Rumahku Ofisku Teks : Nur Balqis Qahira Sudah lama tidak - TopicsExpress



          

Rumahku Ofisku Teks : Nur Balqis Qahira Sudah lama tidak mengemaskinikan laman ini dek kesibukan berganda sejak kebelakangan ini.Hari ini baru selesai mengemas SOHO yang sudah seminggu tidak dikemas.Inilah rutin harian seorang suri yang bekerja dari rumah,sentiasa sibuk sehinggakan ofis mini yang terletak di satu sudut ruang tamu ini tidak sempat dikemas.Hari ini,saya mencuri sedikit masa untuk memasukkan entri baru di blog ini.Alhamdulillah,jualan buku “Magnet Kekayaan & Kejayaan” mendapat sambutan yang sangat baik.Sungguhpun hanya beroperasi secara online sahaja,tetapi ia memberi pulangan yang lumayan.Inilah nikmatnya bekerja dari rumah. Sebagai seorang isteri dan ibu,semestinya tidak lari dari cabaran yang dihadapi seperti melayan anak yang masih kecil,menguruskan rumah tangga sekaligus memberi tumpuan kepada karier yang beroperasi dari rumah.Mungkin masih ramai yang tidak tahu,apa itu SOHO?Saya akan merungkaikan persoalan anda di sini. SoHo atau Small office/Home office dikatakan tempat bekerja/menjalankan perniagaan dari rumah. Perniagaan Internet adalah satu contoh SoHo. Saya menjalankan perniagaan dari rumah dan yang paling menarik adalah, kos pengendalian yang amat-amat rendah dan pencapaian pelanggan yang amat tinggi. Dato Dr Azman Chin pernah berkata tentang sebuah concept yang mengatakan tidak lama lagi (beberapa tahun lagi), hanya 2 jenis perniagaan sahaja yang akan berjaya: >Perniagaan SoHo: kerana kos overhead dan pengendalian yang amat rendah dan kebolehan mencapai pelanggan yang lebih besar dengan teknologi sedia ada seperti Internet & handphone. atau…>Perniagaan besar-besaran: kerana boleh leverage pada jenama, kewangan dan tenaga pekerja yang ramai. Perniagaan sederhana besar akan mengalami kesukaran oleh kerana perlu menanggung kos overhead yang tinggi dan sukar leverage pada jenama & kewangan. So, a very-very hot tip: SoHo is the way to go! SOHO adalah pilihan saya yang tepat sebagai seorang surirumah sepenuh masa yang bekerja dari rumah.Surirumah sekarang sangat bertuah kerana adanya IT yang sangat membantu surirumah menjana pendapatan yang lumayan.Anak-anak pun berada di bawah jagaan kita.Yang penting pandai menguruskan masa ,tidak cepat berputus asa dan mempunyai semangat serta disiplin diri yang tinggi. Terdapat tiga kategori wanita yang bekerja dari rumah: 1. Wanita yang sudah bekerjaya, tetapi sayang melepaskan kerja sedia ada. Pada masa yang sama masih menjalankan bisnes online secara sambilan. Namun pendapatan secara online ini bukanlah calang-calang. 2. Wanita yang bekerjaya yang berpendidikan tinggi, berhenti kerja dan salah satu sebabnya adalah faktor anak-anak. 3. Wanita yang sedia ada suri rumah, tidak ada pengalaman kerja pun. Jadi baru mahu bermula sebagai usahawan dari rumah, bermula secara online dan sepenuh masa. nurbalqisqahira.blogspot/2013/10/rumahku-ofisku.html _______________________________________________ Bagi yang merancang untk bisnes secara online, boleh rancang untuk bekerja dari rumah sekarang. Miliki ebook 101 Idea Home-based Bisnes apabila mendaftar di salah satu kelas berikut: 1. Kelas asas blog dan penulisan 2. Kelas asas blog dan fan page untuk mula bisnes Ebook 101 Idea Home-based Bisnes akan diberi percuma kepada yang mendaftar bermula 13 Oktober 2013. Usah tunggu lagi kerana bermula 30 november 2013, ebook itu akan dijual pada harga RM30. PM saya Anys Idayu Zakaria ekarang.
Posted on: Thu, 24 Oct 2013 00:19:10 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015