Ramai yang bertanya ape rasa minum sole ini ..rasanye seperti - TopicsExpress



          

Ramai yang bertanya ape rasa minum sole ini ..rasanye seperti minum air zam2...khasiat dia juge sama seperti air zam2..memheri kesihatan dalaman..dan ia dapat membuang segala toksin2 yang ade di dalam badan...lebih bagus diamalkan bersama2 qaseh gold... Sole ,,Sole ,, Sole Nak Rawat Diarrhoea, Sembelit, Kencing Manis? Gunalah sekarang!! Kerap kan minum air ya apabila mengambil Sole! Titik kan mineral sole ke dalam minuman anda, kerana kita perlukan mineral yg seimbang untuk tahan kesihatan yg optima. Garam mineral merupakan bahan utama dalam struktur rangka tubuh. Garam mineral penting untuk mengawal proses dalam tubuh. Manusia memerlukan bekalan garam mineral daripada sumber haiwan dan tumbuhan. Berikut adalah sebahagian Dari kebaikan 84 mineral sole; Garam mineral yang diperlukan banyak oleh tubuh ialah: Kalsium (Ca) Fosforus (P) Kalium (K) Sulfur (S) Klorin (Cl) Natrium (Na) Magnesium (Mg) Garam mineral yang diperlukan sedikit ioleh tubuh ialah: Iodin (I) Ferum (Fe) Mangan (Mn) Fluorin (F) Kobalt (Co) Nikel (Ni) Zink (Zn) Kromium (Cr) 1. Kalsium 99% kalsium terdapat pada tulang dan 1% pada tisu lembut. Kalsium dapat diserap dengan mudah dengan adanya kalsiferol. Fungsi kalsium 1) Membentuk kalsium fosfat 2) Membantu proses pembekuan darah 3) Membantu fungsi otot dan saraf dengan betul 4) Mengaktifkan enzim untuk metabolisme tubuh Keperluan harian kalsium Orang dewasa memerlukan kalsiu untuk mengawal fungsi tubuh, dan kanak-kanak memerlukannya untuk pertumbuhan. Pengambilan kalsium yang banyak semasa hamil dan semasa menyusukan penting supaya kalsium pada ibu tidak digunakan untuk pertumbuhan fetus. Kekurangan kalsium Kekurangan kalsium menyebabkan: 1) Pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak terganggu dan kekurangan yang serius menyebabakan riket 2) Tulang lemah dan menyebabkan penyakit osteomalacia pada orang dewasa dan orang tua 3) Gigi tidak kukuh 4) Otot dan saraf tidak dapat berfungsi dengan baik Berlebihan kalsium Kalsium akan mendak pada organ tertentu seperti ginjal yang boeh menyebabkan penyakit batu karang 2. Fosforus 78% fosforus terdapat pada tulang dan gigi dan 22% di dalam ceacair tubuh dan tisu lembut Fungsi fosforus 1) Membian tulang dan gigi bersama kalsium 2) Membantu tubuh mendapatkan tenaga 3) Membantu pengawalan cecair tubuh Keperluan harian fosforus Ibu hamil dan menyusukan memerlukan fosforus yang banyak untuk keperluan harian Kekurangan fosforus Menyebabkan tulang dan gigi tidak kuat dan rapuh. Otot juga menjadi lemah. 3. Natrium Natrium didapati dalam bentuk sebatian iaitu natrium klorida atau garam biasa yang digunakan dalam masakan. Cecair tubuh mengandungi 0.9 % natrium. Fungsi natrium 1) Menentukan kepekatan cecair dalam tubuh 2) Menyeimbangkan asid dan alkali untuk proses pencernaan 3) Membina plasma darah dan cecair limfa Keperluan harian natrium Keperluan natrium bergantung kepada jenis aktiviti tubuh. Semasa berpeluh, natrium dikumuhkan. Orang dewasa memerlukan 4 gram natrium sehari. Sekiranya berlebihan, natrium akan dibuang melalui proses perkumuhan. Kekurangan natrium Kekurangan natrium menyebabkan: 1) Otot menjadi kejang 2) Tubuh menjadi lesu dan kurang selesa 4. Kalium Sel otot, rangka, dan sel darah merah mengandungi kalium yang berfungdi bersama natrium. Fungsi kalium 1) Menetapkan tekanan osmosis pada sel tisu 2) Menyeimbangkan asid dan alkali untuk proses pencernaan 3) Sebagai bahan utama cecair tubuh untuk proses pengecutan otot Keperluan harian kalium Keperluan orang dewasa ialah 2.5 gram kalium sehari Kekurangan kalium Kekurangan kalium menyebabkan: 1) Sel tidak berfungsi dengan betul 2) Tubuh menjadi lemah dan lesu 5. Magnesium Magnesium terdapat pada tulang dan tisu. Keperluan orang dewasa ialah antara 300 – 350 miligram sehari. Fungsi magnesium 1) Mengawal keregangan otot 2) Membantu kestabilan saraf 3) Membantu metabolisme tubuh Kekurangan magnesium Kekurangan magnesium menyebabkan: 1) Pengawalan pergerakan otot terganggu 2) Radang saraf 6. Iodin Iodin diperlukan sebanyak 0.05 – 0.30 miligram dalam diet individu dewasa. Jumlah iodin dalam tubuh ialah 20 miligram – 50 miligram dan 1/3 daripadanya terdapat dalam kelenjar tiroid Fungsi iodin 1) Pertumbuhan kanak-kanak dan remaja 2) Kesihatan orang dewasa 3) Metabolisme tubuh Keperluan harian iodin Individu dewasa memerlukan 0.05 – 0.30 miligram iodin sehari. Kanak-kanak, ibu hamil dan ibu menyusukan pula memerlukan lebih iodin. Kekurangan iodin Kekurangan iodin menyebabkan: 1) Goiter iaitu apabila kelenjar tiroid di leher membengkak 2) Pertumbuhan tubuh terbantut (kretinisme) 3) Daya pemikiran tidak sempurna 7. Ferum Ferum penting kerana 2/3 daripadanya digunakan untuk membentuk hemoglobin Fungsi ferum 1) Menjadi komponen hemoglobin yang memberi warna merah pada darah 2) Membawa oksigen dalam tisu darah ke seluruh tisu tubuh 3) Membantu pembentukan protein mioglobin dalam sel otot 4) Membantu respirasi sel 5) Membantu pengoksidaan karbohidrat, lemak, dan protein Keperluan harian ferum Keperluan ferum bergantung kepada jantina dan peringkat umur. Wanita dewasa memerlukan lebih banyak ferum kerana mereka kehilangan ferum semasa haid. Ibu yang melahirkan anak memerlukan lebih banyak ferum dibandingkan dengan wanita dewasa. Kekurangan ferum Kekurangan ferum menyebabkan: 1) Pembentukan hemoglobin terganggu, mengakibatkan anemia 2) Letih, pening, dan sesak nafas kerana oksigen tidak dapat dihantar ke seluruh tubuh Berlebihan ferum Keracunan boleh berlaku jika ferum dalam tubuh berlebihan. Biasanya hanya sedikit ferum diserap ke usus kecil 8. Fluorin Fluorin diserap ke dalam tisu tubuh. Fluorin disimpan dalam tulang, gigi, kelenjar tiroid dan di kulit Fungsi fluorin Fluorin menjadi bahan penting untuk memelihara enamel gigi dan tulang Keperluan harian fluorin Orang dewasa memerlukan 1 miligram – 2 miligram fluorin sehari dan air minuman yang mengandungi fluorin adalah mencukupi untuk keperluan tubuh. Kekurangan fluorin Kerosakan gigi akan berlaku apabila terjadinya kekurangan fluorin dalam tubuh seseorang..
Posted on: Mon, 30 Sep 2013 15:35:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015