Penulis : Mohd Fadzilah Kamsah, Ahmad Fadzli Yusof, Jumlah Muka - TopicsExpress



          

Penulis : Mohd Fadzilah Kamsah, Ahmad Fadzli Yusof, Jumlah Muka surat : 200 ‘55 PERTUA UNTUK BERJAYA’ Sinopsis “Ketahuilah tidak ada jalan singkat untuk berjaya, melainkan dengan berusaha mengikut cara yang betul.” Semua inginkan kejayaan. Mungkin kerana itu juga, saudara memegang buku ini sekarang kerana bercita-cita hendak berjaya. Tetapi tidak semua yang tahu jalan menuju kejayaan. Ada yang berjaya dan ada yang belum berjaya. Yang berjaya berkongsi kejayaan mereka dan yang belum berjaya terus berusaha. Buku ini adalah himpunan idea-idea kejayaan yang dikongsi oleh mereka yang berjaya. Ia adalah petua bagaimana mereka menguruskan hidup mereka sehingga mendaki puncak kecemerlangan dan keunggulan. Mereka ini pernah menyusuri jalan yang sepatutnya untuk berjaya. Mereka tahu lorong yang lurus ataupun lorong yang bengkok, duri yang menikam ataupun pohon yang merimbun, madu yang mengubati ataupun racun yang memudaratkan. Nah! Sekarang saudara tidak perlu bersusah payah lagi untuk meraba-raba panduan yang kita inginkan selama ini. Lima puluh lima petua dalam buku ini dikutip daripada pelbagai sumber termasuk daripada Quran dan hadis, sejarah, tokoh-tokoh antarabangsa, tokoh-tokoh tanah air dan banyak lagi. Pendek kata, buku ini sudah hampir mencukupi apabila saudara inginkan perubahan. Secara ringkasnya, petua-petua ini merangkumi beberapa aspek antaranya aspek membina diri dalam pengurusan hidup, aspek pengurusan masa dan pengurusan kerja. Dalam erti kata lain, selain memberikan saudara semangat baru, ia juga memberikan idea-idea pengurusan hidup saudara seperti mengawal urus masa, dorongan bekerja, mengatasi penangguhan, teknik-teknik bekerja, mengagihkan tugasan, bekerja dalam pasukan, berkomunikasi, bermesyuarat, meningkatkan konsentrasi dan banyak lagi. Saudara dapat menikmati kehebatan petua dalam buku ini hanya apabila saudara membacanya. Terima kasih kerana sudi menatap buku ini. Jika bomoh dapat memberikan petua untuk sentiasa bertenaga dan kuat mungkin buku ini dapat memberikan saudara petua bagaimana hendak menjadi sangat berjaya. Selamat membaca.... Isi Kandungan Prakata Bahagian 1: Matlamat dan Kejayaan Petua 1 Saudara Bukan Gagal, Tetapi Belum Berjaya Petua 2 Saudara Perlu Berubah Apabila Mahukan Perubahan Petua 3 Berfikir seperti Juara Petua 4 “Saya Tidak Mahu Berjaya, Saya Mahu Sangat Berjaya” Petua 5 Serang!! Mana pintu gol? Petua 6 Gambarkan Matlamat Saudara dengan Jelas Petua 7 Meniru untuk Berjaya, Berani? 21 Petua 8 ‘Bernafsu’ untuk Bekerja 24 Petua 9 Jadilah seperti Asap dan Air 27 Bahagian 2: Mengurus Masa Petua 10 Gunakan Kaedah Log Masa Petua 11 3 Peraturan Menggunakan Log Masa Petua 12 Masa itu Emas, Lombonglah Ia Petua 13 Masa itu Pedang, Jangan Sampai Terluka Petua 14 Orang Bertangguh Selalu Lenguh Petua 15 Usah Gopoh Apabila Belum Masanya Petua 16 Masa untuk Peribadi atau Masa untuk Pasukan? Petua 17 ‘Slot Masa Spesifik’ Petua daripada Harold Taylor Petua 18 Mary Kay dan Kelab Pukul Lima Petua 19 ‘Bahasa Mengawal Masa’ adalah Petua Perisai untuk Masa Petua 20 Jangan Dukung Monyet Orang Lain, Nanti Saudara yang Susah Bahagian 3: Prioriti dan Agihan Tugas Petua 21 Belajar Berkata ‘Tidak’ Petua 22 Berani Berkata ‘Tidak’, Lagi Beberapa Petua Menarik Petua 23 Guna Petua ABC bagi Menentukan Prioriti Petua 24 Menentukan Prioriti dengan Kaedah Tingkap Jauhari Petua 25 Prinsip Pareto bagi Memilih yang Penting Petua 26 Lima Petua daripada Norman Vincent Peale Petua 27 Lahirkan Kembar Saudara, Cipta Seorang Lagi Diri Saudara Petua 28 Carta Aliran Mengagih Kerja dan Tugasan Petua 29 12 Langkah Mahir Mengagih Kerja Petua 30 Kepada Siapa Hendak Agih? Gunakan Piramid Agihan Tugas Petua 31 Sembilan Petua Mengagihkan Tugasan Petua 32 Alasan Enggan Mengagih Tugasan dan Petua Mengatasinya Bahagian 4: Belajar Mengurus Kerja Petua 33 Tidak Perlu Genius, yang Penting Mahu Belajar Petua 34 Tidak Perlu Genius, yang Penting Pandai Bertanya Petua 35 Sikit-sikit Lama-lama Siap Petua 36 Jangan Buat lagi, Rancanglah Dahulu Petua 37 Teknik Pengurusan Kualiti Total Petua 38 Mesyuarat adalah Milik Saudara Petua 39 Carta Aliran Mesyuarat yang Berkesan Petua 40 Belajar Mendengar Petua 41 10 Petua Berunding daripada Terry Bragg Petua 42 Tajamkan Gergaji, Tumpukan Fokus Saudara Petua 43 Panahkan Halilintar Saudara Petua 44 ‘Keadaan Mengalir’, Petua Csikszentmihalyi dan Ottinger Petua 45 Petua Menarik bagi Menguasai ‘Mood’ Saudara Bahagian 5: Bekerja Berpasukan Petua 46 Doronglah Rakan Saudara untuk Bersama Petua 47 Petua Membina Pasukan Hebat Petua 48 Satu Lagi Petua Membina Pasukan Hebat Petua 49 Belajarlah Bagaimana Angsa Bekerja Secara Berpasukan Petua 50 Apa yang Saudara Beri akan Dapat Semula Petua 51 Turun Padang, Jangan Lepas Tangan Petua 52 Awasi Perkara Remeh yang Merosakkan Bahagian 6: Belai Diri Sendiri Petua 53 Rehat Bukan untuk Bermalas Petua 54 Tidurlah! dan Saudara akan Menjadi Cemerlang Petua 55 Lagi Kisah berkenaan Rehat dan Tidur
Posted on: Sun, 28 Jul 2013 16:47:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015