RAHSIA AIR DAN SIFATNYA BHGN 2 by Drjaffry hassan AIR - TopicsExpress



          

RAHSIA AIR DAN SIFATNYA BHGN 2 by Drjaffry hassan AIR MENURUT SIFAT FIZIK. Daripada sudut fiziknya, air ialah satu cecair yang boleh berubah-ubah bentuk daripada gas (wap) kepada cecair dan juga kepada pepejal (ais). Walaupun ia boleh berubah-ubah namun unsur kimianya tetap tidak berubah iaitu....2H+=0=H20.... Keunikan yang terdapat pada air ialah warnanya yang tidak berwarna (jernih) atau lutsinar. Oleh kerana ianya lutsinar, maka ia mampu membias, menyekak dan memecahkan cahaya. Ciri-ciri yang terdapat pada air ini sama dengan kristal. Walaupun komposisi air dan kristal adalah berbeza daripada segi sifat-sifat kimianya iaitu kristal terdiri daripada atom-atom karbon manakala air pula terdiri daripada atom-atom hidrogen dan oksigen namun hubungan kedua-dua entiti ini (air dan kristal) dengan tindak balas cahaya adalah sama. Dengan ini bolehlah dikatakan bahawa air itu sendiri adalah kristal dalam bentuk cecair. AIR MENURUT SIFAT KIMIA Daripada sudut kimia, air adalah yang tersangat-sangat baik. Air mampu melarutkan mineral seperti gula dan garam malah air juga mampu melarutkan logam-logam tertentu seperti besi, kalium, natrium dan sebagainya. Air juga adalah sangat versatile dan peka pada keadaan sesekelilingnya. Air tidak mempunyai rasa namun boleh diubahkan rasanya melalui bahan-bahan tertentu. Air berupaya menjadi penawar dalam masa yang sama ia juga mampu menjadi racun yang berbisa. AIR MENURUT SIFAT BIOLOGI Daripada sudut biologi pula, air adalah sumber tenaga bagi semua jenis hidupan. Manusia sanggup mencari kewujudan air di planet-planet di angkasa raya semata-mata untuk memastikan bahawa di sana terdapat hidupan. Kulat hanya akan hidup pada roti yang lembab--tidak pada roti yang kering. Telah terbukti sejak berzaman-zaman di mana-mana tempat yang ada air maka di situlah letaknya bandar-bandar besar dan mempunyai penduduk yang paling ramai. Semoga dengan info yang ringkas ini memberi manfaat pada semua terutama pelajar-pelajar sains...
Posted on: Sun, 03 Nov 2013 08:01:08 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015