Penggulingan Presiden Mesir Satu Pengajaran Kepada Malaysia - TopicsExpress



          

Penggulingan Presiden Mesir Satu Pengajaran Kepada Malaysia Peristiwa penggulingan Presiden Mesir Dr Mohamed Morsi disifatkan sebagai satu pengajaran kepada masyarakat dan kerajaan Malaysia, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Beliau berkata detik hitam itu tercetus daripada sentimen kebencian dan perpecahan yang dibawa oleh kumpulan tertentu yang hanya mahu semata-mata untuk mengubah kepimpinan negara. Katanya perubahan itulah telah menyebabkan ketegangan berlarutan sehingga ekonomi merundum dan rakyat terbunuh. "Saya bersyukur kerana kerana atas kebijaksaan dan kepimpinan kita, serta kewarasan masyarakat dari pelbagai kaum dan agama di negara ini, kita tidak berdepan masalah seperti di Mesir," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Khamis. Hishamuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rampasan kuasa oleh tentera Mesir terhadap presidennya semalam. Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang pada prinsipnya menolak penggulingan Morsi kerana pemilihan presiden itu dibuat melalui sistem pilihan raya yang diiktiraf dunia, telus dan bersih. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar turut mengharapkan masyarakat antarabangsa turut bersama-sama mengutuk tindakan pengulingan presiden itu.
Posted on: Thu, 04 Jul 2013 12:10:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015