Pihak kami mengambil kesempatan ini untuk merayu kepada semua - TopicsExpress



          

Pihak kami mengambil kesempatan ini untuk merayu kepada semua penyokong Johor yang menyayangi pasukan anda tidak kira JDT, JDT II atau JDT U21 untuk tidak meneruskan sebarang bentuk provokasi melampau di mana-mana laman sosial tidak kira laman yang dikendalikan oleh penyokong Johor atau pun penyokong luar. Ini kerana sikap sebahagian kita bakal mencerminkan keseluruhan penyokong. Kita beranggapan bahawa ada penyokong luar yang masuk nemberi komen berbaur provokasi melampau pada laman sosial Johor tetapi sebenarnya perkara yang sama juga berlaku kepada laman-laman mereka. Jadikanlah penyokong Johor itu dipandang tinggi kerana tidak semestinya kita mengalah itu bererti kita tewas. Seandainya sikap kesabaran kita juga tinggi, tidak mustahil provokasi melampau atau usikan nakal tidak akan menjadi satu perkara yang membuatkan kita mudah hilang pertimbangan. Rasanya tidak perlu kita mencontohi budaya ultras dari luar negara yang disifatkan selalu menentang kerana kita punya budaya tersendiri. AYUH JOHOREAN... TUNJUKKAN CARA ORANG JOHOR, BUDAYA KITA CARA KITA... SALAM PERSAUDARAAN SESAMA KITA
Posted on: Wed, 22 Jan 2014 09:33:24 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015