Pusat Rehabilitasi 1 Malaysia Dun Seberang Takir yang beroperasi - TopicsExpress



          

Pusat Rehabilitasi 1 Malaysia Dun Seberang Takir yang beroperasi di Bangunan Penyelaras UMNO Dun Seberang Takir merupakan Pusat Rehabilitasi yang pertama di Malaysia. Lokasinya terletak di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir dalam mukim Kuala Nerus. Bangunan Pusat Rehabilitasi ini di bina pada tahun 2010 dan mula beroperasi pada awal 2013. Pusat ini di bina hasil idea kreatif dan sikap cakna rakyat yang ada di dalam diri YB ADUN Seberang Takir, Dato Haji Ahmad Razif bin Haji Abdul Rahman melalui program masuk kampung. Ekoran program masuk kampung yang selalu diadakan, beliau mendapati ramai penduduk di sekitar Seberang Takir yang menghidap Angin Ahmar. Dengan itu beliau mengambil inisiatif untuk menyediakan satu tempat untuk memberi rawatan, pendedahan dan pemantauan kepada pesakit khasnya rakyat di Parlimen Kuala Nerus. YB Dato’ telah mengusurkan cadangan kepada YAB Perdana Menteri Dato` Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk membina sebuah tempat pemulihan bagi pesakit itu. Usaha beliau telah mendapat sokongan penuh daripada YAB Perdana Menteri. Ekoran daripada itu, beliau telah berusaha untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan negeri. Di samping itu juga, para usahawan turut memberi sumbangan berbentuk kewangan setelah mendapat tahu hasrat YB Dato’ bagi menambahkan peruntukan yang sedia ada. Setelah di lengkap dengan peralatan, pusat ini telah di lawati oleh Setiausaha Politik YAB Dato` Jailani bin Ngah. Ekoran dari lawatan itu, beliau sangat berbesar hati dan sebagai permulaan YAB Perdana Menteri menyumbangkan sebuah van untuk kegunaan pusat ini. Pada 1 Mei 2013, pusat ini di rasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato` Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menandakan pusat ini di iktiraf operasinya serta beliau sangat berbangga mempunyai wakil rakyat yang amat cakna kepada kesusahan rakyat. Pusat Rehabilitasi ini mempunyai 2 orang petugas tetap yang di pantau oleh seorang Jurupulih Anggota dan seorang Jurupulih Carakerja dari Pusat Kesihatan Daerah (Klinik Hiliran) bagi meyakinkan rawatan kepada pesakit. Untuk mendapat rawatan dari pusat ini, para pesakit memerlukan surat rujukan doktor dari klinik atau hospital kerajaan. Pusat ini mengamalkan prinsip pengurusan yang berkonsepkan PDCA. PLAN - Rancang kerja dan tugasan mengikut kategori pesakit. DO - Lakukan pemeriksaan dan rawatan kepada pesakit mengikut keperluan. CHECK - Periksa perkembangan seseorang pesakit sebelum dan selepas mendapat rawatan. ACTION - Tindakan segera kepada Aduan Pesakit dan sekiranya rawatan yang diberikan tidak berkesan, pemeriksaan lanjutan perlu diberikan. Kemudahan asas yang di sediakan di pusat ini adalah sebuah van yang di khaskan untuk mengambil dan menghantar pesakit. Selain daripada itu, pusat ini juga menyediakan ruang menunggu yang selesa, kemudahan internet, kerusi roda dan tandas. Untuk menjamin keselesaan pesakit, pusat ini dilengkapi dengan sistem penghawa dingin. Dengan tertubuhnya dan beroperasinya Pusat Rehabilitasi ini, ia dapat memberi kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat setempat dari aspek pemakanan dan cara hidup yang sihat untuk mengelakkan dari terkena penyakit berbahaya. Mengelak lebih baik daripada merawat. Dengan berjayanya pusat ini hasil dari ilham Dato` Haji Ahmad Razif bin Haji Abdul Rahman ianya dapat menjadi contoh kepada kepimpinan kawasan lain. Pengoperasian pusat ini mampu dikembangkan lagi apabila promosi berterusan dapat dijalankan. Edaran pamplet di pusat-pusat kesihatan dan dari rumah ke rumah mampu merancakkan lagi operasi agar kesihatan rakyat khususnya di kawasan Kuala Nerus dapat di pantau dan di rawat.
Posted on: Fri, 25 Oct 2013 14:14:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015