[#Penulisan] Cerpen : Sayang Awak, Encik UK! Carian >Utama / - TopicsExpress



          

[#Penulisan] Cerpen : Sayang Awak, Encik UK! Carian >Utama / Cerpen / Cerpen : Sayang Awak, Encik UK! 27 January 2014 Kategori: Cerpen Oleh : Syu Ariani NADZMIE berlari keluar dari balai ketibaan. Penat dia mengucap maaf kepada orang yang dilanggarnya. Kalau tak kerana Mama, belum tentu Nadzmie akan pulang ke Malaysia. Silap hari bulan, dia akan terus menginap di United Kingdom bersama bapanya. Tercungap-cungap Nadzmie seketika. Dia bongkok memegang lutut, seraya menarik nafas berkali-kali. Puan Aida cakap ada orang akan jemput dia, tapi mana ? “Nadzmie!” Besar telinga Nadzmie apabila dia dengar namanya dipanggil. “Nadzmie!” Ya, memang namanya dipanggil seseorang. Nadzmie berdiri tegak, matanya terus mencari gerangan si pemanggil. “Dah lama sampai?” tanya Encik Saiful. Melihat wajah Encik Saiful langsung tidak memberi kelegaan padanya. Nadzmie memberi jelingan tajam. Huluran tangan Encik Saiful tidak disambut. Faham dengan perangai Nadzmie yang tak pernah menerima kewujudannya dalam hidup mereka, Encik Saiful menjatuhkan tangannya. “Sorry, pakcik lambat. Nadzmie bawak satu beg je? Tak bawak beg lain?” Mata Encik Saiful jatuh pada beg galas Nadzmie. Selepas bertahun lamanya tak pulang ke Malaysia, pulangnya hanya dengan satu beg? “Tak. Cepatlah. Orang nak jumpa Mama ni.” kata Nadzmie kasar. Dia menonong berjalan, kononnya malas mahu berjalan seiring Encik Saiful. “Nadzmie!” “Apa lagi?” Bengang betul Nadzmie dengan Encik Saiful. Tahulah namanya sedap, tak payahlah Encik Saiful panggil namanya berkali-kali. Encik Saiful memanjangkan tangannya lalu jarinya menunjuk ke satu arah. “Err.. Kereta kat sana.” kata Encik Saiful. Kalau dia tak panggil Nadzmie tadi, mesti Nadzmie dah jalan ke arah yang bertentangan. Nadzmie mempamer muka seposennya. Oh, salah jalan ke? Dia berpatah balik lalu berdiri di sebelah Encik Saiful. “Tahulah. Saja je nak tinjau kedai apa yang ada kat situ.” katanya bagi menutup rasa malu. Encik Saiful menahan dirinya dari tersenyum. Dari dulu sampai sekarang, sikap bersahaja Nadzmie masih ada. Di matanya, Nadzmie comel dengan sikap itu. Hanya salah faham yang membuatkan Nadzmie enggan menonjolkan sikapnya di hadapan Encik Saiful. ***** “Mama! Mama!” Nadzmie berlari masuk ke dalam rumah teres dua tingkat itu. Jauh berbeza dengan keadaan kondominium mewahnya di UK. “Mama!” jerit Nadzmie lagi. Puas mencari di tingkat satu, Nadzmie naik ke tingkat dua pula. “Mana pulak mama ni?” Baru kaki Nadzmie menapak di anak tangga pertama, langkahnya mati. Nadzmie segera menoleh apabila dia dapat merasakan seseorang sedang memerhatinya. “Mama!” Dan Nadzmie berlari memeluk Puan Aida. Melebar senyuman Puan Aida. Alhamdulillah, anak tunggalnya sudi pulang ke Malaysia untuknya. Air mata Puan Aida bergenang namun ditahan sebaik mungkin agar tidak menitis. “Mama sakit kat mana? Kan mama patutnya ada kat hospital, kenapa ada kat rumah pulak ni? Mama sakit apa? Kenapa doktor izinkan mama balik?” “Sakit?” Puan Aida bertanya semula pada anaknya. Rasanya dia sihat, kenapa Nadzmie cakap dia sakit? Nadzmie angguk laju. “Ya.. Mama call Amie, cakap mama sakit. Ingat tak waktu tu kita Skype?” Beriya-iya Nadzmie mengungkit. Dua hari yang lepas, Nadzmie dan Puan Aida ber-Skype seperti kebiasaannya. Mujurlah telefon bimbit yang dimiliki Puan Aida canggih, siap boleh muat turun aplikasi Skype lagi. Terkejut Nadzmie apabila melihat mama kesayangannya terlantar di katil hospital. Nada lemah Puan Aida yang membuatkan dia bergegas balik ke Malaysia. Oh! Tiba-tiba Puan Aida memegang kepalanya. “Hm, memang sakit ni. Kepala mama rasa pening. Aduh, tolong pimpin mama duduk kat sofa.” Nada suara Puan Aida berubah menjadi lemah. Tubuh Puan Aida yang sedikit melayang buat Nadzmie jadi gelabah. Dia memimpin jemari mamanya lalu berjalan ke arah sofa perlahan-lahan. Dengan berhati-hati, Puan Aida duduk. Nadzmie duduk di sebelahnya. “Mama rindu Amie.. Dah lama kita tak jumpa, kan?” Puan Aida menggosok tangan Nadzmie yang masih di genggamannya. Nadzmie angguk, dia juga rindukan Puan Aida. “Agak-agaknya kalau Mama tak sakit macam ni, mesti Amie takkan balik langsung.” “Ma..” “Takpe.. Mama faham. Amie masih marahkan Mama dengan Papa Saiful, kan?” tebakan Puan Aida yang mengena tepat buat Nadzmie tak dapat mengelak lagi. Apa yang Puan Aida katakan ialah benar. “Dahlah.. Amie pergilah masuk bilik Amie dulu. Mama dah tolong kemaskan untuk Amie.” “Hm.. By the way, I’m sorry, Ma..” Puan Aida senyum tipis. Meski Nadzmie membesar di sana, berjauhan dari dirnya, Nadzmie tetap menghormatinya sebagai seorang ibu. Puan Aida rasa bersyukur kerana Encik Hadi telah melunaskan janjinya. ***** “Cuba kau tengok muka lelaki tu. Macam muka Melayu, macam muka Mat Salleh pun ada.” kata satu suara perempuan yang duduk bertentangan dengannya. Nadzmie yang leka mendengar lagu melalui earpiece Beatsnya mula rasa terganggu. Dah pakai earpiece pun masih boleh dengar apa yang perempuan tu cakap? “Handsomelah!” katanya lagi. Nadzmie yang tertarik dengan pujian itu , tersenyum sendiri. MP4 yang menghiburkannya sejak tadi dimatikan. Dia tahu, mereka sedang bercakap tentangnya. Di restoran itu, hanya dia sahaja pelanggan yang mempunyai muka iras lelaki Inggeris. “Biarlah dia.. Ni, aku tengah bengang dengan Arman ni. Asyik nak marah aku je. Eii, sakit pulak hati kita!” jawab gadis bertudung coklat. Nadzmie mencebik sendiri, namapk sangat si tudung coklat tak berminat dengannya. Takpela, dia sendiri pun tak minat dengan orang bertudung walaupun Puan Aida sendiri bertudung. Si rambut lurus yang berwarna hitam menyambung lagi, “Agak-agak siapa nama dia, ek?” Teruja benar dia memuji Nadzmie. Gadis bertudung coklat mulai bengang. “Kau ni kan! Dah setengah jam kau asyik bercakap pasal dia tau!” kata-kata itu membuat Nadzmie melirik jam di tangan. Waaahhh, dah lama rupanya dirinya menjadi topik. Eh, rasa banggalah pulak! “Encik, nak tanya sikit boleh?” Tiba-tiba ada seseorang berdiri di hadapannya. Nadzmie mengangkat wajah. Si tudung coklat! “Kawan saya dari tadi asyik dok cakap pasal Encik ni. Naik bosan saya dengar. Saya cuma nak tahu je, Encik ni orang Melayu atau Mat Salleh celup?” Bagaikan peluru berpandu, si tudung coklat itu bertanya. Baru Nadzmie nak menjawab, datang idea nakal. Hatinya terdetik untuk mengusik si tudung coklat itu. Mungkin keberanian dan keselambaannya yang membuat Nadzmie mempunyai idea sebegitu. “Err.. Pardon? I don’t understand what you’re saying.” jawab Nadzmie dalam bahasa Inggeris, siap dengan telo dan gaya. Biar si tudung coklat terpedaya dengan lakonannya. “Oh, really! Great then! Nayy, I’m just asking your name. My friend keeps talking about you. Sakit hati saya dengar. Awak ni bukannya handsome mana pun. Dah macam serbuk Horlicks yang terjatuh kat dalam air Milo pulak..” Sempat si tudung coklat itu mengutuknya. Nadzmie mulai geram. Baru dia nak puji kefasihan gadis itu, boleh pulak gadis tu kutuk dia ?! “What?” Si tudung coklat tersengih sendiri. Lupa pulak dia tengah bercakap dengan Mat Salleh. “Hehe, nothing. I just wanna compliment you for having such a good face. Have a nice day, then! Oh, one more thing.” Si tudung coklat serahkan kertas yang tertulis nombor telefon di atasnya. “This is her number. If you’re single, feel free to contact her. Bye!” Sebagaimana dia muncul tiba-tiba, begitulah dia pergi. Nadzmie hanya memandang kosong pemergian si tudung coklat. Rakannya yang menarik perhatian tadi pun diabaikan. “Heh. Ingat aku tak faham apa kau cakap? Horlicks jatuh dalam air Milo? Cehh, sengal punya perempuan! Lepas tu nak cover balik, cakap aku handsome.” Nadzmie mengomel sendirian. Kertas yang diberi tadi direnyukkan. Nadzmie menyisip air yang dipesannya tadi. Tiba-tiba dia tersedak sendiri. Air milo ais ! ***** “MA.. Jangan nak bergurau boleh tak?” Puan Aida menggeleng. Hal-hal macam ni bukannya boleh dibawa bergurau! “Tak.. Mama tak tipu..” “What the…” Nadzmie tidak menghabiskan ayatnya. Kalaulah dia masih di negara barat, sudah lama perkataan kotor keluar dari mulutnya. Gila! Memang gila! Menyesal balik Malaysia! “Amie.. Tolonglah.. Eh ? Laila tu baik budaknya.. Mama dah janji dengan pihak sana. Lagi dua minggu majlisnya langsung. Please, sayang..” Pujukan Puan Aida tidak mencairkan hati Nadzmie langsung. Laila? Nama pun dah macam nama kampung. Tak cukup glamour buatnya! Lainlah kalau namanya Irina Jacqueline ataupun Khaty Kirana. Nadzmie menghela nafasnya panjang. Muka Puan Aida penuh berharap sambil memandang Nadzmie. Dia tahu Nadzmie terkejut dengan keputusannya. Dia meminang Laila Asyiqin bagi pihak Nadzmie kerana santunnya gadis itu. Puan Aida yakin, Laila Asyiqin mampu membahagiakan Nadzmie. “Amie takkan kahwin dengan dia. That is it.” putus Nadzmie tegas. Entah perempuan mana yang menjadi pilihan Puan Aida ! Tiba-tiba Puan Aida duduk di atas lantai. “Ma!” terjerit Nadzmie. Puan Aida mencebik, kemudian dia merengek tiba-tiba. “Alaaaa, Amieeee.. Tolonglah sayang. Jangan malukan mama. Sedih tau mama!” Nadzmie menghela nafasnya panjang. Nampaknya perangai Drama Queen mama dah muncul semula. “Amie….” Puan Aida sudah mengesat air matanya. Terangkat kening Nadzmie dibuatnya. Dah ada air mata dah? Sekejapnya! “Amie tak sayang mama, kan? Sebab tu Amie taknak dengar cakap Mama. Mama tak pernah mintak apa-apa pun! Amie…” Dan tangisan Puan Aida semakin menjadi-jadi. Biar! Selagi Nadzmie tidak setuju dengannya, Puan Aida nekad untuk teruskan lakonannya. “Dahlah ma.. Janganlah macam ni.” “Taknak! Amie memang tak sayang mama. Takpe! Esok mama pergi jumpa keluarga diorang. Mintak cancel. Lepas tu, mama bayar ganti rugi kat diorang. Huu, kesian Papa Saiful. Dahlah gaji dia tak banyak mana. Dah keluarkan untuk majlis Amie, nak kena bayar ganti rugi kat pihak perempuan pulak. Kesiannya suami mama!” Rengekan Puan Aida lebih kuat dari tadi. Sengaja dia umpan rasa kasihan anaknya. Nadzmie mula mengeluh. Ayat mama tu macam dia pulak yang bersalah. Habis, mama tak bersalah ke sebab pinang anak dara orang ikut suka hati? “Dahlah. Malas nak cakap dengan Amie lagi. Mama bukan apa, mama cuma sayangkan Amie je. Umur dah tua, tapi tak kahwin lagi. Entahkan nanti nak kawin dengan perempuan rambut blonde. Cukup-cukuplah muka kamu tu dah sebijik macam Mat Salleh.” Bebelan Puan Aida hinggap pula ke telinga. Tiada lagi tangisan dari Puan Aida. Cepat betul dia bertukar watak. “Entahkan sampai ke mati mama tak sempat jumpa menantu.” Mulalah Nadzmie rasa tak senang. Tiba-tiba dia rasa ada ular besar yang sedang membelitnya. Bab-bab mati ini sangat sensitif untuknya. “Yalah yalah! Ikut suka mama la!” “Yeayyyy!” Puan Aida bersorak bahagia. “Mama tahu Amie sayang mama! Thanks, dear! Mama sayang Amie sangat!” Puan Aida mendekati Nadzmie lalu mencium pipi anaknya bertalu-talu. Nadzmie hanya membiarkannya. Dia sendiri rindukan belaian manja dari mamanya. “Nanti kita jumpa bakal menantu mama, eh? Dia tu baik tau Amie. Cantik sangat!” Puan Aida sudah mula mempromosi bakal menantunya. “Aik? Tadi menangis, sekarang dah tak menangis pulak?” sindir Nadzmie yang disambut dengan senyuman kelat Puan Aida. “Mama ni memang Drama Queen, kan?” “Kalau tak, mama tak menang award kat U dulu.” jawab Puan Aida bangga. Barisan trofi dan sijil di dalam almari menjadi bukti bahawa dia memang pelakon yang berbakat. Setiap pertandingan mencari bakat dan teater akan disertainya. Tamat pelajaran, Puan Aida sempat merasa dunia glamour dengan menjadi pelakon. Tetapi hanya untuk seketika sebelum dia berhenti atas kehendak arwah bapanya. Dalam hati, Nadzmie mencemih. Inilah taktik yang mamanya gunakan sebelum ini. Berpura-pura sakit di hospital bagi menarik simpati Nadzmie, seterusnya sebagai satu pemberitahuan agar Nadzmie cepat pulang ke Malaysia. Entah wad hospital mana yang Puan Aida gunakan, Nadzmie tak tahu. “Amie sayang mama. Please, jangan sebut pasal mati depan Amie. I don’t wanna lose you. I love you, ma..” tersentuh hati seorang ibu. Air mata Puan Aida mengalir selepas mendengar keluhuran kata-kata Nadzmie. “Mama pun sayang Amie jugak..” ***** “YOU?” “Kau?” “What are you doing here? I mean, you’re the guy from last time, right?” Asyiqin cuba mengingati wajah lelaki di depan matanya ini. Betullah! Mat Horlicks jatuh dalam Milo tu! “What are you doing here?” Syiqin mengulangi soalannya. Lidah Nadzmie jadi kelu. Tak sangka si tudung coklat ini yang dipinang bagi pihaknya. Nadzmie mengeluh sendiri. Nampaknya pilihan mama memang jauh berbeza dengan kehendak hatinya. “Syiqin kenal ke Amie ni? Inilah dia anak makcik. Nama dia Khairul Nadzmie. Eh, kot ya pun duduklah dulu.” Puan Aida yang tidak mengetahui apa-apa, hanya bersikap seperti biasa. Syiqin menggigit bibirnya. Sewaktu dia menarik kerusi pun, matanya tak lepas dari memandang Nadzmie sedangkan lelaki itu hanya menunduk. “Makcik.. Muka dia jauh berbeza dengan gambar yang makcik tunjuk kat kitorang..” Syiqin terbayangkan foto yang diberi Puan Aida. Waktu itu, seisi keluarganya bersetuju. Dengan rambutnya yang hitam walaupun ada warna perang tercalit, cermin mata dan gaya bersahaja, Nadzmie diterima dengan hati yang senang. Tapi sekarang.. Rambutnya mula berubah warna. Baru Syiqin perasan yang mata Nadzmie berwarna biru. Tubuhnya kelihatan tegap apalagi dengan ketinggiannya itu. Syiqin mula mencongak sendiri. Hm, mungkin tinggi dia dalam 178cm kot. “Jangan tenung lama-lama, Syiqin. Cair pulak nanti. Melepas Laila!” usikan Puan Aida buat pipi Syiqin berubah warna. Pantas dia membuang pandang ke tempat lain. Nadzmie mengangkat keningnya, bertanya apa maksud Puan Aida. “Mama lupa nak beritahu Amie. Dia ni adik Laila Asyiqin.. Namanya Fara Asyiqin. Laila takde sekarang ni, sebab tu mama suruh Syiqin yang datang..” Oh, ada dua orang Asyiqin rupa-rupanya.. jawab Nadzmie dalam hati. “Did you get it? Your mother forgot to tell you. I’m Fara Asyiqin, your sister-in-law-to-be. I’m not Laila Asyiqin..” Tak tentu pasal Syiqin menjadi penterjemah bahasa pula. Pelik dia dengan Puan Aida. Takkanlah tak tahu yang anak dia ni tak reti cakap Bahasa Melayu? Jangankan cakap, tak faham pun! Nadzmie menahan dirinya dari tergelak. Tak sangka Fara Asyiqin selurus itu. Puan Aida pula terpinga sendiri. “Syiqin.. Kenapa Syiqin translate dalam English pulak?” “Laaa.. Dia kan tak faham Bahasa Melayu, makcik. Syiqin tolonglah buat dia faham! Nanti dia ingat Syiqin ni bakal wife dia. Hisy, taknaklah! Syiqin nak lelaki Melayu, bukan mat Salleh celup.” kata Syiqin ikut sesedap rasanya. “Ya Allah.. Siapa cakap macam tu? Amie pandai cakap bahasa Melayu. Dia faham apa yang Syiqin cakap tu!” “Haaa?!” ***** WAJAH Syiqin yang masam mencuka buat hati Nadzmie terhibur. suka sangat dia mengusik gadis yang selayaknya digelar adik itu. Sejak dua hari yang lalu, sengaja Nadzmie menyuruh Syiqin menemaninya. Kata Nadzmie, dia perlukan seseorang untuk membeli barang pengantin dan Syiqin ialah pilihan yang tepat. “Ni dah masuk tiga hari awak diam membisu macam ni.” Syiqin tetap membisu. Rasa malu dan bengang menebal di dalam hati. Mahunya tak malu? Aku siap tolong translate BM ke English semata-mata nak bagi Nadzmie faham kot! “Tak baik tak jawab apa-apa.” “Malas.” “Marah lagi?” “Takde masa.” “Dah tu?” “Eh, Encik UK! Boleh tak awak drive diam-diam? Fokus kat jalanraya tu, bukannya saya!” “Amboi, garangnya! Eh, suka hati je awak panggil saya Encik UK, kan?” bidas Nadzmie tak puas hati. Setakat ini, hanya Syiqin sahaja yang gemar menukar namanya kepada Encik UK. Syiqin mencebik. Dah tinggal kat sana bertahun-tahun, memanglah aku panggil kau Encik UK! Cuba kalau kau tinggal kat Bangladesh. Aku panggillah kau Encik Bangla! “Hm, marah lagi rupanya. Takpe takpe, nanti saya bagitau pakcik makcik yang awak langsung taknak tolong saya. Biar diorang marah awak macam hari tu.” Hari pertama keluar bersama, Syiqin langsung tidak memberi sebarang kerjasama. Nak pilih bunga telur macam mana pun, Syiqin enggan beri jawapan. Sudahnya, mereka pulang dengan tangan kosong. Bila ditanya, Nadzmie pantas meletak kesalahan di bahu Syiqin. Kesian Syiqin kena marah dengan orang tuanya. Syiqin mendengus kasar. “Umur dah 33, tapi main ugut-ugut macam budak darjah 5.” kata Syiqin geram. Nadzmie tersenyum puas, akhirnya Syiqin mahu membuka mulutnya. “Umur 33 tapi masih dikehendaki tau. Wanted. Ehh, saya lupa nak tanya. Umur awak berapa?” “Agak-agak?” Soalan berbalas dengan soalan. “Hm.. 28?” Terbeliak mata Syiqin mendengar angka itu. Pantas dia mengeluarkan cermin dari tas tangannya. Mata diteliti. Manalah tahu kalau ada kedutan di situ. Tiada. Pipinya pula. Pun tiada. Yang ada hanyalah beberapa bekas jerawat namun tidak begitu ketara. “Berani awak me-28 kan umur saya? Tua sangat ke muka saya ni?” tanyanya geram. Cermin tadi disimpan semula. Mendegar gelakan Nadzmie buat hatinya bengkak. Tahu sangat yang Nadzmie memperbodohkannya. “Oi, Encik UK. Tolonglah jangan malukan saya lagi. Hari tu bukan main saya dok speaking dengan awak. Eiii, sakitnya hati bila fikir balik. Nasib baik awak ni bakal abang ipar saya.” “Awak ingat saya tak sakit hati? Kawan awak bukan main puji saya. Awak pulak sesedap rasa Maggi Kari je kutuk saya. Siap cakap saya ni Horlicks Milo bagai. Tau tak, sampai hari ni saya tak minum Horlicks ngan Milo tau!” Syiqin terdiam sekejap. Kemudian dia tersenyum dan lama-lama dia tergelak kuat. “Tak.. Tak minum Horlicks? Hahaha, awak ni. Kelakarlah! Haha. Ada ke patut macam tu? Nadzmie.. Awak ni.. Ya Allah..” Tawa Syiqin tak tertahan lagi. Geli hati dengan pengakuan Nadzmie. Wajah ceria Syiqin buat Nadzmie tersenyum. Tak pernah langsung dia fikirkan pasal Laila Asyiqin kerana masanya lebih banyak diluangkan bersama Fara Asyiqin. ***** “NANTI.. Lepas awak dah kahwin dengan akak, awak kena rajin belikan dia bunga tau! Kak Laila suka bunga sangat-sangat.” Syiqin mula berkongsi perihal kakaknya kepada Nadzmie. Perkahwinan yang bakal tercipta ini bukan atas dasar cinta, oleh itu Syiqin rasa perlu untuknya berkongsi cerita tentang Laila. “Iya ke?” “A ah.” Jawab Syiqin. Dia leka membelek pamplet yang ada di depan mata. Dalam masa kurang dari dua minggu, sempat ke nak buat persiapan? Entahlah. Tapi Puan Aida dan ibu bapanya sendiri bagaikan yakin. “Saya rasa yang ni macam cantik.” Nadzmie mengunjuk pada satu bentuk gubahan bunga yang menarik minatnya. “Hisy! Bunga ni buat apa! Pakailah ros merah baru nampak cantik.” sela Syiqin, yang nyata kurang bersetuju dengan pilihan Nadzmie. “Kenapa pulak? Ros putih dengan ros biru. Tak sesuai ke?” Syiqin pantas menggeleng meski jauh di sudut hati, dia turut bersetuju dengan pilihan Nadzmie. “Kak Laila suka warna merah.” katanya pendek namun dalam nada tegas. Aduh, susah betul nak rancang perkahwinan orang yang tak kenal satu sama lain ni! “Laaa.. Dia yang suka warna merah, bukannya saya. Saya suka warna biru dengan putih!” “Hei, Encik UK. Agak-agaklah sikit. Awak nak kahwin dengan kakak saya. Biarlah ikut apa yang dia nak.” Nada keras Syiqin buat Nadzmie tidak dapat membantah. Dalam hati, Nadzmie mengeluh sendiri. Setakat ini, tiada langsung persamaan antara dia dan Laila. Macam mana nak ada keserasian kalau dia sendiri tak pernah bertemu Laila? Alasan mereka, Laila sedang sibuk bekerja nun di Sarawak. Sewaktu Syiqin membuat pesanan gubahan bunga di majlis perkahwinan nanti, Nadzmie tidak menghalang. Biarlah.. Majlis ini pun atas kehendak Puan Aida. Buat apa dia nak bersusah-susah? Lagipun Syiqin kan ada. ***** “AWAK tak beritahu saya lagi umur awak berapa.” “Kenapa? Penting ke?” balas Syiqin. Waktu itu, mereka berdua sedang menanti giliran untuk mencuba baju pengantin. Ramai pelanggan di butik ini, memaksa mereka untuk bersabar menunggu. Nadzmie angguk. “Pentinglah jugak. Awak kan bakal adik ipar saya.” “Hm.. Muda 10 tahun dari awak.” “Laaa, muda lagi rupanya. Patutlah comel je saya tengok!” terbit satu pujian ikhlas lahir dari hati Nadzmie. Tak sangka gadis di sebelahnya baru di awal 20-an. Syiqin tersenyum cuma. “Belajar apa?” “TESL. Saya nak jadi Cikgu Bahasa Inggeris. Mesti best dapat jumpa budak-budak comel nanti..” Syiqin yang sememangnya terkenal dengan sikap penyayangnya, sudah mula membayangkan keletah murid-murid. Dirinya anak bongsu, maka dia tak dapat curahkan kasih sayangnya kepada sang adik. Kalaulah dia ada adik, Syiqin janji dia akan melayan adiknya sebaik mungkin. Sebagaimana Laila menyayanginya. “Awak suka budak-budak?” tanya Syiqin pula. Nadzmie hanya mengangkat bahu. Selama dia bernafas 33 tahun, dia merupakan anak tunggal. Tak pernah tahu rasanya mempunyai abang, kakak atau adik. Sepenuh perhatian hanyalah pada dirinya. “Saya anak tunggal. Zero knowledge of having brothers or sisters.” Jawab Nadzmie jujur. Syiqin mengangguk sendiri. “Awak.. Awak pernah bercinta?” Tak diduga, soalan itu terpacul keluar dari mulut Nadzmie. Syiqin terpana seketika, namun dia menggeleng perlahan. Muncul satu wajah dalam fikirannya tapi cepat ditepis. Dia malu untuk mengaku tapi Fara Asyiqin ialah satu-satunya insan yang tak pernah bernasib baik dalam hal cinta. Syiqin merenung kosong meja kristal itu. “Saya sukakan kawan saya. Tapi.. Dia suka orang yang saya sayang. Jadi saya pilih untuk diamkan diri je.” “Kenapa pulak? Awak tahu tak, kalau kat UK, macam dah jadi kebiasaan kalau perempuan yang tackle lelaki.” Syiqin geleng. Dia masih perempuan Melayu yang masih berpegang pada pegangan agama dan budayanya. Melamar seorang lelaki untuk menjadi suami, dia terima. Tetapi untuk melamar seorang lelaki menjadi kekasih, itu bukan dia. “Kalau saya nak buat, saya dah buat dari 6 tahun yang lepas.” Kata-kata Syiqin menerbitkan satu perasaan baru dalam diri Nadzmie. Selama 6 tahun Syiqin menyimpan cintanya? Air muka Nadzmie berubah. Tak pasal-pasal dia jadi cemburu dengan lelaki itu. Bertuahnya dia kerana dicintai dalam diam! “Awak pulak? Sebelum kakak saya ni, dah berapa ramai perempuan awak date?” Suara yang tadinya sedikit suram berubah menjadi ceria. Nadzmie tahu, Syiqin cuba menyembunyikan kesedihannya. Nadzmie menggaru dahinya. Macam mana nak jawab soalan ni? “I don’t know how to say this, but seriously, saya tak pernah ada serious relationship. Kalau sekadar berkawan ramai-ramai, melepak.. Itu adalah.” jawab Nadzmie. “Tapi.. Awak tak cakap pun kenapa awak tak confess.” Syiqin menjegilkan matanya. Umur dah lebih 30 tahun tapi tak boleh nak faham hati orang langsung! Tapi Syiqin tetap rajin menjawab, “Jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka. Sebab satu hari nanti, orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang dia sayang.” “Haa? Apa tu?” ternganga Nadzmie mendengar ayat-ayat itu. Tak ada ayat yang lagi terbelit ke? “Oh, lupa pulak! Awak kan Encik UK, mana faham Bahasa Melayu sangat!” ejek Syiqin yang nyata tepat mengena ke batang hidung Nadzmie. “Syiqin!” Melihat wajah Nadzmie yang kononnya marah, tawa Syiqin semakin galak. ***** SUDU GARFU di tangan Nadzmie sibuk digunakan untuk menguis makanan di dalam pinggan sedangkan Syiqin makan dengan penuh berselera. Nadzmie jadi bingung seketika. Sebentar tadi, dahinya berpeluh apabila melihat Syiqin dalam baju pengantin. Cantik ! Syiqin tampak cantik sangat walaupun mungkin usianya terlalu muda untuk memakai baju itu. Nadzmie memandang Syiqin. Entah kenapa, Nadzmie rasa lebih baik kalau dia dan Syiqin yang dijodohkan bersama, bukannya dengan Laila. “Lagi seminggu lebih awak dah nak kahwin dengan akak. Bestnya.. Tapi sayalah yang rugi sebab tak dapat buli awak lagi.” Kata-kata Syiqin segera mengalih pandangan mata Nadzmie. Dia berdehem sendiri, bimbang terkantoi dengan Syiqin. “Hm, awak memang suka buli saya.” “Alaaa, biarlah! Saya tak pernah ada abang tau, sebab tu saya rasa happy bila dapat buli awak. Lagipun, bukan senang nak dapat abang ipar yang membesar kat UK.” Jawab Syiqin selamba. Kalau dulu, mungkin Syiqin akan menolak mentah-mentah lelaki yang membesar di negara barat namun selepas bertemu Nadzmie, Syiqin berubah fikiran. Nadzmie pula terdiam sendiri, mendengar perkataan ‘abang’ itu. “Tapi.. Kenapa awak nak sangat pilih ros putih-biru tu?” Nadzmie meletak sudu dan garfunya di atas pinggan. “Hm.. Sebab.. Putih tu kan suci. Biru pulak ketenangan. Saya dengan Laila tak kenal satu sama lain, jadi let’s say I choose red, it might be uncomfortable. Because red means love. And we don’t love each other. Kalau saya pilih putih-biru. It’s more like hope between us. That we could start as a friend, with zero-zero. And then, slowly, we’ll develop the feelings. Lepas tu, barulah saya boleh bagi ros merah untuk dia!” Jawapan Nadzmie buat Syiqin tersenyum senang. Boleh diterima akal juga jawapan Nadzmie itu. “Eiii, geli pulak dengar Encik UK cakap jiwang macam ni. Goosebumps saya tau!” “Kalau awak pulak Syiqin? Awak nak pilih colour apa?” “Kalau awak tanya saya.. Sebenarnya saya pun akan pilih biru putih. Bukannya sebab suci tak suci, ketenangan bagai tu ye! Tapi sebab saya memang gilakan biru dari dulu. Awak nak tahu tak.. Dulu, kan, saya suka berangan dengan akak. Kononnya kitorang nak kahwin serentak. Tema saya biru-putih, tema akak hitam-merah. Kononlah.. Sekarang akak pulak kahwin dulu, nampaknya saya kahwin sorang-sorang la..” Syiqin mengakhiri ceritanya dengan ketawa sendiri. Tak sangka, semua angan-angannya dan Laila tak dapat ditunaikan. “Apa kata kalau kita kahwin?” Soalan yang buat Syiqin ternganga sementara Nadzmie pula jadi gelabah sendiri. Kenapa? Kenapa aku cakap macam tu? Ya Allah, dah kenapa dengan aku ni? Hati Nadzmie mula berbolak-balik. Nadzmie pandang Syiqin dengan wajah sedikit cuak. “Err.. Awak jangan salah faham pulak. Maksud saya, apa kata kita kahwin serentak. Macam yang awak nak tu!” Nadzmie segera mencipta alasannya. Barulah Syiqin tersenyum. “Oh.. Awak ni buat saya cuak je. Ingatkan dah hilang akal tadi. Takpela, terima kasih je. Saya calon pun takde, nak kahwin dengan siapa? Dok sorang-sorang atas pelamin tu nanti? Nadzmie.. Saya tanya ni, awak jangan marah tau!” “Apa dia ?” “Bila awak nak bagi ros merah kat akak saya ?” ***** HARI INI, genap seminggu Syiqin dan Nadzmie keluar bersama bagi menguruskan segala-galanya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Dari katering hinggalah ke tempat berbulan madu, semuanya Syiqin dan Nadzmie selesaikan bersama. “Alhamdulillah.. Lega saya semuanya dah siap!” Syiqin menghempas tubuhnya di atas sofa. Nadzmie turut melakukan benda yang sama. Tugas mereka berdua dah selesai. Selebihnya akan diuruskan oleh pihak butik, katering dan andaman. “Nasib baik makcik memang dah tempah awal-awal cuma tak drop order je. Siap bayar deposit lagi! Senang sikit. Kalaulah tinggal lagi dua minggu nak kahwin baru nak settlekan semuanya, memang taklah..” Sempat Syiqin berterima kasih kepada Puan Aida. Itulah untungnya jadi orang yang peramah dan pernah terkenal sebelum ini. Hampir semua orang dikenali dan mengenalinya. Mudah untuk Puan Aida meminta bantuan mereka, apalagi dengan peruntukan wang yang banyak. Boleh dikatakan perkahwinan Nadzmie dan Laila menelan belanja yang agak banyak. “Mama memang.. Bab-bab macam ni dia expert..” “Amboi, Amie.. Sedap mengutuk mama?” Puan Aida muncul dengan mangkuk berisi koktail. Encik Saiful pula membawa mangkuk bersama sudu. Syiqin tersenyum bahagia, sudah lama dia tidak menikmati kelazatan koktail. “Sedapnya makan koktail!” “Sedap, sedap jugak. Tapi makcik pakcik jela yang makan. Orang tu bukannya makan pun..” sindir Puan Aida sekaligus membuat Syiqin berpaling pada Nadzmie. Nadzmie segera membuang pandang ke tempat lain. Syiqin senyum. Ada masanya tingkah Nadzmie buat dia terhibur. Kadang-kadang perangai Nadzmie tak melambangkan umurnya langsung! “Encik UK tak makan koktail? Habis tu kat UK tu, awak makan apa je?” “Suka hati sayalah nak makan …” Tak sempat Nadzmie habiskan ayatnya, tiba-tiba telefon bimbit Syiqin berbunyi. Syiqin pantas mencapainya dan terus memberi salam. Puan Aida dan Encik Saiful saling berpandangan manakala Nadzmie pula lebih tertumpu kepada Syiqin. “Assalamualaikum.. Hm? Syiqin ada kat rumah makcik ni, bah.. Kenapa?” Nadzmie leka memerhati Syiqin. Senyuman di bibir Syiqin lenyap, wajah Syiqin juga berubah rupa. Nadzmie tertanya-tanya sendiri apa yang diberitahu oleh sang pemanggil. “Okay.. Nanti Syiqin pergi. Assalamualaikum..” “Kenapa?” Nadzmie terus bertanya. Dia bukannya bersikap kepoh ataupun apa, tapi air muka Syiqin yang buat dia jadi penasaran. Syiqin memandang tepat ke anak mata Nadzmie. Seharusnya dia gembira dengan panggilan yang diterima tapi kenapa kecewa yang dia rasa? “Abah cakap.. Kak Laila.. Dia dah nak balik dari Sarawak. Baru tadi dia berlepas.” “Alhamdulillah..” Ucap Encik Saiful dan Puan Laila serentak. Ada sinar keceriaan di wajah mereka, barangkali teruja untuk berjumpa bakal menantu. “Hm, dapatlah Amie jumpa dia kejap lagi..” Nadzmie tercengang. Senyum tidak, teruja pun tak. Hanya matanya yang menjadi alat penghubung dengan Syiqin. ***** SEHARI berlalu tanpa bersua muka dengan Syiqin buat dirinya tak tentu arah. Ke kanan salah, ke kiri salah. Semuanya salah. Nadzmie jadi bingung. Meski dia sedang menghabiskan masanya dengan Laila, kenapa wajah Syiqin juga yang muncul ? Dan Syiqin.. Ke mana dia ? Tak tahu ke yang Nadzmie rindukan dia ? Tak tahu ke yang Nadzmie berharap untuk jumpa dia? “You..” Bila Laila memanggilnya, Nadzmie pantas menoleh. Dia hanya tersenyum seraya mendengar cerita Laila, sedangkan hatinya bukan di sini. Hatinya terbang entah ke mana. ***** SYIQIN berlari tanpa mempedulikan percikan air yang terkena bajunya. Hujan lebat menggangu penglihatannya namun Syiqin terus berlari. Hanya ada seseorang di fikirannya kini. Bajunya yang sudah basah lencun diabaikan. Tujuannya hanya satu. Tiba-tiba mata Syiqin tertancap pada seseorang yang sedang mencangkung di luar pagar. Syiqin menghela nafasnya sendiri. Dia melangkah perlahan-lahan mendekati lelaki itu. Apabila terasa hujan tidak lagi membasahi tubuhnya, Nadzmie mendongak. Syiqin sedang berdiri di sisinya sambil memegang payung. Tiada senyuman di bibir Nadzmie seperti biasa, sudah cukup untuk buat hati Syiqin terluka. “Kenapa duduk kat luar waktu hujan ni ? Boleh demam nanti.” Syiqin memulakan bicara. Nadzmie diam, enggan membalas apa-apa. Kalaulah Syiqin tahu dia juga punca keadaannya jadi serabut begini… “Hm, Encik UK taknak cakap dengan saya rupanya.. Okay. Kalau macam tu, saya tunggu sampai awak cakap.” “Baliklah.” Kata Nadzmie. Seboleh mungkin, dia tidak mahu Syiqin berada di sini walaupun hatinya memberontak ingin bersama Syiqin. Nadzmie malu dengan Syiqin. Malu bila dirinya tidak terurus seperti biasa. Malu bila Syiqin dapat tahu yang dia bertengkar dengan Puan Aida dan Encik Saiful. “Taknaklah. Saya nak duduk sini. Takpe, anggap je saya ni halimunan..” jawab Syiqin selamba. Nadzmie memandangnya tajam tapi Syiqin buat-buat tak peduli. Sudahnya, Nadzmie mengalah. Biarlah Syiqin ada di situ, sedikit sebanyak kehadiran Syiqin boleh memberi ketenangan padanya. Melihat keadaan Nadzmie, Syiqin jadi sedih. Entah apalah yang berlaku pada lelaki berdarah kacukan itu. Selepas menunaikan solat Maghrib tadi, tiba-tiba perasaan Syiqin melonjak mahu berjumpa Nadzmie. Barangkali tiga hari tanpa berhubung dengan lelaki itu telah membibitkan satu perasaan baru dalam dirinya. Hampir satu jam Syiqin berdiri di luar rumah, merenung balkoni bilik Nadzmie, berharap lelaki itu akan muncul tapi harapannya layu. Hujan pula turun dengan lebat, buat Syiqin berputus asa. Sewaktu dia memutuskan untuk pulang, dia lihat Nadzmie keluar dari rumah. Mulanya Nadzmie masuk ke kereta tapi tak sampai lima minit, Nadzmie keluar semula. Lelaki itu mendekati pagar yang telah bertutup. Tiba-tiba Nadzmie duduk mencangkung, menyedarkan Syiqin ada sesuatu yang tidak kena. Syiqin berlari meredah hujan untuk mencari kedai yang berdekatan. Dia ingin membeli payung bagi melindungi Nadzmie dari hujan. Syiqin tak peduli kalau dirinya basah, asalkan jangan Nadzmie. “Saya tahu awak ada masalah.. Takpe, saya temankan awak, eh ?” Syiqin turut mencangkung di sebelah Nadzmie. Di dalam hujan yang lebat, mereka berdua mencangkung di hadapan rumah, berkongsi satu payung. Satu peristiwa yang tak pernah Syiqin lalui bersama sesiapapun. Satu kenangan yang Syiqin janji, akan dia abadikan dalam hatinya walaupun selepas Nadzmie sah bergelar abang iparnya. ***** SETELAH jam menunjukkan pukul 2 petang, barulah Nadzmie tersedar. Nadzmie lihat sekelilingnya dan tahulah dia yang dia ada di rumahnya sendiri. Beberapa hari yang lalu, rakan Puan Aida, Puan Hayati terdesak mahu menjual rumahnya. Puan Hayati memerlukan duit bagi membayar hutang suaminya kepada lintah darat. Puan Aida pula segera mencadangkan Nadzmie agar membeli rumah itu dengan membayar tunai. Dan Nadzmie pula, hanya bersetuju dengan idea Puan Aida. Nadzmie memegang tuala yang terletak elok di dahinya. Kemudian matanya tertancap pada comforter yang membaluti tubuh. “Syiqin!” “Syiqin!” Nadzmie cuba untuk berlari namun keadaan tubuhnya yang lemah menghalang. Nadzmie rebah tiba-tiba. Syiqin naik ke tingkat atas bersama dulang yang berisi bubur ayam. Sebaik terpandangkan tubuh Nadzmie, terjerit Syiqin dibuatnya. “Nadzmie! Ya Allah, kenapa dengan awak ni?” Syiqin segera meletak dulangnya ke bawah lalu mendekati Nadzmie. Dengan sepenuh kudrat yang ada, Syiqin membantu Nadzmie untuk berdiri. Perlahan-lahan, Syiqin memapah Nadzmie ke katilnya. “Saya ingat awak dah takde.” Kata Nadzmie lemah. Syiqin menggeleng perlahan. Mustahil dia akan tinggalkan Nadzmie dalam keadaannya begini. Syiqin mengambil semula dulang tadi lalu diletakkan di atas meja. Semalam, Nadzmie bertengkar dengan Puan Aida. Nadzmie berkeras mahu batalkan perkahwinan tapi Puan Aida pula memaksanya untuk teruskan jua. Bila sama-sama panas, mulalah Nadzmie mengungkit kisah Puan Aida, Encik Saiful dan Encik Hadi. Sudahnya, Encik Saiful yang jadi penyelamat. Dia suruh Nadzmie keluar untuk tenangkan fikiran, manakala Puan Aida pula disuruh berfikir dengan baik. Sebelum keluar, sempat Nadzmie mencium tangan Puan Aida, meminta maaf kepadanya atas ketelanjuran sikapnya. “Takkanlah saya nak tinggalkan awak bila awak lemah macam ni.” Jawapan Syiqin buat Nadzmie tersenyum. “Saya suapkan awak bubur ni. Makan sikit, eh ?” Seperti anak kecil, Nadzmie sekadar menurut. Dia membuka mulut selepas membaca doa makan. Satu suap.. Dua suap.. Suapan Syiqin dirasakannya penuh kasih sayang. “Saya takut awak tinggalkan saya.” “Kenapa pulak saya nak tinggalkan awak?” “Sebab semalam.” Jawab Nadzmie pendek. Terbantut terus niat Syiqin untuk menyuap Nadzmie. Semalam ? Ya, semalam telah membongkar satu kisah Nadzmie yang tak pernah diduga olehnya. Baru semalam Syiqin dapat tahu yang Encik Saiful bukanlah bapa kandung Nadzmie, sebaliknya bapa tiri. Dulu, Encik Saiful hanyalah pembantu peribadi keluarga Puan Aida. Di usia muda, Puan Aida bertemu dengan Joe West, atau nama Islamnya Hadi Abdullah. Encik Hadi yang berasal dari United Kingdom tinggal di Malaysia bagi urusan bisnes. Selepas belasan tahun berkahwin, bapa Puan Aida, merangkap datuk Nadzmie terkena serangan angin ahmar. Waktu itulah perkahwinan Puan Aida dan Encik Hadi diduga. Encik Hadi menggunakan alasan bisnes untuk mengelak dari menjaganya. Mujurlah Encik Saiful ada, dia yang menguruskan makan pakai orang tua itu. Lama-kelamaan, Puan Aida jatuh hati dengan Encik Saiful yang sememangnya mencintainya. Puan Aida berterus-terang pada Encik Hadi dan minta dilepaskan. Dek kerana egonya yang tewas pada seorang pembantu, Encik Hadi enggan memujuk Puan Aida sama sekali. Dia melafazkan cerai talak satu dan terus pulang ke United Kingdom. Pada awalnya, hak penjagaan jatuh pada Puan Aida. Nadzmie yang baru berusia 17 tahun pula tidak dapat menerima perubahan hidupnya. Bersama Encik Hadi, hidupnya senang-lenang. Apa sahaja yang dia mahu, pasti Encik Hadi akan tunaikan. Tapi selepas Puan Aida bernikah dengan Encik Saiful, Nadzmie mulai tidak gembira. Dia mula menyalahkan Encik Saiful dan membenci lelaki itu. Nadzmie merayu kepada Puan Aida, agar membenarkannya ke United Kingdom untuk tinggal bersama Encik Hadi. Kerana kasihnya kepada anak, Puan Aida turutkan. Itupun dengan syarat – Nadzmie mesti selalu berkomunikasi dengannya agar pertalian mereka tidak terputus. “Mesti awak rasa saya anak derhaka, kan?” tebak Nadzmie rambang. “Taklah.. Kenapa saya nak fikir macam tu pulak?” Nadzmie menjawab, “Sebab saya bukannya anak yang baik macam awak..” Sekali lagi tindakan Syiqin terbantut. Anak yang baik? Dia bertanya pada dirinya sendiri. Kalau dia anak yang baik, dia takkan marah bila ibu bapanya menerima pinangan Puan Aida untuk Laila. Kalau dia anak yang baik, dia takkan menyimpan perasaan pada lelaki yang bakal menjadi abang iparnya. Kalau dia anak yang baik, dia takkan bermalam di rumah lelaki bukan mahramnya. Dan kalau dia anak yang baik, dia takkan mempunyai hasrat untuk merampas Nadzmie dari Laila. “Saya pun bukannya anak yang baik.” Kata Syiqin dengan air muka yang kelat. Kemudian, Syiqin cuba memaniskan wajahnya. “Awak makanlah dulu. Saya suapkan awak. Sedap tau bubur ni!” Sebab saya buat dengan penuh kasih sayang dan rasa cinta! Ikutkan perasaan, ingin sahaja Syiqin ucapkan ayat terakhir itu tapi dia cepat mengingatkan diri sendiri. Dia telah berjanji dengan seseorang, dan tak mungkin dia akan memungkiri janji itu. Dengan senang hati, Nadzmie membuka mulutnya lagi. Kalaulah tiap-tiap hari Syiqin menjaganya begini, Nadzmie lebih rela terlantar di atas katil! ***** BUNGA ROS MERAH yang dihantar bersama gitar itu ditenung Syiqin lama. Sejak tiga jam lalu dia merenung bunga ros merah itu. Sementara yang lain sibuk dengan urusan perkahwinan yang akan berlangsung dalam masa dua hari, Syiqin berkurung diri di dalam bilik. Syiqin memegang kelopak bunga ros itu. Dari satu kelopak hingga ke satu kelopak yang lain. Air matanya turut mengalir. Panggilan dari Nadzmie diabaikan. Namun setelah lebih lima kali Nadzmie menelefonnya, Syiqin jadi berang. Dia mencapai telefon bimbit itu lalu mencampaknya ke dinding. Habis pecah berderai telefon bimbitnya. “Ya Allah.. Tolonglah aku Ya Allah.. Tolong aku lupakan dia. Aku mohon, Ya Allah..” Berkali-kali Syiqin merayu perkara yang sama pada-Nya, tapi entah kenapa doanya yang satu ini seakan tidak dimakbulkan. Terngiang-ngiang kata-kata Nadzmie di telinganya. “Bila saya nak bagi bunga ros merah? Hm.. Saya cuma akan bagi bunga ros merah pada orang yang saya cinta. Katakanlah, satu hari nanti Laila dapat bunga ros merah daripada saya, maknanya saya dah jatuh cinta kat dia. Meaning to say, red roses are meant for the person whom I love only.” Syiqin menyembam mukanya ke bantal. Ya, dialah yang dicintai Nadzmie. Dia yang menerima bunga ros merah daripada Nadzmie. Kenapa semuanya berlaku sekarang? Kenapa mesti dua hari sebelum majlis pernikahan? Dan Syiqin terus menangis lagi. ***** ANGGUN. Satu pujian dari seorang adik untuk kakaknya. Syiqin memberi senyuman kepada Laila yang sedang duduk bersimpuh di atas kusyen berwarna putih dan berenda merah. Inilah harinya. Hari di mana dia perlu melepaskan Nadzmie dari hatinya. Syiqin tahu, dia perlu kuat. Bila-bila masa dari sekarang, ijab kabul akan dilafazkan dan sekelip mata, bertambah lagi satu batas antara dia dan Nadzmie. “Semua dah sedia?” Suara Encik Wahidi menampar gegendang telinga Syiqin. Semerta dia mengangkat muka dan serentak, matanya bersatu dengan mata Nadzmie. Ada sesuatu di mata Nadzmie, yang tidak dapat dibaca oleh Syiqin. Mungkinkah Nadzmie juga sama sepertinya? Hisy, tak mungkin.. Syiqin pandang Laila semula dan dalam diam, dia mula menilai Laila. Laila yang anggun dalam busana pengantin, memandang Nadzmie. Semalam dia dan Nadzmie ada berbincang tentang sesuatu yang melibatkan Syiqin. Laila pandang Syiqin pula, dan dia dapat membaca kesedihan di wajah itu. Senyuman yang Syiqin pamerkan tak berjaya menipu mata seorang kakak. Laila menarik nafasnya panjang. “Ayah.. Nanti dulu.” Nadzmie yang baru mengangkat tangannya untuk berjabat tangan dengan Encik Wahidi, segera teralih pandangannya. Dia memandang Laila dengan penuh soalan. Permainan apa yang Laila cipta ini? “Hari ni hari penting untuk Laila.” Semua mata mula tertancap pada Laila, sementara mata Laila pula jatuh pada adiknya. “Kenapa akak tengok Syiqin macam tak happy untuk akak ?” Bulat mata Syiqin dibuatnya. Dalam paksa, Syiqin cuba mengukir senyumannya meski dia sendiri sedar senyuman itu jelek lagi hodoh. “Apa yang akak cakap ni.. Syiqin happy je. Kan akak Syiqin yang nak kahwin..” kata Syiqin dalam nada hambar. Dia tidak betah menoleh ke kiri kerana Puan Aida duduk di sebelah kirinya. Entah apa pula kata Puan Aida. “Syiqin.. Untuk hari ni, akak akan ikut cakap Syiqin. Perkahwinan ni akan diteruskan kalau Syiqin cakap yes..” Mulalah Syiqin rasa ada benda membelit badannya. Nadzmie menggenggam penumbuknya. Kalau Laila ialah orang luar, rasa-rasanya Laila dah dapat penumbuknya. Hati Nadzmie kuat mengatakan Laila akan memalukan dia dan Syiqin. “Laila.. Kenapa Laila buat macam ni pulak? Kenapa nak jawapan dari Syiqin ?” Puan Aida mencelah bila yang lain hanya diam membisu. Agaknya semua tetamu pun terkejut dengan apa yang dibuat Laila. Laila tersenyum tipis namun ada sinis di senyumannya. “Makcik ni.. Kalau Laila boleh nampak, takkanlah makcik tak nampak.. Syiqin dengan Nadzmie…” “Kak..” Syiqin pantas memotong. Kini dia tahu niat sebenar Laila. Kakaknya itu berniat untuk menjatuhkan maruahnya. Itukah kasih seorang kakak ? Air matanya bergenang. Bukan kerana malu tetapi kerana kecewa. Kecewa dengan sikap kakaknya. Puan Aida merenung Syiqin dengan perasaan berbelah bahagi. Dia sayangkan Syiqin tapi untuk serahkan Nadzmie pada Syiqin, tidak sama sekali. Sebelum ini, dia pernah minta Syiqin berjanji padanya supaya jauhkan diri dari Nadzmie. Dan Syiqin bersetuju dengannya. Habis, apa masalahnya sekarang? “Mak.. Abah.. Syiqin keluar dulu. Teruskanlah majlis ni.” Syiqin memberi lampu hijaunya sepertimana yang dipinta Laila. Syiqin berdiri, dia perlu cepat-cepat keluar dari sini sebelum air matanya menitik. Baru lima langkah, ada seorang lelaki berdiri tepat di depannya. “Awak nak pergi mana ?” suara lembut Nadzmie diabaikan, Syiqin mula berjalan lagi. Laila yang masih tak puas hati dengan Syiqin dan juga Nadzmie, berdiri. “Syiqin jalan lagi satu langkah, akak takkan ngaku Syiqin adik akak !” Bergema suara Laila di rumah itu, semerta buat Syiqin berhenti berjalan. Encik Wahidi, Encik Saiful, Puan Aida dan juga Puan Farida berdiri. Tak pernah-pernah ada drama terjadi di majlis perkahwinan, tiba-tiba perkahwinan anaknya sendiri yang memberi drama swasta. Laila mendekati Syiqin lalu merentap tangan adiknya kuat. “Syiqin nak pergi mana ? Nak lari ? Kenapa ? Sakit ke hati Syiqin bila tengok akak nak kahwin dengan Nadzmie ?” “Kak..” “Laila. We talked about it last night. Stop creating scene and let her go. This is between you. And. Me.” Ujar Nadzmie satu persatu, jelas melambangkan rasa sakit hatinya. Sangkanya, semuanya sudah selesai semalam. Kenapa Laila masih berdegil? Bukannya Laila tak tahu yang cintanya telah ditolak Syiqin, bermakna langsung tiada peluang untuk dia bersama Syiqin! Laila geleng. Matanya dicerunkan ke Nadzmie. “I won’t.” Jawab Laila sepatah. Air mata Syiqin jatuh ke pipi. Nampaknya, dia yang mencetuskan perbalahan di antara Nadzmie dan Laila. “What? You want me to marry you, even after knowing that you love my sister, and she loves you? Hell, no. I bukannya perempuan macam tu. Maybe semua orang tak tahu, tapi I tahu. Mak, abah, makcik, pakcik.. They love each other.” Air muka Puan Farida dan Encik Wahidi berubah. Puan Aida pula sudah tertunduk manakala Encik Saiful pandang mereka bergilir. Bisikan mulai kedengaran, mungkin semuanya mula bergosip tentang cinta terbelit-belit ini. Laila menyambung lagi, “Mak abah pun tahu, dulu Syiqin suka Arman tapi Arman suka Laila. Syiqin buat apa? Dia lepaskan Arman untuk Laila. Dan sekarang ni..” Arman? Macam pernah dengar nama tu.. Nadzmie cuba menyelongkar kotak fikirannya dan cuba kaitkan segala-galanya. Oh, barulah dia mengerti kini. Armanlah lelaki yang Syiqin suka tapi dia lepaskan untuk orang yang dia sayang – Laila. “Syiqin.. Selama akak kenal Nadzmie, dia layan akak macam dia layan Syiqin. Semua yang dia tunjuk, semuanya yang Syiqin suka. Mula-mula akak ingat ni perasaan akak je. Tapi.. Semalam bila akak masuk bilik Syiqin, akak nampak ada gitar warna putih. Sepasang dengan gitar hitam yang ada kat rumah Nadzmie. Akak mula terfikir. Akak suka piano, tapi kenapa Nadzmie beli gitar? Kenapa dia tak beli apa yang akak suka. Kenapa dia beli apa yang my sister likes? Malam semalam jugak, Nadzmie mengaku kat akak yang dia tak boleh teruskan perkahwinan ni.” Laila mula membuka cerita. Biar semua yang ada di situ dengar, biar mereka buat penilaian sama ada perkahwinan ini harus diteruskan atau tidak. Luruh semangat Syiqin. Tak sangka Nadzmie bertindak segila itu. Tapi kalau Nadzmie taknak teruskan, kenapa majlis ini tetap ada? Siapa yang mainkan siapa sekarang? “But I told him, jangan malukan keluarga. Hm, nampaknya dia ni pentingkan keluarga jugak..” “Apa yang akak cuba cakap ni? Kalau akak benci Syiqin, cakap je. Tapi jangan burukkan Nadzmie. He knows nothing.” Sekali lagi Laila tersenyum. Akhirnya Syiqin bersuara juga. Meski bukan untuk membela diri sendiri, Laila tetap bersyukur kerana Syiqin berani untuk berbalas kata dengannya. Mata Nadzmie pula sudah melekat seratus peratus pada Syiqin, langsung tak berkelip matanya. “Ya, Syiqin mengaku yang Syiqin sukakan dia. Lepas Syiqin dah kenal dia, I found him as a great man. Tapi Syiqin ingat lagi siapa diri Syiqin. Syiqin ada mak abah, Syiqin ada akak. Syiqin kena jaga maruah korang. Sebab tu Syiqin taknak buat apa-apa. Lagipun Syiqin dah janji dengan makcik Aida, Syiqin akan jarakkan diri dari Nadzmie. So, I think there’s nothing to be argued. He is for you. Sorry, mak abah.. Syiqin rasa Syiqin kena pergi. Teruskan je akad nikah. Jangan tunggu Syiqin.” Sekali lagi air mata Syiqin tumpah. Dia dah jelaskan pendiriannya dan inilah pengakhirannya. Selepas ini, tiada lagi nama Syiqin dalam kisah Laila dan Nadzmie. Nadzmie menahan Syiqin dengan menggenggam lengannya. “Don’t go.” “Nadzmie..” Mulalah Syiqin menangis lagi. “Saya taknak awak pergi. Tadi saya nyaris hilang awak, baru saya tahu yang saya tak boleh kalau bukan dengan awak.” “Amie!” Tinggi suara Puan Aida memanggil anaknya. Nadzmie dah gila agaknya ! Puan Aida ingin mendekati mereka tapi dihalang Encik Saiful. “Biarkan diorang. Amie dah cukup besar untuk buat keputusan. Jangan sampai diorang jadi macam kita..” kata Encik Saiful, yang jelas merujuk pada hubungan mereka sendiri. Perkahwinan Puan Aida pernah gagal sekali dan Encik Saiful taknak Nadzmie mengalami benda yang sama. Lagipun, dia yakin Nadzmie bijak membuat keputusan. “Nadzmie.. Kak.. Syiqin mintak maaf sangat-sangat. Sumpah, Syiqin takde niat nak buat semuanya huru-hara macam ni. Syiqin sayang akak. Syiqin sayang mak abah. Percayalah cakap Syiqin. Syiqin tak berma..” Kalut Syiqin bersuara bagi membela dirinya di hadapan semua orang. Dia tak kisah andai dibenci orang lain tapi jangan keluarganya sendiri. Jangan kerana cinta, dirinya dibuang keluarga. Syiqin taknak. Tiba-tiba Laila mengukir senyuman ikhlas. Rasa-rasanya dia dah boleh hentikan semua ni. “Finally, Syiqin mengaku jugak.” Katanya yang menyebabkan Syiqin tergamam. Mengaku ? Laila mengelus pipi adiknya, sekaligus menyeka air mata yang membasahi. “Jangan nangis, akak taknak adik akak sedih macam ni..” “Kalau akak tak buat macam ni, mesti Syiqin dengan Nadzmie tak mengaku perasaan masing-masing, kan ? Syiqin.. Akak sayangkan Syiqin, sama macam mana Syiqin sayangkan akak. Akak tahu, kalau akak teruskan jugak, kita bertiga takkan bahagia. Nanti akak jugak yang merana teruk. Sebab tu la, lebih baik kita settle kan sekarang. He is meant for you, Syiqin. Sejak awal lagi, memang Syiqin ditakdirkan untuk dia. Just who am I to change your destiny? Ini takdir kita bertiga. Kalau makcik Aida tak cuba jodohkan kitorang, Syiqin takkan jumpa dia. Kalau korang tak jumpa, korang takkan jatuh cinta. Dan kalau akak tak wujud, mungkin korang takkan sedar yang you love each other dearly..” Tenang sahaja Laila menuturkan kata-kata itu, setenang hatinya kini. Dia bukan seorang kakak kejam yang tegar merampas kebahagiaan adiknya. Lagipun, dia juga ingin mengejar kebahagiannya sendiri. Laila menghampiri Syiqin dan memeluk adiknya. Perlahan-lahan, tangannya menepuk belakang Syiqin. Satu perkara yang biasa dia lakukan untuk memujuk Syiqin. “Jangan risau.. Percayalah cakap akak. Nadzmie ialah jodoh Syiqin. Jangan risau pasal mak abah. They know us, they’ll understand us. Definitely. Akak sayang Syiqin.” Dan sehabis ayat itu, Laila meleraikan pelukannya. Nadzmie tertunduk malu. Ternyata dia salah menilai Laila. Syiqin pula berbalas pandang dengan Puan Farida dan Encik Wahidi. Bila Puan Farida mengangguk, empangan air matanya pecah untuk kesekian kalinya. “Kan akak dah cakap..” “Tapi, akak..” “Akak pun nak hidup dengan orang yang akak sayang. Akak baru je sedar, yang akak jugak cintakan Arman. And yeah, frankly speaking, I’m going to chase him and confess my feeling. He has waited for a long time and I think today is the day.” Jawab Laila, meluahkan isi hatinya. Syiqin senyum, tak sia-sia dia melepaskan Arman dari hatinya untuk Laila. “Dahlah. Jangan menangis lagi. Nadzmie! You tak reti ke nak propose adik I ni? Cepatlah sikit.. Lepas korang nikah, I pulak nak kejar Arman!” kata Laila tanpa sebarang rasa malu. Nadzmie jadi serba salah. Kalau tanya dia, memang dia terus tarik Encik Wahidi dan lafazkan ijab kabul sekarang juga! Tapi.. Nadzmie pandang Puan Aida. Apa pula perasaan mamanya? Dilihatnya Encik Saiful berbisik sesuatu ke Puan Aida. Nadzmie jadi cuak. Bila Puan Aida berjalan ke arahnya, perasaan Nadzmie bergelodak. “Amie.. I’m sorry. I know I shouldn’t interfere in your love matter. Tapi mama sayangkan Amie. Papa Saiful kata, Syiqin sorang je yang boleh bahagiakan Amie. Jadi.. Mama harap.. Amie jaga Syiqin baik-baik. Okay?” Sehabis ayatnya, Nadzmie terus mendakap Puan Aida. Matanya pula tertancap pada Encik Saiful. Bibirnya bergerak, mengucap ‘Terima kasih Papa.’ Sebaris ayat yang menyentuh hati seorang bapa, kerana akhirnya Nadzmie menerima kewujudannya. Pelukan dilerai dan Nadzmie berjalan mendekati Encik Wahidi. “Pakcik.. Maafkan saya. Saya takde niat nak mainkan sesiapa tapi saya cuma nak pakcik tahu.. Saya ikhlas cinta dan sayangkan Syiqin. Tolong bagi restu kat kami.” Encik Wahidi menepuk bahu Nadzmie sambil mengangguk-angguk. Ya, dia merestui Nadzmie dan Syiqin. Dengan dada yang lapang dan penuh keyakinan, Nadzmie mendekati Syiqin. Gadis itu tunduk, mungkin malu menjadi perhatian pada hari ini. “Awak.. Pandang saya.” Panggil Nadzmie lembut. Syiqin akur, perlahan-lahan dia mendongak. “Demi Allah.. Saya sayangkan awak. Saya nak nikah dengan awak. Tak kisahlah awak panggil saya Encik UK ke, serbuk Horlicks jatuh dalam air Milo ke.. Saya tetap nak kahwin dengan awak. Dan saya harap awak terima saya.” Syiqin tergelak sendiri mendengar lamaran Nadzmie itu. Mungkin kedengaran tak serius tapi hanya mereka berdua yang tahu, itulah yang membibitkan rasa cinta di antara mereka. Syiqin menyeka air matanya. “Tapi.. Awak tak kisah ke ? Kalau saya terima awak hari ni, pelamin kita bukannya warna biru macam yang awak suka.” “Takpe. Tema kita warna merah. Kan saya dah cakap, merah untuk cinta. Saya cintakan awak.. Dan saya nak kahwin dengan awak je.” Jawab Nadzmie yang mengandungi maksud tersirat. Syiqin tersenyum simpul. Ya, dia juga tak kisah berkahwin dengan menggunakan tema merah. Merah itu cinta. Dan hari ini, semuanya akan menjadi tanda cinta dia dan Nadzmie. “Saya pun.. Cintakan awak.. Dan.. Saya pun nak kahwin dengan awak je..” Merah pipi Syiqin sewaktu mengucapkan itu. Suasana di sekeliling mereka mulai riuh. Tak sia-sia mereka datang ke majlis perkahwinan ini, dapat tonton drama cinta percuma! Puan Farida mendekati anak bongsunya. Bukan main lagi dah berbalas kata-kata cinta! “Dah dah. Jom tukar baju. Bakal pengantin takkanlah nak pakai baju kurung biasa je!” Puan Aida juga cepat-cepat mendekati Syiqin. Sementara dia menarik Syiqin naik ke tingkat atas, Puan Farida pula menarik anak sulungnya. Nadzmie tersenyum senang. Dia mendekati Encik Saiful, lalu mencium tangan orang tua itu. “Terima kasih, Pa.. Amie nak mintak maaf jugak, sebab biadap dengan Papa selama ni..” Tanpa kata, Encik Saiful memeluk Nadzmie. Untuk seketika Nadzmie terkedu tapi lama-lama bibirnya mengukir senyum. “Hm, mintak maaflah ye.. Tak sangka jadi macam ni pulak. Tunggu pengantin perempuan bersiap, barulah kita langsungkan. Oh, apa kata kita makan dulu.” Kedengaran Encik Wahidi cuba memberi idea kepada tetamunya. Namun mereka tidak berganjak sama sekali. Mulut masing-masing becok bertanya itu dan ini. Agaknya semua penasaran dan ingin tahu dengan lebih lanjut. Entah untuk kali keberapa, Nadzmie senyum sendiri. Encik Saiful juga mula menghampiri tetamu dan sekadar melayan mereka apa adanya. Hati Nadzmie berdebar tiba-tiba. Sekejap lagi dia akan dinikahkan dengan gadis yang dia cinta. Tak sangka perasaan itu berbeza. Bila Nadzmie terasa gegaran di badannya, cepat-cepat Nadzmie menyeluk poket baju Melayunya untuk mengambil telefon bimbitnya. Satu SMS diterima. Dari Syiqin. Bertambah laju degupan jantungnya. ‘Saya sayang awak, Encik UK! Tunggu saya.Sekejap je lagi..’ Nadzmie pantas membalas SMS itu. ‘Saya pun sayangkan awak. Insya Allah, can’t wait to be yours. I love you, honey!’ Dan bibir Nadzmie terus menayangkan senyumannya. Inilah kebahagiannya. Syiqinlah cintanya. Tak kisahlah kalau Syiqin tetap menggelarnya Encik UK, yang penting Syiqinlah yang memegang kunci ke hatinya. Nadzmie tersenyum lagi, meski dia sedikit terkilan kerana bapa kandungnya tidak dapat meraikan hari bersejarah ini bersamanya. Apa yang pasti, hatinya tidak berhenti menjerit nama Fara Asyiqin. - TAMAT - Kongsi Karya ini Di Facebook Anda Klik nama penulis untuk keseluruhan karya penulis «« »» Klik judul karya untuk sambungan novel bersiri Kata kunci karya: Cerpen, Sayang Awak Encik UK!, Syu Ariani
Posted on: Mon, 27 Jan 2014 13:37:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015