Prinsip akaun tingkatan 4 Sejarah Prinsip Akaun Permulaan - TopicsExpress



          

Prinsip akaun tingkatan 4 Sejarah Prinsip Akaun Permulaan menyimpan rekod sejak tamadun purba. Catatan tertua – catatan pembayaran upah di Babylonia pada tahun 3500 S.M. Pada peringkat awal, catatan dibuat pada kepingan tanah liat. Kemudian menjadi lebih maju setelah terciptanya papyrus (kertas) dan calamus (pen) di Mesir pada tahun 400 S.M. Wang digunakan sebagai alat perantaraan bagi penilaian dan pertukaran apabila sistem kewangan bermula pada abad ke-5 dan ke 6 S.M. Rekod perakaunan menggunakan nilai wang sebagai ukuran. Pada tahun 850 M, sistem angka Hindu-Arab digunakan yang dicipta oleh orang India. Sistem catatan bergu bermula apabila perdagangan semakin pesat di Itali pada 1200-1500 S.M. Sistem ini dicipta oleh seorang rahib dari Itali bernama Luca Pacioli bertujuan dapat menyimpan rekod yang lengkap dan sistematik. Luca Pacioli dianggap sebagai bapa perakaunan kerana bukunya merupakan terbitan perakaunan yang pertama dicetak dan beliau telah membentuk asas perakaunan yang diamalkan sehingga kini. Revolusi Perindustrian di England pada abad ke 17 dan ke 18 telah memperkembangkan lagi sistem perakaunan. Pengenalan kepada perakaunan kos. Pada akhir abad ke 19 dan ke 20, bidang perakaunan mencapai taraf profesional. Pada tahun 1973, Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards Committee)-IASC ditubuhkan oleh badan perakaunan dunia di Sydney untuk menerbitkan Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards)-IAS supaya akaun-akaun dan penyata kewangan disediakan mengikut piawaian asas serta mengawal profesion perakaunan. Perkembangan Sistem Perakaunan i) Falsafah Perakaunan Islam dan Konvensional Sistem kewangan Islam telah berkembang maju dan menjadi bahagian penting dalam sistem kewangan antarabangsa. Sumber perakaunan Islam berlandaskan Al Quran dan Sunnah yang hanya menekankan keadah dan aktiviti perakaunan yang dibenarkan syarak. Perakaunan Islam menekankan aspek akhlak dan etika berpandukan konsep hibah. Akauntan (Muhtasib) mesti seorang amanah, benar,b/jawab, adil dan berakhlak mulia dalam menjalankan tugas. Perakaunan Islam turut menekankan aspek halal dan kesan moral dan sosial. ii) Falsafah Perakaunan Konvensional Mengambilkira perkara yang diukur dgn nilai kewangan. Keputusan berdasarkan keuntungan semata-mata. Kurang mengambilkira kesan tindakan ke atas masyarakat dan alam sekitar. Konsep Pendedahan vs Konsep Penemuan (Disclosure vs Discovery) Konsep pendedahan menyatakan bahawa semua maklumat penting perlu didedahkan dan tidak boleh ditinggal atau disembunyikan. Nilai yang dilaporkan dalam Penyata Kewangan sepatutnya adalah nilai yang memang sepatutnya dilaporkan. Perkara yang perlu didedahkan adalah nota kpd Penyata Kewangan spt pengiraan susutnilai. Perkara lain yang perlu didedahkan adalah seperti angggaran perakaunan dan liabiliti luarjangka. Maklumat perlu disusun dgn teratur agar senang dibaca dan difahamiagar pengguna maklumat itu dapat membantu mereka dalam membuat keputusan atau perancangan dgn firma itu, Konsep penemuan pula menyatakan maklumat hanya didedahkan sekiranya perkara itu dibangkitkan atau dipersoalkan oleh pihak luar. Sebagai contoh, penjual tidak perlu mendedahkan kekurangan pada barang yang dijual kecuali dipersoalkan oleh pembeli. Falsafah Pelaporan Kos Sejarah dan Nilai Saksama Kos sejarah adalah kos yang benar-benar berlaku dan bukannya anggaran. Nilai saksama adalah anggaran nilai terhadap harga pasaran yang realistik dan munasabah. Nilai kos sebenar masih digunakan sbg nilai utk direkod ke dalam jurnal namun pada tarikh Penyata Kewangan disediakan nilai/angka dalam buku perlu disemak utk memastikan nilai dalm buku perakaunan adalah nilai saksama. Semua item kos sejarah perlu diselaraskan agar menunjukkan nilai saksama selaras dgn gambaran terkini perniagaan. Proses perakaunan (Manual dan berkomputer) Secara manual media penyimpanan maklumat adalah buku-buku perakaunan spt Jurnal, Buku Tunai dan Lejar. Secara berkomputer media penyimpanan maklumat adalah media elektronik spt disket dan cakera optik. Perakaunan sebagai profesion Maksud – pekerjaan profesion atau ikthisas yang dilakukan seseorang yg memiliki kemahiran tertentu dan terlatih dalm bidang itu. Akauntan sebagai pemimpin a) Mengkhusus dalam bidang perakaunan dan bertindak sbg penasihat perniagaan. b) Perlu bertindak sbg pemimpin berakauntabiliti c) Perlu ada ciri-ciri spt akauntabiliti, jujur, amanah dan berintegriti. Antara t/jawab akauntan ialah: a) Menyediakan Penyata Kewangan b) Membuat keputusan c) Merancang belanjawan d) Juruaudit dalaman e) Penasihat dan perancang percukaian Keperluan Kod Etika Profesion Perakaunan Berdasarkan Kod Etika utk Akauntan Profesional oleh IFAC. Etika adalah perkara yang betul dalam apa jua keadaan.
Posted on: Sun, 20 Oct 2013 16:50:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015