RM200j naik taraf IKBN jadi dua syif Kuala Lumpur: Sejumlah - TopicsExpress



          

RM200j naik taraf IKBN jadi dua syif Kuala Lumpur: Sejumlah RM200 juta peruntukan untuk menaik taraf dan melaksanakan pendekatan dua syif di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) disifatkan Naib Presiden Angkatan Belia Malaysia (ABIM Mohamad Raimi Ab Rahim sebagai inisiatif terbaik menarik lebih ramai belia mengikuti latihan di institusi itu. Menurutnya, wang itu boleh membantu lepasan sekolah meneruskan pengajian sebaik tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Majoriti penuntut IKBN terdiri daripada pelajar yang gagal menempatkan diri di institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Mereka mahu belajar tetapi tiada peluang. “Dengan peruntukan ini, IKBN bukan saja boleh memantapkan kemahiran penuntut sedia ada, malah memperkemaskan lagi kursus tertentu yang mendapat permintaan tinggi khususnya automotif, penyelenggaraan marin, kimpalan dan pendawaian elektrik,” katanya ketika dihubungi. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2014, semalam berkata, peruntukan itu akan memanfaatkan 15,000 pelatih IKBN seluruh negara. HM
Posted on: Sat, 26 Oct 2013 07:12:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015