Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan rasmi kononnya - TopicsExpress



          

Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan rasmi kononnya tidak ada perbincangan untuk membentuk kerajaan perpaduan yang melibatkan Anwar Ibrahim seperti mana dihebohkan. Kenyataan pejabat PM itu menafi sambil menempelak agenda itu sebagai imiginasi semata-mata. Alasannya, laporan dipetik tidak bersumberkan realiti. Saya tidak mahu tanya apakah desas desus itu benar atau tidak. Tetapi apa yang hendak dipersoalkan buruk sangatkah kalau kerjasama atau kerajaan perpaduan itu diadakan? Apakah tidak ada dalam kotak minda orang politik kita untuk mencari kedamaian bersama selain daripada berfikir untuk menembak di antara satu sama lain kemudian membiarkan rakyat bercemperaian? Sesungguhnya harus ada garis hitam dan putih dalam kehidupan kita laksana adanya garis hitam dan putih dalam putaran alam 24 jam. Wassalam Mso.
Posted on: Sat, 17 Aug 2013 04:02:59 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015