Pasca PRU-13, pandangan saya secara peribadi, pihak pentadbiran - TopicsExpress



          

Pasca PRU-13, pandangan saya secara peribadi, pihak pentadbiran dan pengurusan universiti rata-ratanya seperti kurang berminat untuk menjayakan Pilihan Raya Kampus (atau disebut juga sebagai Pemilihan) MPP bagi sesi akademik 2013/2014. Mengapa dan bagaimana hal ini telah, sedang atau akan terjadi tidak dapat dipastikan secara objektif. Antara sedar dengan tidak, kurang dari 5 hari lagi semua mahasiswa/i USIM akan menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi memilih figura terbaik dalam kalangan yang terbaik untuk diberi mandat bagi menerajui saf kepimpinan MPP baru bagi meneruskan kesinambungan generasi terdahulu. Kata rakyat di benua jiran, feeling excited. :-D
Posted on: Fri, 18 Oct 2013 02:18:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015