Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara: SIHAT sebelum - TopicsExpress



          

Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara: SIHAT sebelum SAKIT MUDA sebelum TUA KAYA sebelum MISKIN LAPANG sebelum SEMPIT HIDUP sebelum MATI... (1)Masa Muda Sebelum Datangnya Hari Tua Manusia bukan muda selama-lamanya.Muda hanya sementara dan takkan bertahan,kerana selepas itu manusia akan menjadi dewasa seterusnya tibalah masa tua.Bila dah tua,segalanya sudah tidak indah,kerana tenaga menjadi kurang,selera makan menurun,antibodi lemah (mudah diserang penyakit) dan segala-galanya terbatas.Ketika itu,barulah sedar bahawa masa muda itu amat berharga.Jadi,apa yang perlu kita lakukan?!! Sahabat-sahabat,marilah sama-sama kita penuhi masa muda ini dengan perkara yang selayaknya sebagai seorang muslim dan mukmin.Marilah kita pelajari ilmu-ilmu Allah yang maha luas ini lalu mempraktikkannya di dalam kehidupan harian kita.Ingatlah,jika kita sia-siakan hari muda,pastilah akan meninggalkan penyesalan dan kenangan pahit di hari tua.Jika masa muda digunakan sebaiknya,insyaAllah akan menjadikan hari tua penuh kesyukuran.
Posted on: Thu, 28 Nov 2013 09:01:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015