SAJAK (Ulangan terakhir) AYAH, EMAK "MUNGKIN LEPASHARI RAYA - TopicsExpress



          

SAJAK (Ulangan terakhir) AYAH, EMAK "MUNGKIN LEPASHARI RAYA ATAU LEPAS HARI RAYA QURBAN NANTI ANAKDA KE SANA JUA." “ As salamu alakum, ayah! As salamu alaikunna, emak! “Dalam dada anak ayah dan emak, ada rindu memanjang, ada doa kepada Allah, mudah - mudahan sebagai janjiNya, ayah dan emak aman bahagia dalam syurga. “Pada tiga tahun lalu, anak ayah, emak ini, telah diujid Allah dengan kematian sementara; anak ayah dan emak didera sakit jantung, kerana urat - urat dalam gaung dada anaka ayah dan emak, tersumbah kerana darah beku. Aanak ayah, emak telah tidak sedar - koma - selama kira - kira 36 jan di Hospital Putrajaya. “Menantu ayah, emak, Sitti Haishah dengan segala setianya menjaga anak ayah, emak. Sampai anak ayah, emak berhijrah ke liang lahad, tidakdapat memabalas budinya. Dia isteri anak ayah,emak akan masuk syurga. “Cucu - cucu ayah, emak: Kahiril Anuar, Noor Iskandar, Saiful Alimin, Akhdiat Miharja (anak - anak saya dengan menantu ayah, Che Su binit Haji Zahari), Petah Wazzan Iskandar Jauhari, Petah Shahrir Aidid dan Petah Ibnu Khaldoon ada di sisi anak aya, emak, hinggalah anak ayah,emak di rawat di Insdtitut Jantung Negara Kuala Lumpur. “Ayah, emak,Mungkin pada hari ini - Khamis - , anak ayah, emak akan menyambut hari Raha Puasa. Pada hari ini, anak ayah, emak menangis, menangis, menangis, menumpahkan air mata tua kerana sedih, terkenangkan pada masa anak ahyah, emak masih kecil, di rumah kita berdinding buluh pelupuh, lantai buluk dan atas daun rumbia, ayah, emak menyuapkan kepada mulut anak ayah, ibu dan adik Ghazali dengan lemang pulut huma yang ayah ,emak tanam di ladang, tepi rimba. Lauknya daging ikan tengalan, temaileh dan loma dari Sungai Perak. “Ayah, emak, pada hari ini usia anak ayah, emak 79 tahun. Mungkin belum hari raya atau lepas hari raya atau bila - bila Allah akan memerintahkan malaikat maut mengambil nyawa anak ayah,emak. Kalau berlaku, ke sana - ke sisi ayah, emak anak tua ini akan datang menghadap taat, di bawa kuasa Allah. “Seperti yang anak ayah, emak ini katakan lebih 60 tahun lalu, bahawa anak ayah dan emak, akan terus menulis hingga ada orang yang menulis atas kapan anak ayah dan emak. “Dari jauh, anak ayah, emak memohon ampun dan mengirim salam. Sebagai mengenangkan ayah, emak, dua buah sajak ini, anak ayah, emak siarkan ke seluruh maya agar dibaca oleh ramai manusia, terutama mereka yang beragama Islam - mukmin dan mukminah:” AYAHKU Anakmu masih ingat, ayah, Enam peluru api singgah pada dadamu, Kebalmu bukti seorang pejuang, Pada zaman ‘parang panjang’, Senjata orang Melayu yang malang. Tulang empat keratmu, ayah, Bagai besi waja, Ayah memerah keringat, Tengah panas membakar, Memungut rezeki Allah dari bumi pusaka. Pisang bakar, Daging unggas dan napuh liar, Dari belukar di belakang rumah kita, Ikan dari tasik tanpa sangkar, Mengisi ususku untuk membesar. Ilmu duniawi dan akhirawi, Dari ayah kekal dalam diri ini, Dari kenal diri sendiri, Hingga Tuhan Maha tinggi, Dalam diriku ada kemanusia sejati. Kini ayah jauh di alam baqa, Anakda masih ‘bertongkatkan paruh’ jua, Mewarisi semangat dan wasiatmu, Tegar imanku sang anak bertaqwa. Ayah, tiba musim di hadapan, Ke sana juga anakmu dicampak Tuhan, Kita bertemu jauh dari kepalsuan, Alam baqa dan syurga aman, Ayah dan aku ramai warisan. ( Ayahku; Mohd.Petah bin Yusof telah meninggal dunia pada 15 April 2003 dan dikebumikan, di tanah perkubnuran orang Islam, di Kampung Nami, Sik, Kedah ). IBUKU Kita laksana sekawan unggas di angkasa, Masing-masing menggonggong kasih yang ada, Seperti melata peria atas batu di huma, Kemangi dan nilam harum baunya. Tak kita harap musim berhujung, Seperti bungan cempaka dan tanjung, Perpisahan ada penyiksaan berkabung, Sedih sendiri tidak terdaya anakmu menanggung. Pada hari pemergianmu terakhir, Sebak hati ini hilang daya fikir, Menahan duka lara bermandi air mata mengalir, Kerana pemergian ibu, aku terpinggir. Ibuku insan mulia waris Hawa, Seorang rakan mudah berbicara, Di bawah tapak kakimu ada syurga, Didikanmu demi Allah, aku ke syurga. Kepada Allah anakmu mohon hajat, Di syurga-Nya tempat ibu berehat, Dipintunya bonda menungguku dan kerabat, Kini anakmu perantau jagat. Maha Iradat dan Qudrat Allah, Melindungku dan kerabat dari fitnah, Musuh Allah bernama makhluk pemusnah, Dengan pena anakda meneruskan jihad, Selagi darah mengalir dalam jasad, Tidak nama yang kukasad, Hanya dengan pena-baca kuberjihad.* * Rujuk novel saya, KASIH IBUKU. ( Ibuku; Hajjah Jahara binti Haji Ja’afar meninggal dunia pada 4 Ogos 1997 dan di kebumikan di kampungku, Kampung Ngor, Sauk, Kuala Kangsar ).* *Pada petang semalam, emak, ayah, anak ayah, emak telah kembali ke kampung kita beraya dengan adik, Ghazali, anak emak,ayah dan keluarganya. Dia telah uzur. Pohon - pohoh kelapa, durian, cempedak, rumania, manggis, langsat, rambutan danl pokok lain lain yanbg ayah tanam dulu telah tiada, telah mati. Kampung kita sepi. siang tetamunya kera. Malam tetamu babi. Sediiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiih, ayah,emak.
Posted on: Fri, 09 Aug 2013 23:19:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015