Penyanyi nombor satu wanita negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, - TopicsExpress



          

Penyanyi nombor satu wanita negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 34, hari ini menerima Anugerah Kemanusiaan Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) Menurut Siti, anugerah berkenaan diterimanya berdasarkan keprihatinan yang ditunjukkan terhadap masyarakat umat Islam yang menjadi mangsa penindasan dan kekejaman Yahudi di Palestin. "Secara jujurnya saya tidak menyangka mengenai anugerah yang diberikan tetapi saya bersyukur atas penghargaan ini dan ia akan memberi dorongan kepada saya serta rakan-rakan artis lain supaya sentiasa prihatin terhadap nasib umat Islam yang lain. "Sumbangan yang saya berikan rasanya agak kecil berbanding dengan ahli-ahli Mapim lain yang telah memberanikan diri untuk pergi ke Palestin dan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada umat Islam di sana," ujarnya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Hi Tea Rebuild Gaza Gaza For A Nation Feat Datuk Siti Nurhaliza & Rabbani anjuran Mapim dan Rabbani Production Sdn. Bhd. yang berlangsung di Hotel De Palma, Ampang hari ini. - KOSMO!
Posted on: Sat, 29 Jun 2013 14:35:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015