Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein - TopicsExpress



          

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini memberi jaminan landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 yang menerima kritikan pelbagai pihak selamat untuk digunakan. Menteri bukan konsultan atau jurutera yang bertanggung jawab membina bangunan, menteri hanya ketua kementerian yang dipertanggung jawab dengan projek dan hanya menerima lapuran, kalau pihak yang terlibat melapurkan OK maka OKlah. Kalau bangunan runtuh konsultan dan kontraktor yang mesti bertanggung jawab dan baiki atas kos kontraktor kerana dalam masa jaminan lagi. Kalau menteri buat jaminan itu bermakna hanya nak melepaskan kritikan dari orang awam saja. Kenaikan kos memang kita tak jangka, dulu minyak tak naik tender harga lama, tiba2 minyak naik tender harga lama kena ubah dan boleh buat alasan harga minyak naik, maka menteri yang berkuasa boleh revise kos. Yang jadi ketara kalau kos dari RM1.6 bilion boleh naik RM4 bilion, ini adakah disebabkan minyak naik atau mula buat tender dulu tak ambil kira reka bentuk atau tak teliti tentang reka bentuk, adakah ini arkitek tempatan atau arkitek mat saleh atau Jepun, biasanya kalau terlibat dengan konsultan asing mereka cukup peka dengan reka bentuk dan juga kos, kalau naik pun taklah mengila! Lagi pun projek ini belum siap, CF belum ada, adakah cakap menteri jadi CF dan yang peliknya ujian penerbangan telah dibuat. Inilah standard ISO Malaysia, ini bukan projek kecil, projek yang sebegini besar pun yang belum siap sepenuhnya menteri boleh beri jaminan kita tabiklah dengan kuasa menteri UMNO BN! iman2taqwa.blogspot
Posted on: Mon, 07 Oct 2013 10:23:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015