Rahsia dan Peristiwa Hari Sabtu Dalam Islam Sabtu...7 September - TopicsExpress



          

Rahsia dan Peristiwa Hari Sabtu Dalam Islam Sabtu...7 September 2013...11.18am. Allah menjadikan 7 hari dalam seminggu iaitu Isnin, Selasa ..Rabu..Khamis ..Jumaat..Sabtu dan Ahad... Dalam setiap hari, ada peristiwa-peristiwa penting yang tercatat di dalam diari Islam itu sendiri...menjadi memori sepanjang zaman.. Semalam Tok Penghulu Kota Naga berkongsi dengan anda semua akan kelebihan Hari Jumaat, penghulu segala hari. Hari ini Tok Penghulu Kota Naga pula akan berkongsi pula mengenai Hari Sabtu Hari Sabtu adalah Hari Tipu Daya, kerana pada hari ini terdapat 7 peristiwa helah dan tipu daya oleh tujuh kaum: Peristiwa Tipu daya kaum Nabi Nuh as terhadap Nabi Nuh as – mereka membangkang kepada Nabinya, Peristiwa Tipu daya kaum Nabi Sholeh as terhadap Nabi Sholeh as – mereka mencabar Nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka, Peristiwa Tipu daya saudara-saudara Nabi Yusuf as terhadap Nabi Yusuf as – saudara-saudara Nabi Yusuf mengkhianati nabi Yusuf dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir., Peristiwa Tipu daya kaum Nabi Musa as terhadap Nabi Musa as – Raja Firaun mencabar Nabi Musa, Peristiwa Tipu daya kaum Nabi Isa as terhadap Nabi Isa as – Orang-orang Yahudi mengkhianati dan mengejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, Peristiwa Tipu daya para musyrikin Quraisy terhadap Nabi Muhammad saw – Orang-orang Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah. Peristiwa Tipu daya kaum Bani Israil terhadap Larangan Allah – kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian. Lalu Allah mengubah mereka menjadi kera-kera yang hina. Sebagian daripada ulama menganggap hari Sabtu ini juga adalah hari yang baik untuk berburu. Zikir hari Sabtu: ﻻَ ﻪَﻟِإ َ ﻻِإ َّ ُﷲ Insya Allah untuk artikel akan datang Tok Penghulu Kota Naga akan berkongsi pula berkenaan hari-hari yang lain
Posted on: Sat, 07 Sep 2013 03:19:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015