Puan AR : Salam Puan Diyana. Saya banyak masalah untuk - TopicsExpress



          

Puan AR : Salam Puan Diyana. Saya banyak masalah untuk dikongsi. Saya nak lari keluar dari masalah tu tapi tak boleh. Suami taknak lepaskan saya. Dia dah sakitkan hati saya bertahun2.. sehinggalah tahun lepas dia berkahwin tanpa keizinan saya. Bertahun2 saya disakiti..dari segi mental.. wpun dia kelihatan baik dari segi luaran tapi bila dia marah suka sakitkan hati saya.. suka bagi saya rasa down.. pendek kata dia suka torcher saya berjam-jam. Skg bila saya tau dia kahwin saya mohon cerai tapi dia tak boleh pulak nak lepaskan saya. saya tak nak dia lagi..saya dah tak nak pertahankan perkahwinan ni lagi... saya dah penat..letih..saya bekerja utk dia..utk apa.. Saya dah lama derita puan.. saya rasa sakit sangat...saya perlu keluar dari semua ni.. Apa perlu saya buat puan? saya: puan nak saya bantu sekarang? Puan AR : Bagaimana puan?? saya: puan dimana sekarang? di ofis? sendirian? Puan AR : Ofis...Sendirian saya: ok baiklah. cuba puan buat apa yg saya tulis ini; duduk diam, dan pejamkan mata fokus pada pernafasan keluar dan masuk ketika nafas masuk....rasakan...udara yang sejuk dihidung ketika nafas keluar rasakan kehangatan nafas keluar dari hidung lakukan ini selama 3min sepanjang 3 min itu fokus pada rasa tersebut.. selepas 3 min fokus letak tangan kanan di dada puan... dan katakan di dalam hati.. aku layak bahagia dah siap bagi tahu saya dan saya bantu seterusnya *selepas beberapa minit Puan AR: Hati saya lebih lega puan..Yg mula2 bdebar...jadi ringn saya: alhamdulillah sekarang.... puan lakukan ini pula.. pejam mata dan perhatikan nafas keluar dan masuk.. dan letakkan tangan kanan di atas dada (bahagian kiri) dan fokus ke dalam diri puan dan tanyakan... apakah yang patut aku lakukan untuk menghadapi masalah dengan suamiku? sambil terus fokus pada pernafasan masuk dan keluar. Sambil dalam hati terus bertanya.... Puan AR: Saya ingin keluar dari diri dia puan.. Saya taknak hidup susah lagi.... Saya perlu keluar dari masalah saya... Aura negatif dia buat saya tambah negatif... saya: kemudian... puan diam semula... fokus pada pernafasan puan semula seperti tadi buat selama 2 min lagi rasakan apa yang puan rasakan... Puan AR: Dia pengaruh hidup saya Saya dah hilangkan rasa marah tu puan Kalau ianya berulang..bagaimana puan? saya: kemudian sambuang semula dalam 3 min sambil tanya ke hati puan dalam-dalam... apakah betul jika puan berpisah..puan akan lebih bahagia? buat selama 3 min Puan AR : saya dapat rasakan puan... Air mata saya ngalir puan..laju...laju.. Saya: bagus...menangis itu bagus dan sihat proses yang saya bawakan puan tadi tidak sampai 10% peratus pun dari teknik dan cara penyembuhan yang saya kongsikan di sepanjang 3 hari intensif terapi ehati semoga ia sedikit sebanyak dapat membantu puan buat masa ini saya doakan puan diberi kelapangan rezeki dan peluang untuk hadir..amin Puan AR: Alhamdulillah puan.. ****************************************** Berapa ramai di antara kita yang sering disakiti namun gagal untuk keluar dari permasalah dan terus disakiti? Berapa ramai yang ingin keluar tetapi masih terhambat dengan masalah yang sama berulang kali? Berapa ramai yang ingin pergi lebih jauh dalam hidup, namun asik tersekat dan sukar untuk berubah? Di program 3 hari bersama saya di Intensif Terapi eHati (Edisi 2014) pada 28 Feb - 2 mac ini. Saya kongsikan secara praktikal lebih 10 teknik terapi untuk penyembuhan jiwa secara holistik, sistem dan prosesnya mudah dan santai untuk dilakukan. Saya bersyukur dapat berkongsi ilmu dan pengalaman ini dengan ramai orang. Dan Alhamdulillah syukur, ramai yang telah menemukan jawapan dan solusi kepada permasalah hidup mereka. Ada yang telah bertemu jodoh setelah membujang agak lama kerana sering berjumpa orang yang salah. Ada yang telah berjaya mendapat cajayamata setelah 9 tahun berkahwin Ada yang kembali berbulanmadu selepas hampir bercerai Ada yang berjaya menghilangkan trauma didera ketika kecil dan memaafkan orang yang menyakitinya Ada yang hilang sakit kepala yang dihidapi sejak 2 tahun lalu Ada yang mendapatkan ketenangan dan kedamaian yang dicari selama ini Ada yang semakin khusyuk dalam solat Ada yang berjaya berdamai dengan masa lalu banyak lagi kisah keajaiban hati yang telah berlaku. Boleh baca banyak lagi kisah mereka di bit.ly/1bOzFMy Pointnya di sini bukanlah saya yang menyembuhkan. Saya hanya pembimbing atau coach yang membantu anda untuk menjumpakan apakah akar pada permasalahan anda selama ini. Bila anda jumpa akarnya, mudah kita bantu untuk menyembuhkan akar hati yang sakit dan mentransformasi ia menjadi hati dan jiwa yang besar, lebih dewasa dan lebih penuh belas kasih. Hanya perlu izinkan diri anda untuk hadir dan rasakan... Pilihan di tangan anda! Salam dari hati, Diyana Tahir, ehati coach
Posted on: Wed, 22 Jan 2014 06:04:59 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015