Ringkasan Ucaptama 1. Muktamar DPPM kali ke 54 menggunakan - TopicsExpress



          

Ringkasan Ucaptama 1. Muktamar DPPM kali ke 54 menggunakan tema infiru sebagai suatu seruan kepada anak muda supaya bangkit untuk kembali menyusun soff perjuangan menggerakkan agenda perjuangan Islam di Malaysia. Infiru merupakan suatu seruan yang digunakan oleh Allah SWT dalam Surah AtTaubah ayat ke 41 kepada golongan pejuang untuk bangkit berjuang sama ada dalam keadaan ringan mahupun berat, dengan harta dan jiwa pada jalan Allah SWT. 2. Fokus utama adalah kepada pemantapan agenda-agenda tarbiyyah disamping mempelbagaikan variasi dalam approach supaya tarbiyyah hari ini mapan dan mampu menyeimbangi tuntutan prinsip perjuangan dengan kehendak realiti semasa. 3. Isu politik dan penguasaan anak muda merupakan intipati penting yang disebutkan dalam ucaptama. Antara yang disasarkan bagi pru14 adalah peningkatan 15%-20% undi anak muda bandar dan luar bndar di setiap negeri (dun) dan parlimen. 4. Dua agenda penting yang ditekankan dalam pengurusan sumber manusia bagi anak muda adalah ; attraction & retention (menarik dan mengekal). Segala cabang seperti dacs, arc dan lain2 perlu dioptimumkan penggunaannya untuk memenuhi dua agenda besar ini supaya pas lebih dekat dengan anak muda di samping berjaya menyusun tenaga pemuda yang ada dengan lebih effektif dan effisyen. 5. Halatuju yang digariskan dalam DPPM dalam memimpin dan mencetus gerakan Anak Muda ialah ; - pembinaan ketrampilan tokoh pemimpin muda - penguasaan sokongan anak muda - penggunaan media baru secara optima - penampilan pemuda pas yang prihatin dan berkebajikan - pengukuhan pr dan memposisikan pas sebagai parti teras dalam pr Yb Ust.Nasrudin Hassan
Posted on: Thu, 21 Nov 2013 05:00:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015