Quran dan upaya aqal pendengar Sudah hampir 4 bulan saya di bumi - TopicsExpress



          

Quran dan upaya aqal pendengar Sudah hampir 4 bulan saya di bumi mekah. Cuaca kebiasaan sentiasa terik dengan matahari. Udara membahang. Pakaian hanya sejam di ampaian. Keringan mudah basahi dahi. Memercik terus hilang.Inilah cuaca bumi mekah. Setitis hujan adalah rahmat yang sukar untuk di lupai. Terus tangan mensyukuri. Kaabah, buatkan mekah di datangi dan di kunjungai jutaan umat dari pelbagai Negara. Musim haji tahun ini, sempat aku lihat, wajah-wajah manusia yang pelbagai.kerenah umat. Riang anak-anak mereka. juga tangis mereka. dari Pakistan, Indonesia, turki, Tajikistan, Uzbekistan, Comoros, Gambia, eropah juga dari tanah airku Malaysia. Yang muda.tua. anak-anak kecil. Remaja.mereka berbondong ke mekah. Tuju kaabah. Tawaf di sekelilingnya. Mereka datang keranaNya. Menyahut seruNya. dari tempat yang gersang tandus ini. Umat menyahut seruanNya. Mereka tunaikan ibadah haji. Mereka beramai-ramai. Pohon rahmatNya. Agar bumi gersang ini dibasahi. Agar tumbuhan menghijau.agar jasad-jasad di renjis-renjis. rahmatMu,ilahi. Dia dengar rintih hambaNya. Yang bersusah menyahut serunya. Tiga minggu berlalu hari-hari haji,11 jan 2008.Hujan turut.langit perah rahmat. Melimpah air. Jasad-jasad di basahi.mekah banjir. hujan turun lagi beberapa kali setelah itu. Renyai-renyai. Rupanya baru aku sedar. Dulu sebelum hujan,mataku hanya lihat tanah-tanah tandus.rumput kering. Tapi inilah rahmat Allah, memang setiap kali selepas hujan, yang kering, yang tandus, yang gersang, rumput-rumput kering bertukar. Hijau, segar. Pemandangan terus berbeza. Dulu kering terus hijau.dulu gersang terus segar.tidak sebagaimana di tanah airku Malaysia. Sentiasa hijau. Sebelum hujan hijau, setelah hujan juga hijau.tiada beza.baru aku sedari dari itu, nyatalah quran turun dengan hormati upaya aqal pendengar.Di dalam surah fussilat ayat 39 ada menyatakan: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, engkau melihat bumi kosong sepi (dalam keadaan kering dan tandus), maka apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya serta suburlah tanamannya. Sesungguhnya Allah yang menghidupkannya sudah tentu berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati; sesungguhnya Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Posted on: Sat, 20 Jul 2013 02:15:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015