Petua Untuk Meningkatkan Kesuburan Lelaki 1. Sarungkan seluar - TopicsExpress



          

Petua Untuk Meningkatkan Kesuburan Lelaki 1. Sarungkan seluar longgar • Untuk menjaga testis tetap sejuk dan kualiti sperma sihat, jangan terlalu kerap memakai seluar ketat / jeans. • Menurut pakar kesuburan, memakai seluar lebih longgar akan membantu menjaga testis tetap sejuk sehingga mampu meningkatkan pengeluaran sperma. 2. Banyakkan pengambilan zink • Zink adalah zat yang boleh mengaktifkan sperma. • Antara makanan yang kaya zink ialah makanan laut, daging merah, semua biji-bijian dan kekacang, termasuk juga produk kering seperti keju. • Namun begitu, pengambilan zink tidak harus lebih dari 30mg setiap hari. 3. Berhenti Merokok • Merokok merosakkan membran sperma dan mempengaruhi kemampuan sperma untuk mencapai sel telur. 4. Minum air putih. • Minum 1.5 - 2 liter air mineral sehari penting untuk menjaga kesihatan tubuh. • Minum kafein terlalu banyak seperti kopi boleh menurunkan pengeluaran sperma. 5. Cuci buah sebelum dimakan • Racun serangga yang biasanya melekat pada sayur-sayuran dan buah-buahan yang dimakan, mempengaruhi tingkat kesuburan. • Untuk membatasi risiko, pakar kesuburan menyarankan lelaki untuk mencuci sayuran dan buah-buahan sebelum memakannya atau bertukar ke makanan organik. Makanan Yang Boleh Membantu Meningkatkan Keupayaan Seks Lelaki: • Telur Ayam Kampung • Belut • Madu • Herba Tongkat Ali • Ginseng • Ginkgo Amalan untuk Menjaga Tahap Kesuburan Lelaki: • Jangan makan nasi berulam air. Adalah lebih baik jika minum setelah selesai makan iaitu 2 minit selepas suapan terakhir. • Kurangkan memakan pisang embun. • Jangan kerap minum air batu. Ini akan melemahkan keupayaan tenaga batin. • Jangan hembus nafas ketika minum. Cara ini dikatakan dapat membantu daripada cepat penat dan mudah lemah.
Posted on: Mon, 19 Aug 2013 01:33:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015