RESEPI SAMBAL KERING IKAN TENGGIRI MASIN * Peringatan : Resepi - TopicsExpress



          

RESEPI SAMBAL KERING IKAN TENGGIRI MASIN * Peringatan : Resepi ini tidak sesuai untuk orang yang sedang berdiet. Ini resepi nak tambah berat badan tau! Bahan-bahan dan caranya : Ikan Tenggiri Masin. Potong dadu besar. Goreng dan angkat. Bahan lain : Cili padi : 10-15 tangkai ikut pedas yang kita mahu. Cili merah : 2 biji, Potong halus-halus. Bawang Bollywood..hihihi Bawang Merah Besar 3 labu. Bawang putih 3biji. Dimayang halus/nipis. Goreng semuanya dalam minyak yang banyak sampai hampir garing.Angkat dan tumbuk dengan lesung. Bila dah lumat, masukkan ke dalam kuali goreng tanpa minyak, letakkan garam dan gula. Masukkan ikan tenggiri masin yang telah digoreng. Tutup api. Campuran hirisan tomato dan perah sedikit limau nipis. Umpph! Wallah! Sedap wooo..
Posted on: Tue, 16 Dec 2014 15:32:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015