Running Man To Running Love 02/04/2013 BY : Muhamad Adrian P/S - TopicsExpress



          

Running Man To Running Love 02/04/2013 BY : Muhamad Adrian P/S - Cerpen yang paling aku suka hasil karya Adrian... “Kakak, sampai bila nak hidup bujang macam ni?” Aku yang tengah potong bawang rasa macam nak potong jari bila dengar soalan ni. Masuk kali ni entah dah ke berapa puluh belas ratus soalan sama lagi simple ni aku dapat. Mama tak rasa dahaga ke tanya soalan macam ni? “Bila dah sampai seru kakak kahwin la ma. -.-” aku membalas malas. “Sampai seru tu sampai bila? Kalau macam ni, biar mama je yang cari calon suami untuk kakak.” Aisheman. Macam mana aku nak cakap ni? Aku tak nak kahwin lagi laa, aku tak puas lagi hidup bujang. “Mana ada orang cari calon suami untuk anak dia, orang cari calon isteri untuk anak dia ada lah. Ala, ma ni. Chillex ah, kakak muda lagi bergetah lagi kot!” “Muda kepala otak kau! Umur sikit lagi nak sampai pangkal 3 kat depan. Muda bergetah kau cakap? Getah lagi bergetah dari kau tu!” Waduh, mama dah keluarkan ayat brutal lagi garang dia, maknanya dia memang serius dengan kata-kata dia ni. “Mama tak kira. Hujung tahun ni mama akan pastikan kakak kahwin. Muktamad!!!” Muktamad, muktamad, muktamad…………………… Ayat muktamad yang masuk corong telinga aku rasa macam bergema-gema dalam kepala otak aku sekarang ni. Sekarang dah tengah bulan September. Tinggal lagi tiga bulan setengah je lagi nak tunggu hujung tahun. Apa kes mama kalut sangat ni? Pasrah walaupun parah aku kalau macam ni. Aku tak nak kahwin lagi!!!! ............................................................ Habis je mengajar kat sekolah, aku terus bawak kereta aku pergi kedai buku popular. Mahu carik novel you. Kat rumah aku bapak banyak novel aku kumpul. Masuk novel baru yang aku nak beli mungkin dah tujuh belas ratus agaknya. Novel Kenangan Dalam Realiti, wait for me! “iyaaaa! Ada pun kau. Dah lama aku carik kau!” Aku melompat-lompat gembira tengok novel Kenangan dalam realiti ada tersusun rapi kat celah-celah novel lain. Aku pandang kanan, pandang kiri dah takde stok untuk novel ni lah! Ya Allah rasa macam nak sujud syukur jugak sekarang ni. Novel ni punya bapak susah nak carik, sekali rezeki aku dapat novel kenangan dalam realiti last stock ni. Yahoo, sukanya! “Semua sekali RM 22.00” kata penjaga cashier itu dengan senyuman. Dengan segera aku terus menyelak purse aku cari duit RM 22.00 cukup-cukup. “Nah, RM22.00!” Satu suara garau bersuara buat aku panggung kepala. Aik, mamat poyo mana pulak depan aku ni. Kerek giler dia ni! Tak semena-mena lelaki tu ambik novel yang aku beli tadi di atas kaunter lalu dengan selambanya dia berlalu keluar dari kedai buku popular itu. “Dia dah bayarkan, cik.” Perempuan penjaga cashier itu memaklumkan pada aku. Aik? Dia belanja aku novel ke? Aku yang tengah blur terus lari kejar si mamat kerek yang dah jauh tinggal aku. Memang kaki panjang betul! “Encik!!” aku menjerit memanggil dia sambil berlari kejar dia. Namun dia terus berjalan tak menghiraukan aku dan tiba-tiba dia berhenti. BUK!! “Adoiii patah lah hidung jambu air aku!” aku menjerit kesakitan sambil pegang hidung aku yang macam buah jambu lagi cantik itu. Ehem. Apa hal mamat ni tiba-tiba berhenti time aku dah sampai belakang dia. Langsung tak sempat nak brek. “Ya saya?” Dia tanya dengan senyum machonya. Wah, muka sekali macam Doon Wong laa! “Terima kasih sebab tolong bayarkan novel untuk saya tapi saya rasa encik lupa nak kasi novel ni kat saya. By the way, saya tak suka orang belanja saya. Nah, duit RM22.00.” Aku menghulurkan not RM10 dua keping dan RM1 dua keping padanya dan dia menyambut dengan spontan. “Hah??” Dia buat muka hairan. Aku lagi la hairan. Apesal dia terkejut sangat ni? Tanpa banyak soal terus je aku ambik novel kat tangan dia lepas tu blah. “Hoi! Otak kau aku bayarkan novel ni untuk kau. Aku bayar maknanya aku beli la novel ni. Bak balik novel aku!” Dia sudah mencapai novel kenangan dalam realiti kat tangan aku. “Apa kau cakap? Ehh, novel ni aku yang beli dulu, jadi aku punya lah!” “Kau beli dulu ke tak yang pasti aku bayar untuk novel ni. Ini novel aku!” Aku dan dia saling tarik-menarik novel tu. Hah, kau jangan macam-macam. Aku nampak je pendek dan kecik tapi aku kuat! “Apa masalah kau? Ini novel aku. Aku dah kasi duit aku kat kau laa!” “Aku tak kira. Aku yang bayar dulu novel ni kat kaunter tadi jadik ni aku punya!” Dia menjerit kuat. Semua yang memandang kami terkejut. Mamat poyo ni tak tahu malu ke jerit macam orang kena sawan? “Novel ni aku yang punya!” Aku menengking lalu aku tarik novel tu sekuat hati. Terlepas jugak novel ni dari tangan dia. Aku apa lagi? Berlari la sekuat hati. ............................................................ Aku stop dari berlari bila aku dah sampai kat kawasan parking. Fuhh, selamat aku. Novel kat tangan aku tatap dengan penuh terharu lalu aku cium dia dengan rakus. Banyak betul cabaran dan rintangan yang aku kena tempuh demi memiliki dan bersamamu, novel. Aishiteru-yo!! Segera aku tekan alarm kereta dan buka pintu kereta. Tiba-tiba ada satu tangan panjang menghalang aku dari membuka pintu kereta. Terkejut! “Kau!” “Sengget!” Kali ni aku memanggil si mamat poyo dengan gelaran sengget dengan spontan. Ops! Sorry. Dia tercungap-cungap macam orang kena serang asma. Penat lari marathon kejar aku lettew. “Tepi la Sengget!” aku memukul tangannya dengan novel itu sekuat hati. TOK! TOK! TOK! Bunyi macam aku ketuk pintu je. Eceh, tangan kayu betul mamat sekor ni. “Adeh, sakit lah! Siapa yang kau panggil Sengget hah?” Aku tak jawab soalan dia. Bila dia tengok aku, aku pandang kat lain lepas tu aku bersiul-siul. Buat dek je. Aku tak tahu siapa sengget tu. Tak, tak. “Sebelum aku berkasar dengan kau, baik kau bagi balik novel aku.” Dia ugut aku. Hek eleh, ingat aku takut? “Tak nak…” Aku buat muka annoying gila. Ohoii, merah muka dia tahan marah tu. Memang aku sengaja nak sakitkan hati dia pun. “Kau si sengal gemuk plus pendek plus annoying. Ni last warning aku. Kasi novel tu!” Aku mencebik. Sikit aku tak heran orang cakap aku gitu. Hati aku kering-kontang mana nak touching dengan kutukan kecik gitu? “Weh, Ada orang gila!” Aku hala jari aku ke belakang lelaki itu. Dia berpaling pada arah yang aku tunjuk. “Mana? Mana?” Terus aku masuk kereta lalu aku kunci kereta dari dalam. Tak makan saman jugak si sengget sekor ni pergi caya cakap aku. Kahkahkah! Lelaki itu yang baru tersedar aku trick dia mengetuk-ngetuk tingkap kereta aku berkali-kali dari luar. Aku yang dah start engine hanya angkat tangan then aku lambai-lambai. Lepas tu aku pecut tinggal dia yang bengang tahap kritikal tu. Padan muka kau! Tiba-tiba telefon aku berdering lalu aku angkat. Diana call. “Hello?” “Nak lunch sekali? Boleh. Mana nak lepak ni?” “Kenny Rogers? Okay, set!” lepas letak phone terus aku bawak kereta pergi ke tempat yang dijanjikan dengan Diana. ............................................................ Aku sampai je kat rumah lepas lunch dengan Diana, terus aku masuk bilik. Dengan tudung tak bukak, baju kurung yang aku pakai dari awal pagi pun aku tak salin lagi terus aku baring atas katil, ready nak layan novel. Buruk punya perangai kan? Sebab tu takda yang nak kawin ngan aku. Hahahahaha... Aku bukak plastik novel tu dengan perlahan dan cermat. Haish, novel ni dah macam anak aku je. Sayang gila nak kasi dia rosak even sikit pun. Untungkan kau ye novel sebab dapat tuan macam aku. Aku belai dan manja korang bagai menatang minyak yang penuh. Tiba-tiba aku teringatkan si sengget tadi. Sikit punya buruk perangai si sengget tu. Entah dari pelusuk mana dia sesat datang kedai buku Popular. Ingat dia nak belanja aku tapi rupanya tak. Boleh pulak dengan selamba je kebas novel yang orang dah beli, depan mata aku sendiri pulak. Banyak-banyak novel yang jual kat popular tu kenapa novel yang aku dah beli yang dia nak? Dasar sengget badan kering macam tiang TNB! “Umairah! Kamu dah balik ke?” suara opera mama sudah kedengaran. “Ya, mama!” “Meh datang kat ruang tamu kejap. Mama dan abah nak cakap sikit ni!” Berdegang-degang bunyi tangga rumah bila aku turun. Hah, tengok. Ni satu lagi perangai buruk aku. Suka sangat melompat-lompat sampai nak turun tangga pun nak lompat jugak. Sekali dah macam katak. Tak faham aku dengan diri aku. Ni yang orang cakap ada masalah conflict identity ni. Aku sampai ruang tamu aku tengok mama dan abah semua dah sengih-sengih tayang gigi mereka yang tak ori tu. Maksud aku diorang tayang denture yang diorang pakai. Biasa la, umur dah panjang gigi pun tarak dah. Tak faham apa aku cakap? Aku lagi la tak faham. Hikss. “Tahniah kakak. Akhirnya kakak kahwin jugak.” Mama datang kat aku lalu peluk aku. “Err, kakak mana kahwin ni?” Aku blur. “Awak la yang nak kahwinnya Nur Amni Umairah oii!” Abah sudah bangun lalu ditepuk-tepuk bahu aku. “Abah bangga dengan kamu. Akhirnya kamu kahwin dengan lelaki yang baik dan jujur.”Aku garu-garu kepala dengar pujian abah. Apa pulak mama dan abah aku cakap ni? Berlatih skrip drama ke? “Alhamdulillah.. Tadi sebelum kamu sampai rumah ada rombongan merisik datang cakap nak jadikan kamu sebagai menantu. Kawan baik abah lagi yang datang tau. Terus mama dan abah setuju. Kami dah bincang tarikh. Kamu terus je nikah, takde majlis tunang. Hujung tahun ni dah boleh kahwin.” Panjang lebar mama explain kat aku. “WHAT?” Aku ternganga. Express gila mama carikan aku calon suami. Ehh, jap. Hujung tahun ni? Hujung tahun ni maknanya lagi dua bulan laa. What? Lagi dua bulan aku akan kahwin? Oh, no!!! “Umairah!!” Mama dan abah menjerit serentak. Okay, aku dah pengsan sekarang ni sebab tu mama dan abah jerit. Terkejut lettew. ............................................................ “Aku nikahkan kau dengan anak perempuanku Nur Amni Umairah dengan mas kahwin RM 22.00 tunai.” Abah menggoncangkan tangan bakal suami aku. “Aku terima nikahnya Nur Amni Umairah Binti Azdan dengan mas kahwin yang telah disebutkan..” sekali nafas lelaki yang aku tak kenali itu jadi suami aku. “Sah, sah..” Para saksi terangguk-angguk. “Alhamdulillah..” Orang ramai mengucap syukur lalu khutbah nikah diberikan. Aku menunduk. Sedihnya aku dah kahwin. Aku kahwin tanpa rela hati tahu tak? Sobss. “Sesi membatalkan air sembahyang..” Terdengar satu suara buat announcement berbaur arahan. Aku hanya menunduk bila tangan aku dicapai oleh lelaki itu lalu tersarung cincin emas berlian di jari manis aku. Aku dengan spontannya salam dan cium tangan lelaki itu. Panjang semacam je tangan laki aku ni. Akhirnya lelaki itu cium dahi aku lama. Lepas dia cium aku, aku dan dia bertentang mata. Opocot tiang TNB! Terkejut aku tengok lelaki depan aku sekarang. Sengget? Dia senyum pada aku dan senyuman tu lebih kepada senyuman sinis. Si Sengget jadi suami aku? Aku tak percaya!! ............................................................ Masuk hari ni dah dua bulan aku dan si Sengget tu kahwin. Rupanya si sengget ni tua lima tahun dari aku tapi perangai kalah budak-budak. Siapa nama sebenar sengget? Okay, aku cakap. Nama dia Muhamad Adrian. Cantik dan unik kan nama dia? Tapi perangai hancus. Muka je macho macam pelakon korea tapi suka novel. Sengget mat jiwang betul! Jahat betul aku kutuk suami sendiri tapi memang patut pun aku kutuk dia! Ada ke patut masa malam pertama kitorang dia tuntut novel yang kitorang rebutkan dulu? Siap ugut aku kalau tak nak dia apa-apakan aku, aku kena ikut cakap dia tu. Mula-mula memang aku degil tak nak bagi siap main kejar-kejar dalam bilik lagi. Tapi lepas dia tiba-tiba peluk aku macam aku ni bantal golek terus aku baling novel tu sebijik depan muka dia. Mengelupur dia sakit. Berani kau sentuh aku sesuka hati ek? Walaupun dia suami aku, aku tak rela dengan perkahwinan ni sebab suami aku si sengget ni! Dia cakap, dia pun tak nak kahwin dengan aku tapi sebab abah dan umi dia nak sangat dia kahwin, dia ikut je. Tak sangka dia kena kahwin dengan aku yang sengal lagi pendek lagi gemuk lagi annoying ni! Kalau dia tahu awal-awal aku ni bini dia, awal-awal lagi dia dah bunuh diri. Lepas tu dia cakap, kebetulan pulak dia bagi mas kahwin kat aku sama harga dengan harga novel kenangan dalam realiti tu. Kurang ajar kan jawapan dia? Sejak malam tu aku dengan dia tinggal je satu bilik tapi kitorang tak tidur sekatil pun. Memang itu yang kitorang nak. Bila depan parents masing-masing pandai je kitorang berdrama. Ewahh, macam pasangan merpati sejoli pun ada. Boleh pulak dia main peluk cium aku depan parents kitorang? Geli! –Nur Amni Umairah. “Sengal, mana aku punya kemeja?” Adrian tanya pada aku yang tengah syok tulis diari atas meja. Aku muncungkan mulut aku pada almari kayu hujung bilik. Dia hanya pandang aku dengan tangan bersilang didada. Tak malu betul pakai towel je depan aku. Langsung boleh nampak bulu dada dia yang panjang macam orang utan tu. “Tolong ambikkan untuk aku!”Dia mengarah. “Kaki dah panjang tak reti nak ambik sendiri ke?” “Kau tu gemok, kena banyak gerak. Kalau tak macam mana nak kurus?” Mulut takde insurans betul dia ni. Aku luku kepala tu karang! Aku hanya mengeluh perlahan lalu gerak ke almari. “Nah!” “Necktie?” Dia tanya lagi. Nak bermanja dengan aku la ni. Gedik. Aku ambil necktie dan hulur pada dia tanpa banyak soal. Usai semua yang dia nak aku bagi, aku capai tudung yang sudah siap gosok lalu aku pakai. Aku juga harus bersiap untuk mengajar di sekolah. Selesai rapikan tudung, aku capai perfume Victoria Secret Lost in Fantasy di atas meja solek dan aku sembur. Hmm, dah wangi! “Umairah, sini jap!” Dia panggil aku yang baru nak buka pintu. Aku hanya menurut. “Tak reti laa nak pakai necktie ni. Tolong?” “Selama ni boleh je kau pakai sendiri?” “Tolong laa..” “Ye la! Meh sini necktie tu. Tunduk sikit boleh? Tak sampai.” Adrian menunduk sikit dan aku membelitkan necktie di lehernya. “Wanginya dia..” Dia berbisik pada aku. Aku hanya menjeling. “Mesti la wangi. Kalau busuk siapa sanggup dekat ngan aku?” Aku menjawab. Dia sengih. “Abang sanggup!”Aku mengangkat kening. “Abang mana pulak ni?” “Saya lah abang yang sanggup tu..” Dia berbisik lagi. Hai, dah kenapa dia tiba-tiba je ni. Sakit tekak ke nak kena cakap bisik-bisik? “Apa-apa je lah.” Aku malas nak layan. “Umairah. Lepas ni jangan panggil aku sengget, kau atau Adrian. Panggil aku abang okay? Depan dan belakang parents kita pun.” “Tak nak!” “Tak boleh tak nak. Wajib!” “Tak nak!” “Kalau kau tak nak siap kau!” “Tak nak!” “Kau memang nak kena kan?” “Aku cakap tak nak, tak..” Chup! Adrian kucup bibir aku. Perlahan dan lama. Aku kaku kejap. Terus aku tarik kasar necktie yang sudah kemas tergantung dilehernya. Berani kau ambil kesempatan! “Adoi!” dia menjerit sakit lalu terbatuk-batuk sebab tercekik. Aku hanya mendengus dan aku terus keluar dari bilik. Berlari-lari aku turun ke tingkat bawah rumah sambil menyentuh bibir. Adrian cium aku! ............................................................ Aku ke One Utama untuk belikan hadiah buat Adrian sempena hari jadinya minggu depan. Mesti dia happy kalau dapat hadiah dari aku. Hehe.. Lepas beli hadiah untuk Adrian, bapak terkejut aku masa on the way nak ke car park, aku nampak Adrian tengah peluk sorang perempuan kat Café Garden One Utama. Bukan main mesra lagi diorang siap gelak-gelak manja tahap dewa. Aku yang panas hati terus je pergi kat diorang. “Hye Adrian!” sapa aku dengan senyuman. Diorang yang tengah gelak tiba-tiba diam. Adrian dengan muka terkejut. “Umairah..” Adrian sudah bangun dari duduk. “Apa awak buat kat sini? Opss, sorry tak perasan. Tengah dating ek?” Aku sengih sinis. “You.. Siapa dia ni?” Perempuan yang pakai baju adik dia tu tanya Adrian. Siap peluk lengan Adrian dengan manja lagi. Juling mata aku tengok oii.. “Err.. Dia.. Dia kawan Abang.” Adrian menjawab dengan serba-salah. Abang? Aku tersentap. Lagi terasa hati aku bila aku isteri dia, dia ngaku aku ni kawan dia je. Takpe Adrian, takpe.. “Owh. Tak sangka abang ada jugak kawan macam dia ni.. Macam berkabung nak tengok orang mati je..” Perempuan tu tengok aku dari atas sampai bawah lepas tu ketawa buat-buat. Gedik nak mati dia ni gelak. Kurang ajar jugak mulut tebal kau tu ek? “Laa yeke? Sekurang-kurangnya aku pakai baju aku sendiri daripada aku pakai baju adik aku yang bukan saiz aku. Sorry kalau aku tanya. Kau tengah jimat duit ek? Sebab tu kau pakai baju adik kau macam tak cukup kain ni. Nasi lemak seringgit pun dah macam nasik lemak free je bila kau dedah gitu. Kan?” Aku membalas selamba dengan senyuman sinis. “What? Berani kau cakap aku gitu? Abang, tengok la dia ni! Marah la dia!” Minah gedik tu merengek. Adrian hanya mengangguk. “Umairah, saya rasa takde apa yang kita nak cakap lagi kan?” Adrian menyoal aku tanpa memandang aku. “A’ah la kau. Aku pun tiba-tiba je tak terkata bila datang sini nampak kau dengan awek kau. Sorry la kacau ek?” Aku senyum dan terus pergi dari situ. Sengaja aku tekan perkataan awek dan kacau. Aku pun rasa macam aku takkan kuat kalau aku lama-lama kat situ. Aku menangis teresak-esak dalam kereta. Sampai hati Adrian buat aku gini. Siapa aku sebenarnya untuk dia? Kenapa aku nangis? Aku mana sayang dia.. ............................................................ Malam itu Adrian pulang waktu aku tengah memasak. Aku lapar so aku masak nasik goreng, cukup-cukup untuk aku sorang. Untuk Adrian? Laa.. dia dah makan dengan kekasih gelap dia. Buat apa nak makan apa yang aku masak? “Umairah..” Adrian seru nama aku. “Ya?” aku jawab selamba. Nasi goreng cendawan yang siap dimasak aku cedok ke dalam pinggan. Aku menarik kerusi dan aku makan nasik dengan lajunya. Lapar weh, dari petang tadi tak makan. Adrian hanya pandang aku. “Umairah..” “Hmm..” aku menjawab dengan mulut yang penuh. “Are you okay?” Adrian duduk bertentangan dengan aku. Tengok aku makan tanpa perasaan. Macam takde apa jadi. “Apa yang nak buat saya tak okay?” aku soal dia balik. Adrian diam. “Pasal kat OU tadi tu saya harap awak tak salah faham. Saya dan dia takde pape hubungan pelik-pelik pun. Sebenarnya dia tu..” Dia berhenti bila dengar aku sendawa. MasyaAllah, kuat jugak aku sendawa. Buruk punya perangai. “Alhamdulillah. Kenyang..” Aku mengusap perut aku lalu aku bangun mengangkat pinggan aku ke sinki. Masa untuk cuci pinggan! “Are you hear me?” Dia soal aku dan dia mendekati aku. Aku dapat rasa dia ada betul-betul di belakang aku. Aku diam. Buat-buat khusyuk cuci pinggan. “Umairah, answer me!” Suara Adrian sedikit meninggi. Aku berpaling bila pinggan sudah siap dicuci. “Dengar..” Aku senyum lalu aku menapak untuk ke tangga. Dia rentap tangan aku. Aku berhenti dari melangkah. “Are you mad?” Adrian sudah berada dihadapan aku sambil memandang aku yang sememangnya tengah tayang muka takde perasaan. “Nope! Nak marah pasal apa?” Aku senyum dan pandang mata dia. Dalam hati ni hanya Allah yang tahu betapa pedihnya aku rasa. Bodoh jugak Adrian ni. Kalau kau kat tempat aku tadi, kau rasa kau marah plus sedih tak? “What?” Adrian mengerutkan kening. Tak percaya dengan jawapan dan soalan aku. Macam bodoh pulak aku rasa bila jawab gitu dengan Adrian. “Ada apa-apa nak cakap lagi ke? Kalau takde, saya nak masuk bilik dulu.” Aku menarik tangan aku kasar. Adrian membiarkan saja. Aku mendaki tangga satu per satu. “Umairah, I love you. I love you so much..” Dia berkata dengan lantang dan jelas masa aku tengah naik tangga. Aku berhenti. Adrian cintakan aku? Tak, dia tipu. Si sengget ni penipu! “Owh, lupa nak cakap. Hari ni saya tidur bilik sebelah. Rasa macam panas je nak tidur satu bilik dengan awak.” Aku terus melangkah laju masuk ke bilik tetamu dan aku kunci pintu itu. TOK! TOK! TOK! “Umairah, bukak pintu ni!” Pintu yang telah aku kunci diketuk Adrian. Aku biarkan je lalu aku menghempaskan badan aku atas katil.Tak semena-mena air mata aku jatuh lagi. Aku menangis lagi. Kenapa aku menangis lagi? Kenapa hati aku sakit? “Umairah, bukak pintu ni. I love you Umairah, I love you! Please don’t do this to me. You need to hear me. Open this door, Umairah!” Suara Adrian yang diselang-selikan dengan ketukan aku biarkan lagi. Tak sanggup aku nak tengok muka dia, nanti aku kalah dengan perasaan. Adrian cintakan aku? Macam tak boleh percaya je. Aku kan kawan dia je.. Aku cintakan Adrian? Kalau aku tak cintakan Adrian takkan la aku menangis dan sedih teruk gini. Ya, aku cintakan Muhamad Adrian… ............................................................ Pagi itu aku ke sekolah awal dari biasa. Sengaja aku mengelak dari jumpa dengan Adrian. Tak mahu lah aku tengok muka dia awal-awal pagi, nanti aku yang sakit hati. Paling teruk aku menangis-nangis emo depan dia. Aku dimaklumkan oleh pengetua yang hari ni ada cikgu baru yang akan mula mengajar di sekolah. Aku sangat terkejut bila tahu cikgu baru yang datang tu adalah Rafick. Rafi ikmal, kekasih dan cinta pertama aku dulu. Dia lah penyebab aku jadi seorang yang sangat berhati kering tentang cinta, sampai mama marah-marah aku kahwin lambat. Yela, dah hati tak rasa nak cintakan orang. Takkan nak paksa. Tapi.. hati aku sekarang dah ada orang curi. Muhamad Adrian dah curi hati aku. Aku cinta dia.. Kenapa kita jadi begini Adrian? Salah ke aku turut kata mama dan ayah aku untuk kahwin dengan kau? ............................................................ Selesai mengemas meja aku yang bersepah itu, aku melangkah keluar dari bilik guru. Hari sudah lewat senja. Aku harus cepat pulang ke rumah. “Umairah!” Rafick panggil aku. Aku yang baru mahu melintas jalan untuk ke kereta aku diseberang jalan berpaling. “Rafick.. Kenapa?” “Saja saya nak jumpa awak. Tadi tak sempat nak tegur sebab busy. Awak apa khabar sekarang?” Rafick tersenyum. “Saya macam ni la. Sihat walafiat je. Tak sangka kan boleh jumpa awak kat sini? Satu sekolah pulak tu.” Aku gelak. Dia pun gelak. “Tu lah. Rezeki kita satu sekolah kan. Haa, lupa nak cakap. Bulan depan saya dah nak kahwin. Jemput la datang. Kebetulan awak ada lagi ni boleh la saya bagi kad jemputan terus. Kejap eh, saya ambik kad jemputan kahwin kat meja.” “Seriously? Congrate!” Aku ketawa riang. Tak sangka betul Rafick dah nak kahwin. Bagus lah. Sekembali Rafick dihulur kad jemputan itu pada tangan aku, terus aku ambil dan aku meminta diri untuk pulang. Baru je aku nak lintas jalan tiba-tiba.. VROOM!! Aku terkaku. Aku sekarang sudah dalam pelukan seseorang. Rafick sedang memeluk aku. Rafick telah selamatkan aku dari sebuah kereta yang dipandu laju. Entah dari mana muncul tiba-tiba kereta itu laju meluncur keluar. Apa la masalah orang yang bawak kereta tu? Tak nampak ke aku tengah nak lintas jalan? “Umairah..” satu suara buat aku tersedar. Terus aku tolak badan Rafick kasar. Aku membawa kepala aku kearah suara yang memanggil nama aku. “Adrian..” Aku kelu. Jangan cakap Adrian nampak insiden Rafick terpeluk aku sudah. “Apa awak buat tadi? Siapa jantan ni?” Adrian sudah menyoal aku dengan muka menyinga. Sah! Dia nampak insiden tadi. Ehh, jap. Kenapa Adrian kat sini? “Err.. saya..” belum sempat aku habis cakap Adrian sudah menyerang Rafick. “Apa kau dah buat dengan bini aku hah??” Adrian mencekau kolar kemeja Rafick. Rafick sudah terpinga-pinga. Bini? Siapa bini siapa ni? “Adrian! Jangan serang Rafick. Dia tak salah!” Aku sudah memegang tangan Adrian cuba untuk lepaskan pegangan eratnya pada kolar baju Rafick. “Umairah, kau memang dasar perempuan murahan! Kau sanggup nusyuz kat suami sendiri kan? Depan mata aku sendiri pulak tu! Ini lelaki yang kau buat sumbang belakang aku hah?!” Adrian menengking aku kasar. Aku sudah menangis teresak-esak. Sampai hati Adrian cakap aku perempuan murahan. Semua ni hanya salah faham. Aku takde seteruk tu nak derhaka dengan curang belakang suami sendiri walaupun Adrian sendiri dah curang dengan aku. “Sabar abang. Biar saya jelaskan dulu. Abang dah salah faham ni.” Rafick cuba menyelamatkan keadaan. “Kau nak jelas apa lagi? Semua dah jelas depan mata aku!” Adrian membentak dan cuba melayangkan penumbuk ke muka Rafick. “Rafick selamatkan saya tadi! Saya nak kena langgar dengan motor awak tahu tak?! Kalau Rafick takde tadi, mungkin saya dah mati. Saya mungkin mati awak tahu? Mati!” Aku menjerit tiba-tiba membuatkan Adrian tak jadi menumbuk Rafick. Adrian pandang aku. Bercucuran air mata aku jatuh. Kenapa keadaan kita jadi seteruk ni Adrian? “Kalau awak tak caya, awak tengok kad jemputan kahwin ni. Kalau betul saya curang buat apa Rafick kahwin dengan perempuan nama Natasya ni?” Aku sudah mengeluarkan kad jemputan kahwin yang Rafick berikan pada aku tadi lalu aku sua depan mata Adrian. “Natasya?” Adrian tanya aku dengan muka hairan. Aku dan Rafick mengangguk serentak. Lalu Adrian ambil kad kahwin di tangan aku dan dia baca satu persatu ayat yang ditulis dalam kad itu. “Kejap, kau kahwin dengan Damia Natasya binti Mohd Naim ke Rafick?” Aku tengok Rafick angguk laju. “Laa.. kau rupanya bakal suami Tasya!” Adrian sudah memeluk Rafick. Aku dan Rafick terpinga-pinga. “Aku Abang Tasya! Abang angkat dia!” Aku dan Rafick ternganga pulak. Okay, dunia ni memang kecik betul. Selepas mintak maaf, berterima kasih dan berbual seketika akhirnya aku dan Adrian pulang ke rumah. ............................................................ Sampai dirumah semua Adrian ceritakan pada aku. Pasal perempuan yang aku nampak dia berpelukan kat OU hari tu pun dia ceritakan jugak kat aku. Tak sangka Tasya tu adik angkat Adrian dan juga bakal isteri Rafick. Aku hanya diam mendengar penjelasannya. Malam itu selepas mandi pintu bilik aku diketuk. Terjengul muka Adrian. “Yes?” aku tutup pintu bilik air aku. “Umairah, abang mintak maaf sebab dah buat Umairah nangis tadi. I’m sorry, I don’t mean it.” Adrian mendekati aku. Aku mengangguk. “Takpe.” Aku pandang dia, dia pandang aku. “Ye, kau ada nak cakap pape lagi ke?” rambut aku yang basah aku lap dengan tuala. “Siapa ‘kau’ tu?” “ ‘Kau’ kau la.” “Dulu aku cakap panggil aku apa?” “Kau cakap apa dulu?” “Panggil aku abang.” Aku diam. “Umairah..” “Apa?” “Call me abang..” Adrian berbisik. “Aku takde mood nak main-main laa.” Aku sudah menuju ke katil aku. tiba-tiba Adrian menyambar tangan aku. “Kau nak apa lagi?” Aku cuba menarik tangan aku. Tak semena-mena Adrian merangkul pinggang aku dan badan aku melekap pada badannya. “Heyy, apa kau buat ni?” Aku sudah menumbuk-numbuk dadanya. Tepilah! “Kau?” dia soal aku. Aku mendengus. Menyampah! “ Ye la, ye la.. Abang!” Aku jawab tak ikhlas. “Kasar sangat tu..” dia berbisik. Haishh, aku luku jugak kepala dia ni. “Abang.” Mukanya dan muka aku sangat hampir. DUP, DAP, DUP, DAP. Jantung aku sudah berdegup kencang. Jantung tolong jangan buat hal masa-masa gini boleh tak? “Nak apa lagi? Tepi…” Aku terdiam bila tangan aku yang mahu menolak dadanya melekap didadanya. Ya Allah, lajunya jantung dia berdegup. Macam tengah lari marathon je dia ni! Aku pandang mata dia, dia juga begitu. Lama mata kami bertaut. Jantung kami sama-sama berdetak laju. Haiya! “Mendatar sangat tadi tu..” Dia senyum handsome. Mak aih, handsomenya! Woon Doong ku sayang! Haa, kang aku dah mengarut ni. Aku diam. Tengah berkira-kira nak panggil dia macam mana. “Abang..” aku memanggilnya perlahan lalu dia senyum. “Macam tu lah.. Lagi sekali?” Adrian suka dengar suara Umairah yang perlahan begitu. Manja dan seksi. “Abang…” Muka aku sudah merah. “I love you sayang! You are mine, you are my wife.. Forever..” bisik Adrian penuh romantis. “Wife? Dulu mengaku depan Tasya yang saya ni kawan awak je?” “Sorry sangat sayang.. I don’t mean it.. I love you so much sayang.. I love you..” Dia membisikkan kata-kata indah itu di telinga aku. Kembang hati aku dengar. Dia mencium dahi aku perlahan dan lama. “Say you love me too.. Say it..” dia bisik lagi penuh romantik, kali ni pipi aku pula diciumnya. Cair aku! “I.. I.. I lo..” aku diam. Apa pasal susah sangat nak ucap ayat ni? “Hmm?” dia bertanya lembut. Aku telan liur. “I love you..” Chup! Bibir kami bertaut. Lama dan hangat. Aku memejamkan mata aku. Cuba merasa kehangatan cinta kami. Akhirnya kami terus tenggelam dengan dunia kami bersama kata-kata indah Adrian... ............................................................ Uwek! Uwek! Adrian muntah-muntah di sinki bilik air. Aku yang tengah bersiap ke sekolah terkejut. “Abang! Kenapa ni? Abang tak sihat ke?” Aku mengosok-gosok belakang Adrian. Gaya Adrian sekarang sebijik macam gaya zirafah tengah muntah. Kenapa la dia ni panjang sangat? Hahaha.. Eh, suami tengah sakit sempat lagi aku kutuk dia? Lepas Adrian selesai muntah aku bawa dia ke katil. “Sayang..” Adrian bersuara manja lalu dipeluk aku. Kemas dan kejap. Kepalanya diletakkan dibahu aku. Gaya macam anak dengan mak je kitorang sekarang ni. “Abang, are you okay?” Aku melekapkan dahi aku ke dahinya. Panas! “Abang tak sihat ni.. Abang rehat kat rumah je hari ni ek? Nanti sayang call pejabat cakap abang MC.” Adrian hanya mengangguk. Aku yang baru nak bangun dari duduk ditahannya. “Hari ni kita cuti sama-sama boleh tak? Abang nak sayang teman abang..” Manja saja Adrian merengek. “Tak boleh abang. Sayang ada banyak kelas hari ni.” Aku memujuknya. “Kalau sayang tak nak cuti, abang pun tak nak cuti la.. Baik abang pergi pejabat je..” Adrian sudah bergerak ke almari dan mencari baju kerjanya. Laa, merajuk! “Abang. Jangan nak buat perangai boleh tak? Abang tak sihat ni. Duduk je kat rumah, rehat. Jangan degil.” Aku sudah menghalangnya dari menyelongkar almari. “Orang dah tak sayang, buat apa nak duduk rumah? Pergi pejabat lagi bagus..” Dia buat muka merajuk. Merah-merah muka dia sekarang ni. Comel sangat! Geram aku. Aum! “Yela, yela. Sayang ambik cuti hari ni.” Aku sudah memeluk pinggangnya. Cuba mengambil hatinya. “Ingat dah tak sayang abang tadi..” Dia masih lagi nak mengada-ngada merajuk dengan aku. “Ehh, kalau tak nak sayang cuti takpe. Sayang pergi sekolah dulu!” Aku sudah melangkah meninggalkannya namun dia terus menarik aku ke dalam pelukannya. “Jangan la pergi. Jangan tinggalkan abang.. Teman abang…” Rengek dia. “Yela abang sayang. Sayang teman abang. Jangan merajuk lagi tau!” Aku sudah membalas pelukannya. “Sayang sayang! Muah!” Dia mencium ubun-ubun aku. Aku tersenyum bahagia. “Nanti kita pergi klinik ek?” Dia hanya mengangguk. Sayang dia! ............................................................ “Sakit suami puan ni tak teruk. Jadi puan jangan risau.” Doktor muda di depan aku pandang lama. “Alhamdulillah.. tapi boleh saya tau suami saya sakit apa? Demam ke?” Aku sudah memandang Adrian yang menyandar lesu di bahu aku. Sepanjang di rumah Adrian muntah-muntah. Tak cukup dengan itu, dalam kereta hingga sampai klinik pun tak henti-henti dia muntah. Lain macam je sakit Adrian kali ni dicampur dengan manja yang luar biasa dengan aku. Doktor itu senyum. “Cuma morning sickness of pregnancy je.” Aku mengangkat kening. Adrian sudah tegak. “Sorry?” Aku tak faham. Begitu juga Adrian. Doktor itu senyum meleret kali ni. Nampak gayanya pasangan suami isteri ni belum tahu hal sebenar lagi. “Madam, congratulations! You are pregnant!” mata aku sudah terbeliak. Adrian sudah ternganga. “What? I’m pregnant? Then my hubby…” Aku berhenti dari berkata-kata. “Suami puan just got a morning sickness of pregnancy sebab puan mengandung. Kes macam ni jarang berlaku untuk ibu mengandung but yes, you are pregnant madam. Congrate!” “Alhamdulillah!”Aku sudah bangun dari duduk dan melompat kecil. Adrian terus menjerit kegembiraan. “I’m gonna be a papa, Umairah!” Adrian sudah memeluk aku dengan ketawa riang. “Yes you are! And I’m gonna be a mommy!” Aku membalas pelukannya. Doktor yang melihat kami tidak kami hiraukan. Ya Allah, Alhamdulillah atas kurniaan ini. Semoga bahagia ini bersama kami buat selama-lamanya.. Amin..
Posted on: Mon, 30 Sep 2013 20:32:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015