Persekutuan ialah sebentuk kesatuan yang terdiri daripada - TopicsExpress



          

Persekutuan ialah sebentuk kesatuan yang terdiri daripada sebilangan negeri atau rantau yang separuh berpentadbiran sendiri yang disatukan oleh satu kerajaan pusat (persekutuan). Dalam sesebuah negara persekutuan, status pentadbiran sendiri bagi negeri -negeri komponen lazimnya dikukuhkan oleh perlembagaan dan tidak wajar diubah oleh keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat yang hanya menyebelahi satu pihak. Bentuk kerajaan atau struktur perlembagaan yang didapati dalam sebuah persekutuan dikenali sebagai federalisme yang juga boleh dianggap sebagai lawan kepada satu sistem lain, iaitu negara unitari. Kerajaan Jerman yang merangkumi 16 länder bersekutu dijadikan satu contoh persekutuan, manakala Austria dan Bundesländer nya merupakan negara unitari dengan bahagian pentadbiran yang menjadi bersekutu, sementara Perancis pula merupakan negara unitari sepenuhnya, meskipun entiti subnasionalnya kelihatan serupa dengan negeri-negeri kerajaan persekutuan. Persekutuan ini boleh berupa suatu kawasan pelbagai etnik , atau meliputi sebidang tanah wilayah yang amat luas, namun tidak semestinya begini. Persekutuan lazimnya ditubuhkan melalui persetujuan asal antara sebilangan negeri berdaulat. Senarai persekutuan di dunia Kini Persekutan Subdivisi utama Wilayah khusus Amerika Syarikat (lihat Negeri di Amerika Syarikat) 51 negeri 1 daerah persekutuan; 1 wilayah bergabung, 13 wilayah tidak bergabung Argentina 23 wilayah 1 daerah persekutuan Australia 6 negeri 1 daerah/ wilayah persekutuan, 1 wilayah utama, beberapa wilayah kecil Austria 9 Bundesländer Belgium[1] 3 komuniti linguistik 3 rantau Bosnia dan Herzegovina 2 entiti 1 daerah yang diselia oleh pihak antarabangsa Brazil 26 negeri 1 daerah persekutuan dan 5,561 perbandaran Comoros 3 pulau Emiriah Arab Bersatu 7 emiriah Habsyah 9 rantau 2 bandaraya berpiagam Jerman 16 Länder atau Bundesländer India 28 negeri 7 wilayah kesatuan Iraq 18 gabenorat, termasuk 1 kawasan autonomi Kanada 10 wilayah 3 jajahan Malaysia (lihat Senarai negeri- negeri Malaysia ) 13 negeri 3 wilayah persekutuan Mexico 31 negeri 1 daerah persekutuan Micronesia 4 negeri Nepal 14 zon 75 daerah Nigeria 36 negeri 1 wilayah Pakistan 4 wilayah 4 wilayah persekutuan Rusia[2] 48 oblast , 21 republik, 10 okrug berautonomi, 7 kray , 2 bandaraya persekutuan Saint Kitts dan Nevis 2 pulau/14 mukim Sudan 26 negeri Switzerland 26 kanton Venezuela 23 negeri, 1 wilayah tanggungan 1 daerah persekutuan Gelaran panjang Republik Persekutuan : Brazil , Jerman , Nigeria. Persekutuan : Russia , Saint Kitts dan Nevis . Republik: Argentina, Austria, India , Iraq, Sudan . Lain-lain: Republik Bolivar (Venezuela ) Gabungan ( Switzerland) Komanwel (Australia) Persekutuan Demokratik Republik (Ethiopia ) Negeri-negeri Bersekutu (Micronesia ) Kerajaan ( Belgium) Negara ( Nepal ) Kesatuan ( Comoros) Kesatuan Negeri-Negeri Mexican (Mexico ) Emiriah Arab Bersatu (Emiriah Arab Bersatu) United States of America (Amerika Syarikat) tiada: Bosnia dan Herzegovina, Malaysia , Kanada Tidak wujud lagi Empayar Inca (1197 – 1572 ) Negeri-Negeri Gabungan Amerika (1861 – 1865 ) Kesatuan Republik Sosialis Soviet[3] Wilayah Bersatu Amerika Tengah (1823 – ~1838 ) Afrika Barat Perancis (1904 – 1958 ) Afrika Khatulistiwa Perancis (1910 – 1960 ) Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia [4] ( 1945– 1992) Federal Republic of Yugoslavia (Serbia- Montenegro, New Yugoslavia) (1992 – 2006 ) Republik Indonesia Serikat ( 1949 – 1950 ) Kerajaan Bersatu Libya (1951 – 1963 ) Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1896 – 1946 ) Malayan Union ( 1946– 1948) Persekutuan Tanah Melayu ( 1948– 1963) Granada Baru (1855 – 1886 ) Persekutuan Rhodesia dan Nyasaland ( 1953– 1963) Persekutuan Hindia Barat (1958 – 1962 ) Persekutuan Mali (1959 – 1960 ) Republik Persekutuan Sepanyol 1873 – 1874 Republik Persekutuan Cameroon ( 1961 – 1972 ) Persekutuan Arab Selatan ( 1962 – 1967 ) Czechoslovakia (1969 – 1992 ) Uganda ( 1962 – 1967 ) Persekutuan Imperial (1884 – 1919 )[5] Nota 1. ↑ Sesetengah pengkaji melihat Belgium lebih menyerupai gabungan kerana autonomi yang jauh lebih luas dalam bidang-bidang berlainan. 2. ↑ Ada sesetengah pihak yang meragui sama ada Rusia merupakan sebuah persekutuan sebenar. 3. ↑ KRSS merupakan satu persekutuan menurut surat perlembagaannya, tetapi, sekurang-lurangnya sehingga tahun-tahun akhirnya pada lewat 1980-an dan awal 1990- an , pentadbirannya secara amali amat berpusat. 4. ↑ Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia diisytiharkan secara rasmi pada tahun 1963. Sebelum ini, negeri komunis Yugoslav ini dinamakan Persekutuan Demokratik Yugoslavia pada tahun 1943 dan kemudiannya Republik Rakyat Bersekutu Yugoslavia pada tahun 1946. 5. ↑ Persektutuan Imperial merupakan satu cadangan yang tidak menjadi kenyataan, yang diniatkan untuk menyusuli Empayar British , yang mana segala jajahan dan dominion akan diwakili oleh sebuah Parlimen Imperial tunggal dibawah Mahkota Diraja. Namun begitu, ide ini terkehadapan pada waktu itu lalu diganti oleh Negara-negara Komanwel .
Posted on: Sun, 20 Oct 2013 12:41:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015