RENUNGKAN PANGGILAN PULANG YANG TIDAK DIJAWAB Saat seorang ibu - TopicsExpress



          

RENUNGKAN PANGGILAN PULANG YANG TIDAK DIJAWAB Saat seorang ibu atau ayah menelepon anaknya yang keluar ke suatu tempat yang jauh namun tidak diangkat-angkatnya telepon, tidak direplynya sms, wechat, wasap dan kakaotalk, maka pikirkan apakah perasaan mereka di saat itu? Di saat itu, ibu dan ayah tersebut akan merasa risau dan terpikir-pikir bagaimanakah caranya lagi untuk memanggil anaknya yang tercinta untuk pulang ke pangkuan keluarga. Bermacam-macam cara akan dicuba oleh mereka termasuklah menghubungi jiran, bertanya kawan, hinggalah akhirnya membawa kepada merepot kepada pihak polis. Situasi ini akan berlaku hanya apabila anak itu berada jauh dan tidak dapat dihubungi, jika anak tersebut berada hanya disekitar kawasan rumah atau berdekatan di rumah jiran, maka tentu ibu dan ayah tidaklah merasa risau mana untuk memanggil anaknya pulang. Kerana dekat.. Anaknya yang tidak mengangkat telefon pula, mungkin ketika itu teleponnya kehabisan bateri, ataupun dia ralit asik dan leka menyembang dengan kengkawan sampai tak perasan jam dah pukul berapa, atau dia silent hempon dan tak vibrate, atau memang dia tak berapa berminat nak duduk kat rumah, atau macam-macam lagi alasannya. Kengkawan semua..... Begitulah kita dengan ALLAH.. Saat kita punya solat ntah dijaga ntahke tidak, apatah lagi nak berjemaah.. Saat tanggungjawap dan amanah terhadap kerja kita abaikan.. Saat wirid zikir dan istighfar sudah tidak lagi bergetar di bibir.. Saat Nabi tidak diingati dan selawat kepadanya sudah tidak lagi dilaungkan.. Saat hati penuh dengan kealpaan lagha dan mengejar dunia dengan segala nafsu yang menggila.. Saat kita JAUH DARI ALLAH dengan segala kelalaian yang ada.. DipanggilNya kita PULANG MENDEKAT.. dengan pelbagai cara.. Allah bagi kita dilanda kesempitan hidup.. Allah bagi kita rasa tak cukup wang.. Allah bagi anak isteri yang tak dengar cakap kita.. Allah timpakan kita musibah kemalangan.. Allah kenakan kita bermacam penyakit.. Allah bagi kita rasa kita dianiaya.. Allah bagi hati kita rasa gundah gulana.. Lalu dengan semua itu, kita kembali menyebut ALLAH.. kembali mengingati Nabi.. dan kembali memuhasabah diri.. agar kita boleh PULANG MENYAHUT PANGGILAN ALLAH YANG SENTIASA MENINGINKAN KITA DEKAT DENGANNYA.. Wahai ALLAH, ampunkan hambaMu yang sering leka dan lalai ini.. ku tahu Engkau adalah Maha Pemberi segala-galanya.. maka berilah dan kepadaku akan redhaMu dan kurniakanlah aku hati yang sentiasa redha kepadaMu..
Posted on: Wed, 28 Aug 2013 11:05:44 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015