Proses penamaan calon pemilihan MIC peringkat bahagian bermula - TopicsExpress



          

Proses penamaan calon pemilihan MIC peringkat bahagian bermula hari ini membabitkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu dan Kelantan. Setiausaha Agung MIC A. Sakthivel berkata penamaan calon bagi negeri Johor, Perak, Pahang dan Sabah akan berlangsung esok, manakala bagi Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis dan Labuan Ahad ini. "Kesemua proses penamaan calon akan berlangsung dari jam 4 hingga 6 petang di pejabat bahagian negeri masing-masing," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. akthivel berkata pemilihan itu melibatkan jawatan ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib ketua bahagian, perwakilan ke perhimpunan agung dan dua juruaudit. "Kita jangka kali ini berlaku pertandingan sengit bagi jawatan-jawatan ini," katanya. Proses penamaan calon itu diuruskan oleh Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC. Terdapat 156 bahagian MIC di seluruh negara. Perwakilan yang dipilih daripada bahagian itu akan mengundi bagi jawatan timbalan presiden, tiga naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat semasa perhimpunan agung parti itu pada bulan November. Pengundian bagi bahagian dijadualkan antara 6 Oktober dan 19 Oktober ini.
Posted on: Fri, 27 Sep 2013 13:40:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015