Petang ini terasa serba tak kena. Badan macam demam pula keletihan - TopicsExpress



          

Petang ini terasa serba tak kena. Badan macam demam pula keletihan mengejar kepadatan program. Harapnya hari ini boleh isterehat sejenak tapi terganggu dengan berita yang pastinya saya tak senang duduk. Dua Tok Guru saya kini sedang terlantar sakit. Saya sendiri tak dapat nak gambarkan bagaimana tahap kesihatan mereka yang kini masing - masing berada di Hospital. Doakanlah keafiatan buat mereka justeru dunia masih memerlukan ilmu dan bimbingan mereka. Kedua - dua Tuan Guru ini mempunyai banyak persamaan. a) Kedua - dua mereka diberi nama Harun. b) Kedua - dua mereka ahli Majlis Syura Ulama PAS c) Kedua - dua mereka mempunyai anak bernama Hamdi d) Kedua - dua mereka kini sedang dirawat di Hospital e) Kedua - dua mereka diserang dan difitnah oleh pelbagai pihak tanpa henti kerana prinsip tegas mereka bersama keabsahan perjuangan Islam. f) Kedua - dua mereka mempunyai penguasaan ilmu Islam yang sangat mendalam. g) Kedua - dua mereka mempunyai ramai anak murid di seluruh negara. h) Kedua - dua mereka saya sangat - sangat sayang. Semoga kembali sembuh seperti sediakala. Amin Ya Rabb :: YB Ustaz Nasrudin Hassan At Tantawi ::
Posted on: Fri, 24 Jan 2014 09:03:02 +0000

Trending Topics



eight:30px;">
There has been such a great response with the Scentsy Fundraiser I

Recently Viewed Topics




© 2015