Peria Alam: Tumbuhan Divisi: Magnoliophyta Kelas: - TopicsExpress



          

Peria Alam: Tumbuhan Divisi: Magnoliophyta Kelas: Magnoliopsida Order: Cucurbitales Famili: Genus: Momordica Spesies: M. charantia Peria atau nama sainsnya Momordica charantia adalah sejenis sayuran yang pahit rasanya. Di pasar-pasar kita biasanya dapat melihat dua jenis peria. Ada yang panjang dengan warna hijau muda dan ada yang kecil saiznya atau digelar ‘peria katak’ yang mempunyai warna hijau tua. Pokok peria mudah didapati di negara-negara beriklim panas dan khatulistiwa seperti India, Indonesia, Sri Lanka, Malaysia dan Filipina. Pokok peria biasanya tumbuh menjalar seperi pokok timun. Jika diperhatikan sepintas lalu, ia seakan-akan serupa tetapi yang membezakan adalah daunnya dimana daun peria agak kecil berbanding timun. Peria mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Setiap 100gm peria mengandungi 92.4 peratus lembab, protein 1.6 peratus, lemak 0.2 peratus, mineral 0.8 peratus, fiber 0.8 peratus dan karbohidrat 4.2 peratus. Sejak zaman purba lagi peria digunakan untuk merawat kencing manis. Doktor dari England telah membuat penyelidikan untuk mencari nilai saintifiknya. Hasilnya mereka menemui hypoglycemic atau insulin. Seterusnya mereka mencipta plantinsulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing. Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit ini ialah dengan meminum jus yang di ambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan. Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potang peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah di hancurkan pula di gunakan untuk di sapukan ke tempat buasir. Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengamblan alkohol. Walaupun peria tidak di minati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak. Di India, biji daripada buahnya yang telah di masak ranum pula di jadikan sebagai bahan perasa. Khasiat Peria 1. Haus karena panas dalaman, demam, heat stroke (pengsan kerana kepanasan): Satu buah peria mentah yang masih segar dicuci bersih, lalu dibelah. Buang isinya, potong-potong secukupnya, lalu direbus dengan 3 gelas air bersih sehingga menjadi 1 gelas. Setelah dingin ditapis, airnya diminum. 2. Diabetes / Kencing Manis: a. 200 g buah peria segar dicuci bersih lalu dikisar. Tambahkan air minum secukupnya, lalu diperah dengan sepotong kain sampai terkumpul sebanyak 50 ml (seperempat gelas). Perahan dihangatkan dengan api kecil selama 15-30 menit. Setelah sejuk diminum. Lakukan setiap hari. b. 200 g buah pare dicuci bersih lalu dihiris tipis-tipis. Rebus dengan 3 gelas air bersih sampai tersisa 1 gelas. Setelah dingin ditapis, airnya diminum. Lakukan setiap hari. 3. Disentri (penyakit darah, cirit-birit). Buah peria segar dicuci lalu dibelah, isinya dibuang. Parut atau dibuat jus, airnya diminum. Segera minum air kosong. Satu kali minum 200 cc. 4. Amoebic dysentery, cirit-birit: Ambil akar peria yang masih segar sebanyak 30 g. Bersihkan lalu dipotong mengikut keperluan. Rebus dengan 3 gelas air hingga menjadi 1 gelas. Setelah sejuk disaring, tambahkan gula pasir secukupnya lalu diminum. 5. Jangkitan cacing pada kanak-kanak: a. Daun segar sebanyak 7 g, diseduh (rendam agar menyerap) dengan 1/2 cawan air panas. Setelah sejuk ditapis, tambahkan 1 sudu teh madu. Kacau hingga bercampur rata, minum sekaligus sebelum makan pagi. b. Ambil dua sampai tiga bijian peria. Giling sampai halus, campur sedikit air masak. Minum, disusul dengan minum air hangat. Ramuan ini untuk mengubati jangkitan cacing gelang. 6. Menyuburkan rambut yang nipis dan kemerahan: a. Ambil segenggam daun peria, cuci bersih. Daun kemudian ditumbuk hingga menjadi seperti bubur, tambahkan air 3/4 gelas. Ramuan ini kemudian diperap semalaman. Pagi-pagi ramuan ini ditapis, airnya digunakan untuk membasuh kulit kepala. b. Ambil daun peria yang masih segar secukupnya, lalu dicuci bersih. Daun peria tadi ditumbuk sampai halus, lalu diperah dengan sepotong kain. Airnya digunakan untuk disapukan pada kulit kepala. Lakukan setiap hari. Ramuan ini sesuai digunakan untuk bayi dan kanak-kanak. 7. Bisul, Bengkak Bernanah (Abses): Ambil segenggam daun peria, cuci bersih lalu direbus dengan 3 gelas air bersih sampai tersisa 1 gelas. Setelah dingin ditapis, airnya diminum. 8. Demam, malaria, sakit berkaitan hati, sembelit, jangkitan cacing: Segenggam penuh daun peria dicuci bersih, lalu ditumbuk halus. Tambahkan 1 cawan air masak, dikacau merata lalu disaring. Air saringannya ditambahkan sedikit garam, lalu diminum pada pagi hari sebelum makan. 9. Kencing bernanah: 6 lembar daun pare, 2 jari akar jayanti (Sesbania sesban Merr.), 2 jari kulit kemboja, 1 jari rimpang temulawak, 3 jari gula enau (sugar palm), dicuci dan dipotong mengikut keperluan. Rebus dengan 4 gelas, ditapis dan diminum
Posted on: Fri, 27 Sep 2013 05:59:23 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015