Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dalam kenyataan media - TopicsExpress



          

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dalam kenyataan media bertarikh 19 Julai 2013 mengumumkan rundingan sedang dijalankan untuk mendapatkan khidmat bekas pengurus Valencia dan Atletico Madrid, Cesar Ferrando Jimenez bagi menggantikan Fandi Ahmad sebagai Pengurus merangkap ketua jurulatih pasukan manakala Fandi akan bertindak sebagai penolong jurulatih. Bekas pemain antarabangsa dari Argentina, Pablo Aimar hampir mencapai persetujuan untuk menandatangani perjanjian dengan pasukan JDT untuk musim depan, serta persetujuan lima pemain tempatan yang baru bagi musim akan datang. Dalam kenyataan itu juga menyebut sumber kewangan PBNJ adalah daripada DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan juga dari DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sendiri termasuk rangkaian penaja yang melabur dalam negeri Johor, dan tidak melibatkan wang rakyat.
Posted on: Sun, 21 Jul 2013 04:02:36 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015