SAYA dengan ini ingin melahirkan rasa kesal dengan kebiadapan - TopicsExpress



          

SAYA dengan ini ingin melahirkan rasa kesal dengan kebiadapan pekerja jualan (sales person) yang secara terbuka berbincang dan berdebat mengenai topik yang menyentuh sensitiviti kaum di dalam premis perniagaan di KLCC. Pada pukul lebih kurang 7 malam, 18 Ogos 2013, saya ke premis itu di KLCC, Tingkat 2 di bahagian cenderamata dan pen untuk mencari sesuatu. Sewaktu saya sedang melihat-lihat barangan yang hendak dibeli, telinga saya tertarik dengan suatu perdebatan yang agak kuat di antara dua juru jual. Antara perkara yang terdengar daripada pekerja tersebut adalah seperti berikut: 1. Orang Melayu juga pendatang. Mereka bukan dari negara ini. 2. Orang Cina yang memajukan Malaysia. Saya yang agak terkesan dengan perbualan itu berjumpa sales person terbabit dan menegur bahawa perbualan tersebut mengganggu saya. Saya sebagai pelanggan tidak menyukai perbualan tersebut dan ia terlalu kuat dan terbuka. Namun, juru jual itu dengan angkuhnya menyatakan bahawa ini Malaysia dan dia berhak menyatakan apa yang dimahukan. Apabila saya menyatakan akan membawa perkara ini kepada pihak pengurusan premis itu, dia seolah-olah menggalakkan tindakan saya itu. Apabila saya mengisi borang aduan dan menyatakan bahawa saya sudah berbuat demikian, dia berkata Good! dan menaikkan kedua-dua ibu jarinya sebagai tanda bagus dan mengulangi bahawa dia berhak menyatakan pendapatnya kerana ini adalah free country. Perbuatan tersebut benar-benar mencabar kesabaran saya. Saya berharap pengalaman saya dapat dipaparkan agar semua pengendali pasar raya dapat mendidik juru jual mereka untuk tidak mengadakan perbualan terbuka yang melibatkan topik sensitif kerana ia boleh mengganggu sensitiviti pelanggan. Hormatilah sensitiviti kaum di negara ini. Jangan cemarinya atas nama hak kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara juga haruslah ada batasnya. Daripada: SAZRIL AMBRI SHAHRIM Kg. Baru, KL ~Räd~
Posted on: Sun, 27 Oct 2013 04:55:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015