bait Rumi yang lebih ketara, ‘Cinta bebas dari sempitnya ceruk doa dan salib’. ‘Buih’ persengketaan dalam wacana ini berlaku kerana penginstitusian Islam di negara ini telah memaksakan satu jurus pandang untuk umat Islam. Sedangkan Islam mempunyai banyak wajah dan pintu alternatif yang siap siaga menawarkan solusi. Sekiranya umat Islam di Malaysia bersedia melepaskan fenomena ‘literal Islam’ yang sedang melanda sebahagian besar agamawan, khusus agamawan (termasuk pengarang khutbah Jumaat) yang mempunyai posisi dalam pentadbiran, masalah rumit ini akan terangkat dan keharmonian akan dipertahankan. Sudut pandang ‘mystical Islam’ di atas misalnya menyarankan kaedah yang harmoni untuk melihat masalah ini. Solusi ‘mystical Islam’ ini wajar dipelajari memandangkan ia pernah, dan masih memberi kedamaian kepada banyak bahagian dunia Islam seperti Turki, Asia Tengah dan rantau Afrika. Solusi ini masih berinti Islam, kerana ia masih tidak terlepas dari wacana tauhid. Akan tetapi ia tidak terbabas menjajar ke dalam wacana Tauhid Ibadah yang merupakan tahapan terakhir. Rumi, dalam hal ini memberikan pengajaran yang lebih tuntas; O essence of existence, the diffrence between the true believer, the infidel, and the Jew arises from the object of view. The sensual eye is like the palm of the hand which cannot reach (control) of the whole body. The eye of a sea (a spiritual eye) is different from the sea foam (physical phenomenon). Get rid of the foam, try to see through the eyes of the sea (God). We are dashing against each other like boats. Our eyes are darkened, though we are in bright water. O you who have gone to sleep in your boat of the body, you have seen the water, then see the water of water (the Essence) (Rumi, 2002: 338). - Lanjut di: projekdialog/featured/alien-di-musytari-mohon-mengguna-kalimah-allah/#sthash.tBDxDhV6.dpuf
Posted on: Thu, 22 Aug 2013 01:19:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015