Polis Pulau Pinang perhebat Op Cantas Khas PULAU PINANG 26 Okt. - TopicsExpress



          

Polis Pulau Pinang perhebat Op Cantas Khas PULAU PINANG 26 Okt. - Polis di negeri ini akan terus mempergiatkan operasi Op Cantas Khas meliputi premis perjudian haram dan pusat penjualan video cakera padat (VCD) serta video cakera digital (DVD) yang tidak berlesen. Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, langkah berkenaan adalah bagi membanteras segala aktiviti haram dalam usaha mengurangkan indeks kadar jenayah di Pulau Pinang. Tegas beliau, sehingga kini pihaknya telah menahan lebih 500 individu yang terlibat dalam kegiatan berkenaan manakala 20 siasatan sedang berjalan di bawah Akta Pencegahan Jenayah. Kita bagi amaran kepada semua pengusaha tidak berlesen ini supaya berhenti melakukan kegiatan yang menyalahi undang-undang memandangkan serbuan akan terus dilakukan, katanya.Beliau berkata demikian selepas program lawatan kerja Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Ayub Yaakob ke Pulau Pinang di Dewan Komuniti Polis Marin, Batu Uban hari ini. -
Posted on: Sat, 26 Oct 2013 10:09:52 +0000

Trending Topics



ww.topicsexpress.com/Ive-just-watched-a-good-DVD-movie-that-I-can-recommend-THE-topic-302418299968706">Ive just watched a good DVD movie that I can recommend: THE
So my professional diagnosis for this mornings fiasco is vomiting
160 Save the Date Cards - Butterfly Taupe

Recently Viewed Topics




© 2015