Refleksi, Revisitasi dan Revitalisasi Gerakan Islam Abad Ke - TopicsExpress



          

Refleksi, Revisitasi dan Revitalisasi Gerakan Islam Abad Ke 21 Nota 10: Tanda-Tanda Kemasukan Politik Pascamoden Liberal dan Permisif Dalam Gerakan Islam Melihat kepada kerangka berfikir “baru” dan tindak-tanduk “aneh” politik pascamoden liberal dan permisif aktivis gerakan Islam yang telah sekian lama berkecimpung dalam harakah dan jamaah Islam di Tanahair, mungkin tidak keterlaluan untuk disebut bahawa aktivis gerakan Islam yang suatu ketika dahulu pernah diangkat sebagai jurubicara umat atau elemen sedar dalam batang tubuh umat, tegas dan tuntas mempertahankan akidah Islam, tidak sekali-kali berkompromi dalam hal-hal pokok agama Islam, sangat peka dan sensitif terhadap sebarang perkara-perkara yang menganggu-gugat martabat dan maruah Islam, kini menjadi begitu apologetik, pembekal justifikasi malah menjadi “pak turut,” bahkan mempertahankan secara terbuka idea-idea songsang mengenai Islam yang terkandung didalamnya ciri-ciri relativism, pluralism, nihilism dan anarchism yang dicanangkan oleh pelopor-pelopor politik pascamoden liberal dan permisif di Malaysia. Akibatnya aktivis gerakan Islam menjadi merudum integriti dan kredibilitinya dikalangan masyarakat di Tanahair. Malah menjadi lebih parah bila aktivis gerakan Islam menjadi agen dan katalis mengelirukan kefahaman dan pegangan umat Islam terhadap sifat asasiah dari ajaran-ajaran agama Islam. Ternyata pengaruh kerangka berfikir dan tindak-tanduk politik pascamoden liberal dan permisif telah membankrupkan daya-fikir kritis dan kritikal sebahagian dari para aktivis gerakan Islam dan telah memusnahkan tata-cara kehidupan mulia yang berasaskan tradisi berilmu, berakhlak dan beragama sejak turun-temurun. Berdepan dengan fenomena politik pascamoden liberal dan permisif yang menyedihkan yang menimpa sebahagian besar dari kelompok aktivis gerakan Islam semasa sewajarnya satu kesedaran baru dibentuk di kalangan yang masih memiliki mata hati yang dapat membezakan antara kebenaran ilmu, akhlak dan agama yang hakiki dan kebatilan yang diselaputi dengan kebenaran yang palsu khususnya yang muncul, berkembang dan disebarluaskan melalui pengaruh agenda dan propaganda politik pascamoden liberal dan permisif. Sekiranya tragedi ini tidak diberi perhatian, maka amat dibimbangi para aktivis gerakan Islam ini akan terus hanyut dek ketaksuban kepada individu tertentu atau dek kepentingan politik sempit ke lembah kehinaan menggadaikan prinsip-prinsip dan tuntutan-tuntutan Islam semata-mata untuk memperolehi kuasa dan harta duniawi yang sementara ini. Justeru, proses mendidik dan menyediakan masyarakat bagi membanteras pengaruh kerangka berfikir dan tindak-tanduk politik pascamoden liberal dan permisif memerlukan satu proses pembelajaran dan penegasan semula kerangka berfikir dan tindak- tanduk politik menurut kefahaman dan penghayatan politik Islam berlandaskan siyasah shari’ah dalam kerangka melaksanakan maqasid shari’ah. Mungkin sudah sampai masanya aktivis gerakan Islam melaksanakan muhasabah diri merenung kembali pencapaian mereka dalam mendidik masyarakat berpolitik sejak lebih 30 tahun yang lalu iaitu kira-kira satu generasi yang telah menghabiskan usia aktif dan matang mereka berpolitik. Fenomena sering menukarkan tiang gol matlamat serta strategi-strategi permainan dalam perjuangan menegak Islam dengan pelbagai istilah yang kabur yang tidak berasaskan dasar ilmiah yang mendalam berpandukan khazanah keilmuan Islam sepatutnya menginsafkan aktivis gerakan Islam betapa mereka telah tersasar dari tujuan dakwah dan risalah Islam sebagai rahmatan lil alamin menjadi segerombolan political animals par excellence. Kalau dahulunya masyarakat digembar-gemburkan dengan kewajipan menegakkan Negara Islam kini ia sekadar menjadi Negara Berkebajikan. Kalau dahulu aktivis gerakan Islam menggelarkan diri mereka Rijal Haraki kini mereka selesa menjadi Islamis Demokrat. Masyarakat Islam dan bukan Islam tidak seharusnya terus menerus diwarnai sikap, kecenderungan dan kehidupan politik mereka atas warna hitam dan putih semata-mata. Kerangka berfikir dan tindak-tanduk berpolitik ala pascamoden liberal dan permisif yang sangat negatif dan destruktif yang boleh disebut sebagai “politik bangkangism” tidak akan menjadikan masyarakat Islam dan bukan Islam berpeluang merasai kenikmatan dan keindahan hidup dibawah naungan rahmat Islam. Terpulanglah kepada aktivis gerakan Islam yang sering mendabik dada bahawa mereka sentiasa berada pada moral high ground untuk mengorak langkah melakukan sesuatu yang boleh mengubah iklim dan suasana politik pascamoden liberal dan permisif yang menghancurkan masyarakat ketika ini. Aktivis gerakan Islam sepatutnya berjiwa besar melihat senario politik masyarakat hari ini untuk lebih bermurah-hati mendekati kelompok-kelompok yang mereka anggap telah tersasar dan menyeleweng dari landasan ilmu, akhlak dan agama untuk kembali kepangkal jalan dengan cara penuh berhikmah dan beradab. Tetapi jika obsesi terhadap politik dan kuasa menguasai pertimbangan-pertimbangan aktivis gerakan Islam maka sebaiknya janganlah mengata dulang paku serpih!
Posted on: Fri, 04 Oct 2013 02:37:22 +0000

Trending Topics



lass="sttext" style="margin-left:0px; min-height:30px;"> Uwais: Nigeria Deserves Better Leadership The former Chief
Talk about happy! Beyond happy! Talk about joy! Major Joy. God
Los Vengadores 2 dirigida por Bryan Singer: Tony Stark logra
Christ Is the Way to Holiness BIBLE MEDITATION: “I am
Face of the day: ACTOR Alec Baldwin has been involved in another

Recently Viewed Topics




© 2015