ROH vs EGO Ego manusia akan menguasai diri di saat hati dan - TopicsExpress



          

ROH vs EGO Ego manusia akan menguasai diri di saat hati dan fikiran kita menuju kepada tenaga negatif. Lihatlah pada bahasa verbal dan non-verbal kita. Lihat juga pada fokus hidup dan emosi. Bukankah semua ini menyakitkan dan melemahkan? Disinilah saat dimana, ilusi masalah menjadi seolah-olah realiti dan sukar untuk diubah. Konflik, kebencian, perpisahan, perpecahan, sakit tubuh badan dan sebagainya adalah simpton atau tanda-tanda bahawa kita sedang berada di dalam polar tenaga yang negatif! Pemikiran dan jiwa menjadi gundah gulana dan terasa dipenjarakan, tidak bebas sedangkan kita tidak dikurung mana-mana penjara besi. Kita sendirilah yang memenjarakan diri sendiri! Disebalik itu pula, disaat kita menuju ke kepada polar tenaga positif dengan melatih dan fokus kepada hati dan pemikiran yang positif, makna dan nilai kehidupan kita meningkat dan akhirnya menjadikan kita lebih bertenaga! Disinilah ‘rumah kebahagiaan dan ketenangan’ terbentuk. Ia terbina disaat kita mula melepaskan ego diri yang gelap dan berat kepada cahaya yang ringan dan pantas! Disini jugalah keceriaan, kegembiraan, kesefahaman, kesatuan, kecintaan dan kasih sayang terbentuk. Fokus yang intens pada ego akan membuatkan kita menjadi berat, gelap, sakit dan kehidupan umpama ‘neraka dunia’. Tetapi tidak kepada roh, yang mana ia melepaskan kita dari kesakitan kepada kesihatan, cahaya, pantas dan ‘syurga dunia’. Inilah kayu ukur atau skala yang harus kita jadikan panduan agar kita sedar dan super sedar, dimana tahap atau kedudukan kehidupan kita, samada mendekati kepada kebahagiaan atau kesengsaraan. Kita sering diuji dengan daya tarik negatif dan positif ini. Namun, disinilah titik mulanya kita harus memiliki daya juang diri yang tinggi. Apapun pilihan kita dalam seharian, makna dan nilai akan membawa kita ke dua daerah ini; roh atau ego. Renungilah firman Allah swt di dalam surah At Taubah ayat 111 yang bermaksud Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar. Inilah satu kepastian yang pasti, dimana disaat kita melakukan hijrah dengan penuh kesedaran untuk memasuki daerah roh, maka kebahagiaan dan ketenangan akan menjadi milik kekal buat kita kelak! Biarkanlah roh yang ada di dalam diri kita menguasai tindak tanduk kelakuan kita kerana ia akan memberikan hasil atau results yang tidak mengecewakan kita buat selamanya! *Syamil Yusuff
Posted on: Sat, 16 Nov 2013 23:15:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015