Rentak bicaramu sandiwara cuma Suaramu, sentiasa merentang - TopicsExpress



          

Rentak bicaramu sandiwara cuma Suaramu, sentiasa merentang keresahan tawamu. seindah pelangi hadir disisa hari tuturkata loncatan ditika waktu bernafsu kau rentang seluruh rindu, lakonan lalu lalu berbenihlah kerasukan penuh nista Nafas nafsumu, merayap ke lembah merah merekah kumtuman bibir menagih pautan pada sayang yang kau bina diteratak dusta bertiang tiada tegak seri menongkat hari bernoda dititian langkah penuh sumbang Lalu, kau simbah selebar permainan sikah kau leburkan teras kasihku dalam diammu cuma, Tuhan tetap kenal jiwa dan teguhku aku menjadi azimat, melurus langkahku mendakap segunung kasih di jalan realiti bila kukenal sebutir budi terpatri kerana rentak bicaramu sandiwara cuma...
Posted on: Mon, 30 Sep 2013 04:50:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015